HambaMu yang mencari kerendahan hati dan kemanisan iman, ya Allah tolonglah hambaMu
Powered by Blogger.

Saturday 29 December 2012

Title Ustaz~

Ustaz Qayyum 

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah , segala puji bagi Tuhan yang Maha Ghafur ,
 Semoga menjadikan kami dalam golongan yang b'SYUKUR ,
Dan dijauhkan daripada golongan KUFUR ,
Yang bakal dipentur ,
dan dipekur ,
didalam Kubur ,
Laksana "nasi menjadi bubur".




Assalamualaikum Sahabat Syurga , Bidadari dan Bidadara (ada jugak kan? hehe) sekalian . Sihat ? Alhamdulillah .

USTAZ QAYYUM , lawa kan nama tu ? Hehe.. ada orang syok sendiri la.... a'ah, biarkan dia sebab nama tu memang 'lawa' kan kan kan , kuat ana mentaukid 'kan' tu.. kalau bukan lagi.... memang nak kena la sapa yang habaq lagu tu . *lari dengan kelajuan yang sama dengan Usain Bolt takut kena baling pasu bunga*

Suka sangat nak cakap cerita tentang Ustaz nie , hermmm... :D duk balik balik page di laman FB , HAH ! tu dia, bekas anak murid ana mengePOSTkan gambar-gambar lama kami di Program PIQ . hu~ ana dengan wajah cukup comel tersenyum dengan riang . Mengenang kembali nostalgia zaman jadi Ustaz dulu . Hehe .


Ana dihadiahkan nama ni pun disebabkan oleh sahabat ana Hafiz Omar yang mengajak ana pada Bulan Disember 2011 untuk jadi Ustaz . Hehe ana apa lagi rembat la peluang yang ada macam CR7 wah best gila dapat jadi Ustaz, boleh main ngan budak-budak and macam-macam lagi la budak-budak kan cute-cute gitu . (Diminta untuk membayang dengan sendiri) . >.< kih3 .
tapi bila dapat jadi, mula-mula sekali kena kawal budak perempuan dalam lingkungan 6-8 tahun . Dalam hati " Yes bestnya, jaga budak perempuan tak susah" . Apa sekali macam Totally Spies , wohh galak sakan depa . Dapat Ustaz hensem kot >.< hehe *abaikan* . 
Yang paling belakang tuu ,,, hehe inilah Wajah Ustaz-Ustaz Suci dan Murni yeah ! haha
depan Ust. Hafiz , Tengah Ust. Sabri . Yang belakang Ehem-ehem ehem-ehem , Ustaz Qayyum *await yang kuat sangat batuk nie .

*------------------------------------------*


Then , mulalah dengan sorang nie , nama sungguh comel macam tuan punya badan . Opss kanak-kanak bawah umur melintas *Astaghfirullah*. HAHA Anis Humaira , punya lah merajuk kerana ana paksa dia baca Al-Quran kalau tak baca tak boleh keluar sebab pelajar lain dah baca . Huh , tu pun sebab dia paling galak sekali . Wohh , dia punya rajuk panjang ... ana la terpaksa pujuk . 

H : Humaira
U : Ustaz (yum)

U : Humaira , jangan lah merajuk macam nie.. tak comel ana murid ustaz merajuk lagu nie ...
H : *hanya mendiam menerkup tubuh ke lantai , dah macam sujud dah hehe*
U : Alah , ok ok ustaz bagi keluar . Humaira boleh keluar . Nak kan ?
H : Ustaz keluar dulu . *dalam keadaan menerkup , sumbang sungguh suara duk lagu tu dik oi*
U : Ok ustaz keluar dulu tapi Humaira kena bangun dulu .
H : Erm... ustaz keluar dulu .
U : ok ke nie ? ok ustaz keluar .

p/s : cerita detail tidak dikepilkan sekali kerana ada masalah sistem . hehe

Ana dengan kejam terus keluar , hehe tak tahu dah lagu mana nak pujuk . Dia bangun and pi kantin.
Keesokkannya.............. jeng3 antara dalam pelajar ana tu mai cerita kat ana .

F : Farhana
U : Ustaz
F : Ustazzz , ustaz tahu... Humaira cakap apa ? *sambil mata membulat*
U : Apa dia ?
H : Awak , duk diam la .
F : Dia kan , dia kan... awak(humaira) saya cakap eh .. hehe dia cakap ustaz layan dia manja semalam . hehe suka la tu . haha 
U : eh ye ke ? bukan ker dia merajuk semalam .
F : taulah dia , dia cakap semalam . hehe 
H : awak nie... memang tak boleh simpan rahsia la .

Ana hanya suka , hehe Rindu pulak kepada budak-budak comot-momot nie .

HA~ lagu nie lah kami mengajar , opsss ini bukan kelas but saja nak amik udara luar . belajar kat luar . gambar ana takda sebab ana time nie mengajar di kelas .
Yang depan tu Ust Muhyiddin . Peace yow ustaz ! kita memang geng ! tapi kita dah melepas , dia dah dimiliki ! haha psstttt ustaz n ana jer tahu . hehe 


"Ya Allah , mereka masih muda ya Allah ... Engkau jadikanlah Al-Quran yang dibaca yang ditutur walau dengan susah sekali.. menjadi penyuluh kehidupan mereka" 


*------------------------------------------*

Tiba lah waktu petang , lelaki dan bola sepak memang susah.. nak putuskan hubungan mereka . Ha.. wabak ni melekat kat ana .. sangat susah nak lepas kan .. tapi takpa demi menjadi Ustaz Mithali ana ajak pelajar-pelajar main bersama . hehe punya la bising depa nak main . walaupun mula-mula sikit jer yang bermain... lama-lama geng-geng bola sepak bawah kawalan ana  memPROMOTEkan kepada kawan-kwan mereka... pergh !! semakin ramai . Kehebatan ana sudah terkambus dek keramaian mereka . hehe 

Bila tanya, " Ustaz team mana hari nie ? "
depa kalut kalut jawab , 

"ustaz masuk team kami ,"
"ustaz team kami "
"ustaz hak kami"  <-- *opssyang nie tambahan je*

"Ok ustaz masuk team Akram hari nie sebab Akram budak baik". Cehh Akram tersenyum . hehe 
"ustaz, ustaz cakap nak masuk team Afiq , hooo ustaz penipu . Wey ustaz belah aku la " kih3 ana suka .
"Yolah, Akram ngan Afiq belah ustaz hehe , Akram tukar team ye .."
"Alaa, ustaz bialah dia team tu . Sibuk la "
"Eh2 , ok kalau taknak........ Ustaz masuk team Akram terus , nak ?"
"eh2 tak3 ustaz , hehe Akram masuklah hehe " 
"Ustaz biar Afiq Goalkeeper hari ni.. Afiq minat Khairul Fahmi Che Mat ."

Cengginila di kala petang ... Sapa nampak Billion ? hehe kita geng ! cehh
Hehe nostalgia begini la sangat dirindui , lebih-lebih lagi melayan ragam Afiq si Bulat nie . Walau kadang-kadang dia kuat sangat merajuk dengan ana . aduih! penat layan anak-anak kecil nie ..

"ya Allah terima kasih hadiahkan aku jari-jari kasih sayangMu walau dengan tersirat sekali engkau memaklumkan kepadaku"


*----------------------------------------*



" Ustaz , terima kasihla jaga Afiq anak mak cik nie.. dia selalu dah cerita kalau ibu dia datang , Ustaz Qayyum baik ibu .... Suara dia sedap bu.. ibu ingat tak masa mula-mula kita datang sini dia baca Quran tu tanpa tengok Al-Quran , makcik pon bau la time nie ingat kata,... Allah betul sangat la... Patut la anak makcik Awin pun cakap , ustazah-ustazah pun cakap sedap suara ustaz . hehe time Tok Imam pulak tu . dia duk kata la yang Ustaz Qayyum nie ramai peminat . haha "

fuh ana kembang memang tak tahu nak cakap apa , but still control takut-takutla ribut datang melambung makcik dibuatnya . hehe .


"Ustaz jagalah dia baik-baik ustaz eh , dia pernah cakap kat makcik . "Afiq tak minat doh Khairul Fahmi, Afiq minat Ustaz Qayyum. Afiq nak jadi macam ustaz Qayyum ." sokmo-sokmo duk cakap lagu tu.... dalam hati mak cik ..Allah sejuknya berasa ."

Tapi tulah nak cakap , seorang ibu selalu inginkan anak-anak mereka menjadi Soleh . Kadang-kadang bagi sestengah ibubapa . Kalaupun keputusan peperiksaan tak tinggi, namun solat anaknya tidak tinggal . itu sudah memadai bagi mereka .

Ingat pesan Rasulullah,

"terputusnya amalan Anak Adam kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang diajari dan Doa Anak yang soleh "


Maafkan abang senior mu kerana mengambil fotomu dengan keadaan sebegini !
p/s : bukan foto ana nie .Copypaste. :D

Sewaktu dia merajuk !!! hehe 

"Ya Allah engkau jadikanlah mereka dalam golongan mereka yang bertakwa. "




*------------------------------------------*

Hari ni ~

Dah dapat jawapan daripada sahabat ana yang TIGA orang kat post (bawah)sebelum ni.....

Hilman : Dia nak sambungkan pengajian bahasa Arab dengan seorang Ustaz yang baru lepasan Yaman. bagi memperkemaskan lagi bahasa Arab dan dengan belajar bahasa Arab dia yakin yang dia mampu untuk melakarkan sayap ilmu dengan lebih luas lagi dan lebih memahami .

Luqman : Sambung STAM kerana mengikut kata ibu bapa nya , lagipon ibu bapanya mengatakan lagi banyak Benefits amik STAM ,

Syahid : sebab nak sambung Lughah (bahasa) di Morocco , jadi dia memilih pondok untuk memperkemaskan Bahasa Arabnya walaupun sudah teramat Kemas .

hello~ three strogerss , ur fullstory i will keep it . insyaAllah .

"Ya Allah , engkau berikanlah mereka yang terbaik daripada mereka yang terbaik"



Qayyum
4.20 am
30/12/2012


Cukup.Allah.Di.Hatiku

2 comments :

  1. Ustaz Qayyum..sesuai doh tu..--
    mmg layak diberi pada mereka yg berada di atas agama Allah..

    **tulisan yg mencuitkan hati..bnyk benar olahan idea yg cuba utk dipersembahkan..--hehe
    (kak Tinta Salmihah Che Mud )--MCM Photography

    ReplyDelete
  2. Kak Tinta MCM , memang sesuai sangat-sangat kan ? hehe malu den !

    Thanks 4 nasihat membina tuh kah ,
    semoga Allah meredhai akak

    ReplyDelete