HambaMu yang mencari kerendahan hati dan kemanisan iman, ya Allah tolonglah hambaMu
Powered by Blogger.

Saturday 26 January 2013

Sebuah Tangisan :'(

Bismillahirrahmanirrahim
.
.
.
.
Assalamualaikum 
Sahabat Syurga Firdausi

*----------------------------------------------------------*

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Aku tak kuat,
Aku cukup lemah,
Bersaksikan kiblatMu
Aku bersujud kepadaMu.



Datangnya sebuah ujian , kadang-kadang membuat kita benci . Kan ?
Namun disebalik sebuah benci itu , Allah mengajar sebuah erti.......

"Cahaya Sabar"

Datangnya sebuah kegembiraan , kadang-kadang membuat kita lupa . Kan ?
Namun disebalik kealpaan itu , Allah mengajar kita sebuah erti........

"Cahaya Syukur"

Datangnya sebuah kegelisahan , kadang-kadang membuat kita nestapa . Kan ?
Namun disebalik sebuah nestapa itu , Allah mengajar kita sebuah erti.....

"Cahaya Tawakkal"

Namun disaat kejatuhan hati , Allah sedarkan kita tentang sesuatu perkara.... Yakni erti segunung DOSA....

Ana pernah jatuh dirasuk oleh gelodak Hawa Nafsu , Tuhan sahaja tahu betapa berat hati memikul nasib yang menimpa tapi bukan bermakna kita perlu ber"PUTUS ASA" . Istilah itu tidak patut wujud dalam Kamus Diri kita atau sesiapa pun .

"Don't Be SAD , Is Allah By Your Side" (Surah Taubah ayat 40)

Tiga kali ana sebut cahaya di atas sana. Kenapa beriya-iya sangat sehingga ana boldkan ? sebab...

Cahaya itu simbolik kepada suatu yang sukar dipegang atau digengam . Pernahkah anda pegang cahaya ? mesti tidak kan ? 
tapi pernahkah anda merasai cahaya ? maksud ana ialah menikmati cahaya itu bukan makan . Boleh dikatakan seluruh bumi ini pernah merasai cahaya iaitu cahaya Matahari . Walau bagaimanapun , bukan cahaya matahari yang ana maksudkan , iaitu cahaya SABAR, SYUKUR dan TAWAKKAL . 
Hadirnya cahaya bertiga ini tidak pernah boleh dipegang pada tangan pinjaman Allah ini tapi hati kita kuat dapat memaut dan mengikatnya . Pun begitu, hanya mereka yang sedar betapa hati dan cahaya-cahaya itu sangat berkait rapat sahaja, dapat merasai dan cuba mencari .

Jadi, Jangan sedih tapi menangislah dengan tangisan taubat nasuha . Agar Allah menyampaikan kita ketiga-tiga cahaya ini dalam sanubari kita . 

- janganlah pernah anda katakan kenapa Tuhan tidak menyampaikan Taufik HidayatNya melainkan Allah menghantar kita seranting Akal supaya kita berfikir .

Ayuh sahabat kita jadi Mukminin dan Mukminat kepada Allah . :D

Doa buat hamba Allah:

"Ya Allah , ya Rahman , ya Rahim . Tuhan yang membolak-balikkan hati kami . Jangan pernah engkau membiarkan walau sedetik aku mengawal diriku melainkan diriMu yang mengawal diriku"


*-----------------------------------------------------------*

p/s : syahid maafkan ana tak sempat nak update tentang Haza Bistro sebab gambar susah nak masuk dalam lap .

Aku-bukanlah-hebat-tapi-Aku-berjiwa-besar
Cukup.Allah.Di.Hatiku.

Thursday 24 January 2013

Usrah Mahabbah :D

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum 

Tepat jam 11.30 malam, kami semua berkumpul..... After menunggu dari jam 11 malam . hehe *Qayyum la yang lambat* 

Krook krook , perut masing2 menyanyi . Hehe 

(cerita dari 11-11.30 pm)

"Ok pakat keluarkan duit , jom " Sayyid a.k.a our leader bersuara.

Mula-mula macam susah sikit , tapi after Sayyid keluarkan duit... semua macam mudah jer keluarkan duit tp ana tidak.. hehe tak ingat nak bawak duit . asif asif jiddan asdiqoi .

hehe then after dah cukup RM22 , 8 biji burger and 1 jug air jagung di order . Yang menjadi mangsa untuk membeli adalah Nur Aiman dan Arifuddin (ahli baru).



 *--------------------------------------*



Sesi Tazkirah

Minggu nie giliran Nur Aiman dan Abdullah Azam yang kena , Haish terselamat >.< !

Tajuk yang dibentang oleh Abdullah Azam adalah

"Hubungan Manusia Berkaitan dengan Hubungan Allah"

Sapa setuju ? put ur hands up . opsss tutup sikit... ada bau . kah3

"Jika kita baik dengan Allah , usah risau... Kawan-kawan atau sesiapa pun akan mudah rapat dengan kita. Kalau pun kita keseorangan... kita masih ada Allah "

Nur Aiman pula tentang..

"Kelebihan Dhuha dan Bersedekah"

ha... bab nie memang ana tunggu, insyaAllah nak cari nas atau dalil bagi menghujahkan kalau-kalau ada yang bertanya tentang tajuk di atas...

" Bismillah ,Ana nak cerita sedikit sebanyak tentang pengalaman ana lah... mintak maaf bukan ana nak riya' ye sahabat-sahabat ,"

Semua angguk tanda setuju.... hehe bijak2

"Ana ada la terlintas nak solat dhuha masa form 4, time tu rasa rajin sikit nak solat dhuha... pastu masa berkat dhuha ana buat tu.... Semasa hari raya di Banggol Chicha ana dimurahkan rezeki.. dapatla duit lebih sikit ."

Haaa~ semua muka macam semangat gtu nak solat dhuha lepas nie .. haha >.< btw , itu sebnarnya dah macam rutin kami pelajar MTAQ . hehe time rehat after makan , pergi Masjid Keputeraan da solat Dhuha . Alhamdulillah Allah permudahkan segala .

"Tentang sedekah pulak , macam biasala.. tengok pelajar sekolah kita derma pada hari Jumaat RM1 kan ? dah macam biasa. Pastu ana cuba untuk derma RM10. Alhamdulillah , ana pun terkejut.. sebab pada petang tu ana dapat RM50.. hasil pergi mengaji Quran dan bagai.. bukan nak kata ana nak cuba-cuba, cuma terdetik dan ana buat . Tanpa disangka kan? dapat feedback macam tu . Tu pun  lepas dapat RM50 tu ana pikir , hey datang dari mana banyak sangat rezki nie.. lepas tu baru laa sedar yang ana sedekah RM10.. Allah balas RM50 . SubhanaAllah !"

so, jangan lah kedekut sangat nak bersedakah atau malas sangat nak solat dhuha. Lagipon, ianya sunnaturasulillah..
ingat "hubungan dengan Allah baik.. hubungan dengan manusia pun jadi baik"

tazkirah mereka berkait rapat. kan ?



*----------------------------------* 

Spotcheck !


"Assalamualaikum" ustaz Zamri memberi salam dan terus melangkah masuk ke ruang kelas kami . Kelas Pra-Shoubra A.

"Maafkan ana ustaz Syah , ana terpaksa ganggu waktu ustaz.." jelas ustaz Zamri kepada ustaz Syah .

"Ouh , takpa... silakan" ustaz Syah membalas . Eh, ustaz Zamri nie nak buat apa nie.... dup dap dup dap ! berdebar . Al-maklum la ustaz Zamri nie ketua guru disiplin sekolah . duhhhh ~

"Angkat jubah blako(semua) . Sampai pinggang."

Wahh ada spotchek rupanya , aduhhh... eh henset dalam poket..... ana cepat-cepat buat macam tak tahu . Patut la Fikri dan Asyraf dah simpan awal-awal. mereka dah terhidu bau Spotchek... hebat seungguh depa . kah3 >,<

Ustaz Fikri pun check seluar Nur Aiman, kebetulan yang datang spotcheck adalah ustaz Zamri dan ustaz Fikri.. ustaz Fikri lebih awal ke belakang dan check barisan kami iatu tempat duduk Hasnul , Nur Aiman dan Ana . ah tidakkk !~

"Allhurabbi, datang sekolah pakai seluar track Aiman ? lepas nie bagi ke ustaz Zamri." haa brigak(kantoi) dah Aiman .

"Allahurabbi, yang nie seluar berjalur koko pulak nie , haa buat perkara sama macam Aiman" cer teka sapa yang pakai seluar berjalur koko itu ? hehe itulah ana >.<... sama nasib dengan Aiman... terkantoi.. memang sahabatlaaa .. haha kita geng Mann ..

tapi masa ustaz Fikri tengah check ana.. ana cukup-cukup berdebar . Time tu phone berada dalam poket ana dan ana masa ustaz Fikri check tu ana pegang dengan kilasan jubah... huh ! nasib baikk terlepas...

Al-maklumlah kan dah dua orang budak paling kiut dalam kelas tu buat hal.. kena la keluar ke depan kan ? hal apa sangat , seluar je pun . hehe... Ana pun bagi cepat-cepat kat Asyraf yang berada dekat dengan ana.. firstly ingatkan ustaz Fikri dah check tu terlepas dah , apa dia pergi check jugak barisan belakang.. Ustaz Zamri ustaz Zamri , memang buat ana keluh kesah nie ...

Asyraf di check... ouh selamat tiada apa-apa even Asyraf letakkanphone ana di tempat letak dompet dia . Ustaz dah pegang tapi Alhamdulillah tiada apa-apa . Memang ngeri la Movie kali nie . memang susah nak lupa . Ana sampai terketar-ketar . hehe takut sangat .

Aku-bukanlah-hebat-tapi-Aku-berjiwa-besar
Cukup.Allah.Di.Hatiku

Friday 18 January 2013

Kesuma Fever :)

Bismillahirrahmanirrahim...

.
.
.
.
.

KESUMA 2013

Assalamualaikum,

Awal-awal tahun nie kalau semua pelajar duk hebah tentang Sukan sekolah tak pelik kan ? sebab dah memang lumrah la kalau awal-awal tahun nie sukan sentiasa dijalankan di mana-mana sekolah....

Ha... kalau sekolah orang lain maybe letak nama "Hari Sukan" ke apa-apa lagi lah, tapi....
kami di MTAQPC (Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong) melabelkan hari sukan kami dengan....

terterterterterter.....................ping  *bunyi drum*

KEJOHANAN SUKAN MAAHAD (kesuma)

Aiwah ! tepuk tangan sikit dengan pengumuman ituok dah cukup . sikit-sikit sudah tepukan tu nanti ada pulak orang yang bajet . hehe *ana le tew*OK , meh sini meh nak citer sebijik dua tentang first penubuhan KESUMA.

It's began pada tahun 2000 yang dimana pada tahun tersebut Ustaz Marzuki(guru kelas quran ana) menjadi Bendahari . Kejohanan pada tahun tersebut diadakan pada awal misinya hanya untuk mencari bakat . Alahai dah jadi program tahunan pulak . Ianya anjuran di bawah Badan Sukan dan Kegiatan Sekolah .*cerita selebihnya tidak boleh di cetak rompak(ustaz rahsiakan)*

Tahun nie ? 

Tahun ni terkeluar sedikit kebingungan apabila Pengarah bagi program KESUMA ni tidak tahu siapa , mintak ex-presiden.. taknak.. mintak ex-MP sukan pon taknak . Ha~ ini lah problem dia .

Diorang pun masuk liqa' (mesyuarat). Pergi mari pergi mari duk tempat tulo(sama). Jem3.

hoh, mesyuarat sudah diputuskan dah..............Pengarahnya adalah......................... Jeng-Jeng-Jeng....

kita rehat sebentar *bajet ada iklan*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Relaks turun lagi....
.
.
.

.
.
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
"Yum, demo(awak) jadi pengarah kesuma tahun nie ye.." Loqman Azim mantan MP Sukan berkata pada ana.

"Woh, jangan nak poyo sangat(jozan). Takde orang lain dah ke ?" ana serbu terus dengan soalan. haw, jangan ana, jangan ana , jangan ana .

"Semua orang dah setuju nie nak demo jadi pengarah . Boleh dih...." dengan muka penuh harapan meminta ana menjadi pengarah .

"Bakpo(kenapa) tak pilih presiden tahun lepas ke, MP sukan tahun lepas ke? tup-tup ana dipilih ." ana masih cuba menafikan tugas ni dengan berkata sambil menuding jari ke dada dan mata membulat , of course sangat cute . Ngeh3 lai lai mai mai ada orang nak kena tibai .*lari*

"emmmm .. susah nak jawab eh.. diorang dah bawak bincang dan ambo(saya) pun dah tanya ramai orang bagi calon nie, semua dah macam setuju demo yang pegang jawatan nie..."

Aiyooo~ masalah nie masalah nie.....

dah kalau memang orang dah calonkan, memang kena garaplah tugas ni.. Mgkin bagi diorang ana mampu kot tapi kalau tanya ana ohhhhh tidak ini bukan kerja ana . Kerja ana adalah hanya bermain dan buat muka cute*ada roang nak kena baling selipar jepun nie *... opssss kerana ana kuat bermainlah nie, tup-tup dipilih . Tokse(taknak) main dah lepas nie *ayat poyo*

So, konklusinya ana lah warga MTAQ yang berjenama Pengarah KESUMA 2013
p/s : berikan tepukan gemuruh.
Tolong doakan ana yang terbaik.


Bermotokan "Sukan. Memantap Ukhwah. Memperkasa Ummah"
Bertemakan "Cartoon(maskot)"

MTAQ ! insyaAllah Wan Ahmad Qayyum akan membuat anda sangat best di hari KESUMA nanti .

Don't Be late for the next 28th February. Because the beginning of KESUMA start there.


*-----------------------------------------*

USRAH

16/1/2013 ini telah ditubuhkan satu badan usrah yang mana dianggotai oleh...

1. Sayyid Fauzi (Ketua)
2. Asyraf Mustafa (s/u)
3. Irsyad Razali
4. Nur Aiman
5. Muizzudin Kamaruzzaman
6. Amjad Pakhuruddin
7. Abdullah Azam
8. Wan Ahmad Qayyum

Visi : Taqarrub Ila Allah
Misi : Ukhwah Fillah Abadan abada.

Usrah ini ditubuhkan mengikut persetujuan ahli usrah ini sendiri . Bukan di bawah naungan sekolah atau mana-mana bdan kerajaan 
hey.. jangan nak poyo sangat ayat tu...
ok.. sory sory.. asif jiddan .

P/S : takdop nok tiru sapo2 eh .
Cukup.Allah.Di.Hatiku.

Friday 11 January 2013

Bola dan MTAQ . Gen 28

Assalamualaikum ,

Bismillahirrahmanirrahim.....

"Yum buat lah cerpen yum ." Kata si Nur Aiman .

"Hehe , cerpen? nak buat cerpen apa ?" Balas ana kepada sahabat ana di tepi dalam kelas .

"Hehe , takyah lagi la buat cerpen cinta . Bosanlah sekarang nie penuh cerita cinta . Buat cerita pasal Team kita lawan bola MASSAK tahun lepas . boleh?" Omel Nur Aiman si kecik *kidim*

"Hehe nantilah, tapi cinta jugak kot."

"Cinta jugak ? ok . ikot suka hati la " nampak permainan merajuk dia ? hehe Aiyoooo !(trademark terbaru after tangan ke dada mata ke langit)

" Cinta kita pada bola ! hehe" ana pandang ke arah lain . Nur Aiman hanya tersenyum sebab wakenalubeb !

Kerana dirimu sahabat, InsyaAllah ana siapkan . hehe rasanya bukan cerpen kot . Dah jadi novel lah .

"Haha macam bajet jadi Hilal Asyraf lah lepas nie , dia VT(volleyball team) . Kita FC(football club)."

Kami sama-sama gelak .
bantula aku dalam membentuk ukhwah ke arah Mu ya Rabb . bantulah aku dalam penulisanku !

*-------------------------------------------------*

Nukilan Terakhir 
12/1/2013
3:45 pm 

Soal Cinta~

Aiyooo !~

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum Sahabat ana yang Comel-Momel ,

"Yum, dah ada gewe(GF) kan ?". Banyak kali dah soklan macam ni di tanya . Not to say that i'm Hottie boy tp maybe sebab kebanyakan lelaki kini tidak lari atau pun tidak berjalan daripada Cinta-cinta Monyet . haha Monyet kau bagi , takda yang lagi comelkah? sori monyet sudah cukup padan dengan anda . haha *kidding2* .

"Aiyoo ! takda lagi la.. Nak bercinta pun tak pandai . hehe masa umur 6 tahun ada lah.*buat-buat ada*" Jawapan yg selalu di balas apabila soklan yang sebegitu di tanya . Takda awek2 eih ! 

"its fake lah , bo ong(bohong) kamu. Kalau tanya bab cinta pandai pulak menjawab, ayat-ayat tu kalau tulis tak pernah nak tinggal bunga-bungaan dia. Nampak cara dia tipu? hebat bebeno permainan kamu."

Begitulah ana, ana tak pernah bercinta , kih3 macam lucu pulak dengaran nya . Tapi percaya la . Itu bukan permainan ana tpi itu adalah ana . 

Ustaz Hassan Basri pernah cerita semasa dalam kelas . How he got married . Ustaz jangan marah eh .

"Zaujah(isteri) ana orang Bachok , Kg.Melawi. Ana orang Kuala Krai.. Jauhkan bezanya marhalah(jarak) kami . Tapi ana choopp dulu sebelum nikah. Ana pergi jumpa mak ayah dia, ana cakap yang ana suka kat dia . Pastu ana sambung pengajian di Mesir. Ana tak tengok dah gadis lain sebab dalam diri ana sudah ada pilihan hati . So jgn cuba2 untuk mencari yang lain. *satu kelas woooo~ dgn wajah senyuman. semua comel* . Balik jer Mesir Ana kahwin . Nak cakapnya yang kalau kita suka choop dlu , soal kahwin kemudian . jangan kasi terlepas ."
Tu kisah percintaan Ustaz Hassan Basri, nie pulak kisah percintaan Ustaz Fikri....

"Ana masa di KIAS dulu, ana mudah jer . Kalau yang ana suka ana terus terang jer. Ana kata 'Saya suka awak'. Kalau dia terima, kita terima . Kalau dia tak terima, cari yang lain.. jangan paksa dia untuk terima kita. hehe. Tp macam ana, ana tak memberanikan diri untuk berhadapan, tp ana guna org ketiga . hehe macam isteri ana sekarang . kami berhubung untuk maklum balas melalui sahabat ana .Ana bertunang sebelum ke Mesir dan Ana kahwin di Mesir , tp dah pastikan restu kedua ibu bapa kami . Bercinta boleh , lepas nikah . Bahagia jugak."
Ustaz-ustaz ana macam maksudkan Choop dlu yang kita suka dan berterus terang jika dah ready . Tapi ingat ! jangan cinta berlandaskan Nafsu dan Syaitan . Biarlah berlandaskan Allah dan mesti medapat restu daripada IbuBapa . 

Ana pernah bercerita kepada kakak ana Nurul Hayyu tentang hal ana. Tak pelik kan kalau kita suka seseorang ? hehe ana cakapla yang ana nie suka kat sorang ni . Dia balas... "Kalau dah suka, dia pulak budak baik.. persiapkan diri dan bila ready teruss terang jela ." macam dekat2 sama jer jawapan orang2 dewasa nie .

ustazah ku . haha tu kak hayyu la . :D


Ana tahu soal perasaan nie memang tak boleh dipermainkan.. sebab perempuan sangat halus perasaan mereka dan sangat tulus. Macam mana kalau hati-hati perhiasan dunia nie di sakiti , apakah PenciptaNya tidak akan murka ? Sebab tu ana takut nak bercinta tu . Takut sangat membuat hati perempuan sakit .

*--------------------------------*

P/S : Qayyum sudah digelar budak manja oleh Ustaz Marzuki kerana dia kata kalau lelaki kadang2 cakap macam membisik dia adalah manja. Kebetulan masa kejadian tu(masa kelas ustaz marzuki) ana terbuat perkara seperti ini

Aku-Bukan-Hebat-Tapi-Aku-Berjiwa-Besar

Qayyum
12/1/2013 M
29 Safar 1434 H
1:21 a.m

Cukup.Allah.Di.Hatiku

Thursday 10 January 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat :)

H.K.R

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum Sahabat Syurga ,
Diri ana sangat merindui antum. hehe.

Semasa dalam kelas tadi, waktu belajar QIRAAT sedang berjalan *wah ada kaki rupanya* dengan penuh khusyuk dan rakus sekali , pergh ! Ustaz Shah balun kami sepenuh hatinya, dengan menyoal satu persatu makna Mutun Qiraat yang dikarangkan Imam Syatibi Rahimahullah. Kami ni yang memang dah pandai SANGAT dalam bahasa Arab memang suka sangat nak menjawab soalan-soalan dia . *tgn ke dada mata ke langit sila buat* . 

"Saudara Qayyum sila baca bait2 mutun tu sampai habis," wah macam dalam majlis formal pulak . haha biarpun empunya diri yang kena ni , alamak ai nak tercabut lutut cek kak oi . Dalam hati ana "Aiyoo ! kena lah pulak, takpa2 mudah jer just baca." . Punyalah bersungguh membaca bait2 tersebut, boleh pulak kerana lutut terketar mulut tersalah baca. <--- peribahasa sendiri . Ana tersalah baca . Padahal perkara dah di hafal . huh !

"Ok Syukran Qayyum, sila duduk." ouh saat2 yg amat diminati ni dtg, ana terus duduk . huhu malu dibuat tersalah baca . >.<' TAPI yang bestnya "Irsyad sila bangun dan beri maksud bait pertama Mutun tersebut" ana dalam hati . " Ya Tuhan memang kau tahu aku sgt tidak pandai dalam hal ini, sesungguhnya aku bersyukur engkau memberi aku apa yg aku termampu ."  buakan bersyukur sebab Irsyad yang kena tapi sebab ana ni x pandai dalam bab2 lagu tu , hehe ^.^

Sedang Ustaz Shah duduk hebat memberi maksud , dia sempat bercerita tentang Imam Syatibi Rahimahullah. Imam Syatibi seorang yang BUTA tapi bagaimana dia mampu mengarang dengan hebat sebuah Mutun yang bait2 nya cukup-cukup indah . Ada sesetengah ulamak menyatakan Kitabul Allamiyyah(kitab lam) kerana di akhirnya semestinya dengan huruf lam . Namun yang hebatnya adalah kebanyakan ulamak Qiraat dapat menerima secukupnya apa yang di bawa Imam Syatibi Rahimahullah . Malah Mutunnya kini digunakan di Syoubra Mesir , di MTAQ sendiri dan di banyak tempat lagi . 

Point yang hebat adalah bagaimana dia mampu mengarang kitab yang sebegitu hebat sedangkan dia adalah buta ?

Ustaz Shah kata , 
Jika kita sentiasa ingin memperjuangkan Islam, kemana kita pergi jangan kita risau Allah sangat bersama dengan kita . Sebab tu Imam Syatibi mampu mengarang dengan baik kerana dia tahu Allah sering membantu beliau dalam menyampaikan ilmu-ilmu Allah SubhanaAllahi Taala.

Sama jugak dengan kita , jangan pernah takut dalam  memperjuangkan kebenaran Islam . Alhamdulillah, sekolah kita 26 org guru akan ke Himpunan Kebangkitan Rakyat . subhanaAllah, itu suatu gerakan kesedaran daripada ruh untuk sentiasa ke arah perjuangan Islam . Bukan kerana Politik , tapi kerana Islam. Walaubagaimanapun sekarang, dengan politik sahaja kita mampu mempertahankan Islam .

"Hiduplah dengan Mulia atau Matilah dengan Syahid"

Tersenttap hati maknak dalam diri ana dengan kata2 hikmah itu .Wah3 , hati ana sangat membara nak pergi ni . Kebetulan ada chance nak pergi . Tapi.......

Aiyoooo ! apabila ditanya Ma ana , dengan selamber dia balas . "Qayyum tak boleh pergi . masih awal . lagipon KL nuh jauh sgt , macam2 boleh berlaku" . HAHA baru perasan yang diri masih lagi budak2. haha bukan kerana ana rendah OK ! tapi sebab i'm just 17 years old rite now--- haha kiut miut lagi . Tapi takpa , ana pun dah rasa itu jawapan Ma ana dari awal nk pergi lagi . haha .

Tapi Wahai Muslimin dan Mukminin , pergilah . bangkitkan perjuangan Islam. Kalau bukan kita siapa lagi ?

*-------------------------------------------------*

Sahabat,
Saat ini,
hulurkan secebis usaha,
kerana dirimu cukup perkasa .

Allah,
Dia bukan mencari apa yang istimewa,
Dia mencari apa yang diusaha.

Rasulullah,
Dia sentiasa berdakwah,
jika diberi matahari dan bulan,
hatinya kekal teguh dan tabah,
kerana hatinya punyai Istilah,
Islam agama Allah.

Para Syuhada,
mereka tak kenal erti gentar,
mereka hanya kenal,
Syahid itu indah,
kerana di depannya ada,
Syurga yang terindah.

Kalian,
kita apa ada?
saat ini lah kita menunjukkan siapa kita,
bangun dan sedar,
Kita memerlukan islam,
tapi islam tidak memerlukan kita.

Tapi Allah mencintai para pejuang di Jalan-Nya
Ganjaran-Nya adalah Syurga kekal abadi .

*--------------------------------------*

Qayyum
11/1/2013 M
28 safar 1434 H
2:08 am

Cukup.Allah.Di.Hatiku.

Sunday 6 January 2013

Budak STTQ~

Sijil.Tinggi.Tahfiz.Quran

Bismillahirrahmanirrahim......

Assalamualaikum SahabatKu Dunia Akhirat .


Alhamdulillah , segala puji bagi Tuhan yang Maha Ghafur ,
 Semoga menjadikan kami dalam golongan yang b'SYUKUR ,
Dan dijauhkan daripada golongan KUFUR ,
Yang bakal dipentur ,
dan dipekur ,
didalam Kubur ,
Laksana "nasi menjadi bubur".


Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong , ni dia budok soghe nie akan masuk sekoloh awok ! budak hok kiut miut tu.... Ahmad Qayyum tu ... *bajet excited*



Dalam hati , "asrama lagi ? huh !"
betulkan niat balik , "InsyaAllah terbaik untuk diri ana, Amin !"

Kata-kata Ustaz Sabri masih lagi terngiang-ngian di benak ana , "Hafal Al-Quran di sekolah Maahad tahfiz tapi tak sudahkan dengan STTQ macam tak abis la ."
So, selepas itu ana dalam hati rasa betul jugak dengan kata-kata ustaz . Ana buat pilihan untuk sambung duduk dekat MTAQPC sampai selesai STTQ . Dalam STTQ nie insyaAllah ana dapat perkemaskan Al-Quran yang kian longgar ini, sebab yang paling penting adalah Peperiksaan Al-Quran yg sukatannya 30 juz. Kalau SMU(Sijil Menengah Ugama) hanya 15 juz pun ana dah bagai . Adoi 30 juz . memang purah(comot) la ana nak jawabnya .Tapi takpa sekurang-kurangnya adalah sikit sebanyak kan yang dapat? even tak semua.

So , STTQ im coming . we challenge . we fight . Life must go on ! haha

sapa kenal ? kita genk ! haha time shooting Warkah Cinta.



*---------------------------------*


Qayyum
6th January 2013   
4:37 p.m.

Aku Bukanlah Hebat , Tapi Aku Berjiwa Besar !

Cukup.Allah.Di.Hatiku.