HambaMu yang mencari kerendahan hati dan kemanisan iman, ya Allah tolonglah hambaMu
Powered by Blogger.

Saturday 30 November 2013

Moment SPM 2012 Final

Farewell Dinner.

Lets pics tell the story.
























Setakat itu sahaja ceritanya. Aku tahu, kamu semua pasti rindu pada saat ini kan? ke tidak? ouh kalau tidak, aku salah. Tetapi aku berharap kamu semua rindu.

-----------------------------

Ikhlas dari ku Qayyum :


Lihat diriku diatas, ini bukan promote. Tetapi sebagai kau kenal dan masih ingat pada wajahku, biarlah kau tidak kenal akan aku yg sebenar ke apa ke. setidaknya kau lihat, kau masih cam inilah budak Qayyum.

Aku nak mintak maaf sangat2 jika sepanjang aku disana tak menyenangi hati orang, yelah, aku bising, budak-budak, bajet-bajet, suka tak ingat dunia dan macam-macam lagi, itu semua aku.

Walaupon terdetik bahawa ruginya dibenci tp biarlah bagi aku, aku menjadi aku. kalau orang ingat pon, mereka akan ingat aku, mereka tahu apa yg mereka kata, biarlah buruk ataupon baik. Janji itu aku.
Dan aku tak pernah benci sesapa disana.

Tak singgah tak kena, salam maaf aku ingin diterima.

Bilik 106. Tingkatan 4:
Sangat bahagia lagi-lagi after raya, dan aku juga ingin mohon maaf sebab aku buta dan aku ego, kalian pasti ingat apa yg terjadi antara kita. Maaf sangat-sangat.

Bilik 108. Tingkatan 5:
Ini tak usah dibicara,
One word ~ Ohsem!
Maaf juga semua~

Bilik 110. Tingkatan 6:
Hebat dan maaf jugak kalau ada yg terguris. Jutaan terima kasih yg rajin kejutkan.

-------------------

Sahabat, Bawalah sahabat ke Syurga bersama.

Apa guna kita hidup mementing diri,
Kerana kita juga bisa rebah,
Kita juga bisa menangis,

Suatu masa,
Kita juga meminta,
Agar sahabat kita membantu diri,
dalam menasihat.

Buanglah ego.
Buang jauh kesana.

Kita bersahabat biar kita bersama,
Sehingga Syurga kita bersama.

CukupAllahDiHatiku
Maafkan aku
InsyaAllah

Monday 11 November 2013

Moment SPM 2012 part 5~

Assalamualaikum....

Susulan kemudian....

Takpalah, kita skip hari hari SPM tu, kita teruskan dengan hari-hari terakhir terus.. hehe
Hari terakhir bagi setengah calon, yang amik subjek Ekonomi kena tunggu untuk satu hari lebih daripada calon lain, waktu tulaa ramai yang cakap,

"Macam nak drop jer subjek ekonomi nie, nak balikkk !!"

Kan3??

Huhu dengan langkah yang penuh ceria nak merdekanya daripada SPM.

Muka muka eksaited nak tamatkan periksa PQS


Calon-calon suami MU semua, haha except pengawas pepriksaan.
Eh silap, Calon Calon SPM
Huhu takpa, masa tu ketabahan hati teruji kepada pelajar amik Ekonomi Asas setelah semua tamat, dengan pulangnya kawan-kawan mereka yg telah tamat, terasa tau kesunyian tu, tapi haaaaaa

semua taknak balik awal, nak main bola untuk lastttt sekali, kan dah cakap, bola itu penting, lagi2 untuk ketatkan ukhwah kitorg. huhu terubat la kesunyian tu.

Katakan semua jom..

INI SEMUA POYO ! :) haha

ok dah cukup, hahaha tpi sebenarnya mak aku dah tanya sejak bulan puasa lagi,

//Yum bila ma boleh bawak pergi cendol untuk budak tahfiz?"
//Ma, bawak time qayyum abis exam la. Petang tu maa bawak deh.
//Ok,

Alhamdulillah hasrat hati berjanji ditepati, Ibuku memang sediakan cendol. huhu ♫hatiku gembira♪


Moment of Cendol Break:





begitulah suasananya, walau ada yg tidak sempat tapi Alhamdulillah semua kenyang.

Tapi ada cerita jugak sedang korang makan.

//Ma, pastu macam mana keputusan nie, nak suh qayyum amik tak STTQ nie,
//Qayyum rasa mana yg terbaik?
//Qayyum mana reti maa.
//Qayyum belajar la buat keputusan.
//Kalau ikutkan memang taknak amik, malas duk sekolah. Tapi bosan pulak duk rumah lama-lama nati maa
//Qayyum amikla STTQ, belajar jugak setidaknya. Solat Lima waktu berjemaah terjaga sikit.Banyak lagi ilmu boleh qayyum tambah. Quran pon setidaknya qayyum akan tengok jugak walau satu helai. so better qayyum amik la
//Ok, nanti qayyum cakap kat ustaz.
//cendol oke tak?
//oke je maa, Top gtuu

itulah sebab kenapa aku amik STTQ tahun nie, huhu Alhamdulillah memang banyak ilmu dapat. Oke dah cerita sendiri.

sambung lagi,

Malam tu dikatakan malam mesyuarat besar kitorang, yang dirancang adalah Farewell Dinner. Hehe rancang punya rancang last-last saudara Ammar yang suggest tempat. Restoran Syam. Walau hakikat ramai jugak yang taknak, tapi kitorang kalau majoriti lebih memihak kitorg oke jer asalkan murah, senang urusan dan sedap. Sebab ada yg mencadang untuk ke New Horizon so yg kepala cadang tu, Aku! dah kita jangan conteng warna buruk pada kenangan kita, let bygone be bygone.

Keputusan terakhir, Restoran Syam jugak dan saudara Ammar yasir yang uruskan semua urusniaga itu, ceehhhh.

moment of Meeting:

eh eh, datuk speaker mana hensem gedebak nie.
hahaha sory excited tgok gambar lama. Jangan marah.

tgook tu sampai ada yg berselimut, sejuk je mesyuarat kami.


fokus! eh comel pulak Baby senyum, Bie yu rindu baby. haha


abaikan yg serabai, ini mcm kapal sudah pecah, kononnya stresss. hahaha
Sapa nampak baju? itu memang almari pon. hahaha
Ammar berdoa setelah kitorg tamat, medoakan Allah permudahkan segalanya


 Begitulah momentnya, Gambar farewell dinner? episod akan datang insyaAllah saya upload.

After tamat meeting tu, Alhamdulillah la ada hamba mana yg baik sangat hati bersedakahkan Murtabak setiap orang satu murtabak dan diberi dalam bungkus2, so dalam satu bungkus ada 5 murtabaks. Kena la cari 5 orang untuk murtabaks tu.


moment Murtabak break :
haaa macam nie laa rupanya! 


how we eat

how we greed. Hahaha gura deh. Faiz, adeeeeeeeeeei

hahaha nak sweet-sweet sikit eh.



acecei, Cho malu...
 Oke, macam takde pape je kan? aih apa? nampak macam gay? takdelah itulah Ukhwah.


Saat semua telah pergi,
hanya kerna Ilmu.
Diri mengenangi,
saat-saat bersama diri-diri kamu.

Aku tak pinta tisu,
Andai aku menangis.
Cukup bahu mu menjadi tempat aku mengadu,
Cukup dengan telinga mu rajin mendengari.

Aku tak pinta senyuman,
Andai aku lihat ada yang berduka.
Cukuplah dirimu tersenyum bahagia
Membuah kenangan selamanya.

Kita mungkin berjuang untuk diri,
tapi kadang kita terlupa,
siapa yg sering bersendiri.

Tapi kerna kita
BerSAHABAT,
tiada kata penting diri sendiri.
Malah saling menyayangi
dan mencintai.

Kerana Kita Bersahabat untuk Ukhrawi.

Bersambung...........

CukupAllahDihatiKami
InsyaAllah

Saturday 9 November 2013

Moment SPM 2012 part 4~


bersiaran kembali.....

Ehem Ehem, maafla baru update. Semalam kepenatan sebab main futsal. Hari ni pon mata dah berat. Takpa ku gagah walau ku layu. Walau gentar ku langkah seribu. ceeehhh ayaatt!

Aku sangat teringat pada waktu peperiksaan Matematik, siapa ingat dan berada dalam time nie mesti terasa lawak dan sangat susah dilupakan.

Cikgu kami merajuk, waaaaaa. Sory Cikgu Nizam, kami budak yg baru nak up. Tak paham perasaan cikgu kepenatan masa tu. Kami tahu, cikgu sangat komited dlm nak mengajar kami dan tetiba mood cikgu hangus dek kami.

Apapon, kami bincang balik. Ada laaa ahli syura kami tu buat perbincangan. Then, diorg pon mintak 3/5 ringgit sorg. Kononnya nak buat jamuan as nak pujuk cikgu kami. Lepas tu, sepakat kata membawa muafakat bersetuju utk tempah dengan Kantin Abe Ya untuk masakkan Nasi Lemak.

inilah Presiden sekolah kami.
dia juga presiden Ahli Syura masa tu. hehe :)
sory amik gambar nie, napok juruh etep.


Kerna terjadinya sebuah insiden ini, tercetusla untuk menjamukan semua cikgu dan ustaz di sekolah kami. Kami tahu, mungkin dengan cara ini membuat cikgu-cikgu tahu yg kami amat menghargai jasa-jasa mereka dan mgkin dgn ini menggembirakan hati mereka. Alhamdulillah mereka semua berterima kasih sekaligus mengucap Doa kpd kami.

Siapalah kitakan? seorang murid yang tidak tahu apa-apa sebelum mereka melimpahkan ilmu kpd kita. Ingat juga. Marah cikgu itu juga seolah suatu doa untuk kita gagal. Tanpa berkat, ilmu itu tiada guna.

Walau memang sebelum kami membuat jamuan tu cikgu tak masuk, last-last dia masuk jugak after jamuan. Alhamdulillah. Siapa tak kenal cikgu Nizam yg sangat tegas tapi hati lembut. yuuuuuuuu!

Bagiku mungkin dia terima maaf tapi yg paling besar adalah dia tahu, anak muridnya perlukan dia walau disaat seminit sebelum masuk dewan. Cikgu Nizam masuk bilik tayangan(tempat kami bkumpul) dari pukul 8 malam hingga 2 pagi. Ayat paling best ialah...

"Awak buat dulu latihan saya bagi, kalau tak paham, mari tanya. Kalau saya ttdo, kejutkan saya, takpa saya cuba tolong"

Ya Allah, susah sangat nak dapat cikgu macam nie, Salute2!

Evendo, itu sudah berharga, cikgu nizam sempat lagi cakap,

"Kul 10 kita berhenti sekejap dan kita solat Isyak bersama dan kita buat la solat hajat sikit supaya Allah permudahkan segalanya."

Itu cikgu okay, aku ulang, Cikgu!

Ya Allah, semua solat berjemaah sekali, tanpa ada yg tertinggal. Yang masbuq(terlewat) itu mesti ada, tak kesah la yg penting solat hajat tu jugak penuh. Semua calon SPM 12 solat.

mungkin balasan Allah terhadap cikgu Nizam kot, memberi kami semua kemudahan. Alhamdulillah la Allah memang permudahkan segalanya sehingga ada yg cakap "Alah, mudah 'semesek'(sangat) math tadi, insyaAllah A+ cikgu...."

Cikgu tersenyum dan terbukti, Math dapat 1.32 cgpa. Sangat tinggi dan peningkatan sebanyak 0.8point daripada tahun sebelum nya.

Itulah kuasa DOA dan bersatu dalam meminta pada Allah. Nak jumpa tempat lain lagi memang susah.

Walau bagaimanapon, janji itu janji. Janji kena tunaikan. Cikgu Nizam tunaikan janjinya kepada kami yang dia akan belanja makan kalau dapat lepas target dia. huhu Kami lepas! yes!

ini hadiahnya :

Restoran Nasi Ulam Cikgu

dua Cikgu hebat kami.
Kiri : Cikgu Rizal
Kanan : Cikgu Nizam

here Restoran Nasi Ulam Cikgu

suasana di sana.


Siapalah kita tanpa guru.
Ilmu ditimba,
Berkat dijaga.
Doa diminta
bersama usaha.
insyaAllah berjaya.


okeylaaaa mataku sudah penat. lagi-lagi tengok Chelsea kena baham 2-1 setakat nie, takpa ada 10 minit lagi. Mgkin mcm Kelantan. 10minutes of Miracle. haha oke Assalam.

bersambung......................


CukupAllahDiHatiKami
InsyaAllah

Thursday 7 November 2013

Moment SPM 2012 part 3~

Susulan kemudian...........

Bola dan lelaki susah dipisahkan? betullah, itu juga tentang kami. Walaupon SPM, kami tetap bermain jugak. Ini adalah cara "hilang stress" kedua kami. Ada jugak yang tanya, ustaz tak marah ke main?kan harini bukan hari untuk main? then jawapan kami, ustaz ckp, mainla diorang nak main, Diorang dah besar diorang tahu la nak pikir. Kami tetap main walaupon bukan hari dibenarkan bermain. Takpa ustaz bagi. haha

sebelum main, tempat biasa yg dijadikan utk pakai kasut dan buang kasut.


Tapi ukhwah kami, kami bukan hanya pada kami-kami jer. Ustaz pun join kitorg main petang petang. Kan dapat tu rapatkan ukhwah dengan ustaz. Btw, ustaz kami legend2 sekolah ok. haha tak cukup ustaz? pak guard sekolah pon main sama. (sapa ingat gelak tawa Abe Yala?, mohon suka tutup mulut).

ini ustaz Hafez, antara ustaz yg selalu main dengan kami

ini Abe Yala, pak guard yang main sama.



Dalam main bola, kami bergurau, kami bersatu. Bukan senang nak bersatu tau. Sebab main bola tak boleh individu nanti takde yang nak passing. Kau kena belajar toleransi sikit nak passing kat orang lain jangan jadi kedekut sangat. haha

Mgkin korang ingat NurAiman si bek paling susah nak lepas walau cilik, Omar yang suka main curi ayam depan gol.. Syed Umar &Hatim yang tak lekang dengan crossingnya. Alif yang selalu menjadi masalah untuk Sayyid, Irfan & Hakimi. Aiman sazlan si perancang. HafizZul yang berskillnya. Rasyid keeper hebat. Ahmad Nasha bek yang tenang, Faiz CK yg selalu dengan gaya Rooneynya. Abe dengan clearencenya. Qayyum?? si bising dengan ayatnya "Comel pok kito" , lawa pok kito" kan kan kan dan banyak lagi, maaf tak sempat nak mention.

Yang paling tak bleh lupa adalah bila kenangan ustaz a.k.a penjaring tegar kami terjatuh, dia nak buat sepakan gunting tapi terjatuh. Kononnya masa tu dia macam sedikit bengang la dengan Si NurAiman sebab tak dapat lepas dengan budak kecik tu. Sekali terjatuh, mula-mula macam lawak, lama-lama permainan kami terhenti, ustaz sakit serius.

the moment ustaz jatuh:


Kami terus hentikan permainan kami, sebab ustaz jatuh. dan itu semua kenangan. Ayat sedih yang pernha didengar adalah bila Abe Yala ckp

"Aku tak main dah bola nt. Pok-pok(gang2) mg nak keluar dah."

Mgkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu.

Kami kami.
Then, after semua dah habis, kami akan ke asrama kami. Tapi macam biasa, duduk sembang di kerusi batu dulu dan mesti main lagi untuk kali kedua.
kan kan kan?



Kalau bintang itu indah,
mungkin bintang itu Ukhwah.
Kalau bulan itu penyeri,
mungkin bulan itu sahabat sejati.



------------------------------------


Paper BI

Jangan mengalah
Jangan malu.
Suatu perkara yg aku belajar
dalam erti pembelajaran.


Memandangkan sudah tamat dua paper hari ni, masa kitorg hari ni dan semalam adalah paper BM & BI. Tapi tadi terkejut when kakak balik dia cakap dia baru lepas habis jaga Spm paper PQS, my kakak hayyu and i macam "bukan ke selalunya last last paper PQS?"
nampak tak dua2 tgh wondering.

Ops jauh sudah pergi, masa paper BI. Malam sebelum tu, semua kalut kalut cari essay sesuai nak hafal. FB ditinggalkan kejap, mgkin tak streesss kot, kannn? haha. Takdelah tu saranan Sir Hazri kepada kami.

Tp, aku? hafal jugak, karangan buat sendiri. Aku karang cerita seorang anak yg derhaka pd ayah. Then mintak tolong Omar Khayyam cek. Huhu simple word from him for me. "Translate" hahaha. I hav no word and just admit what he said. AlMaklumlah, saya nie belajar betul-betul English stakat darjah 6 jer. 5tahun seterusnya, ntah apa apa. hinggalah 5 bulan terakhir tu, baru laa bercambah sedikit BI tu. Alhamdulillah.

Omar ckp yg dia nak tolong, he said kalau aku terus buat macam nie mmg kureng la markah tu. Ok i suddenly malu, malu sesangat. Tapi dia cakap.

"Kau nak malu ke, nak A? Kalau malu duduk la sana. Kalau tak datang la sini. Takpa aku tunggu."

Serius, dia tggu sampai pukul 2 pagi disebabkan pujuk aku utk perbetulkan BI aku. Terima kasih sebab tunggu, sungguhpon tungguan mu amat bermakna bagiku.
Alhamdulillah i got A.

Betulla orang kata, biar malu kerna salah, jangan malu kerna gagal atau bodoh.

Thanks Omar also Aiman who also helped me during that time.

Me, Omar and Aiman.

Nilai erti persahabatan sangat besar.
Jangan dibuang kerana bosan.
Jangan dicipta andai tidak mampu setia.


Bersambungggggg..................


-----------------------------------

[iklan]

3rd Muharram. (semalam)

It is me and my friend's birthday in Islamic calendar.
His name is Muhammad Syahid bin Mohamad Shukor.

He sent me :
"3 muharram 1435 hijrah,umur kita berganjak.
Awal tahun baru ini ramai y mempunya azam mereka sendiri,ada y nak jadi ini,nak jadi itu,namun sedar @ tidak,tanggungjwab y lebih besar menanti,ujian dan mehnah yg lebih pahit bakal ditempuhi. Pesoalannya,adakah kita sedia? Kita hidup ada tanggungjawab,utk diri keluarga serta yg lbh besar iaitu ummah. Ummah menanti kita bukan sekadar ingin bertanya hukum hakam,malah mereka menanti kita agar kita bisa menjadi penyelamat serta penunjuk jalan. Bersendirilah,sentuh dada,tanya diri apakah hadaf hidupku sebenarnya?
Awal tahun baru ini ramai y mempunyai azam mereka sendiri, ada y nak jadi ini,nak jadi itu,namun sedar @ tidak,tanggungjwab y lebih besar menanti,ujian dan mehnah y lebih pahit bakal ditempuhi. Pesoalannya,adakah kita sedia? Kita hidup ada tanggungjawab,utk diri keluarga serta y lbh besar iaitu ummah. Ummah menanti kita bukan sekadar ingin bertanya hukum hakam,malah mereka menanti kita agar kita bisa menjadi penyelamat serta penunjuk jalan. Bersendirilah,sentuh dada,tanya diri apakah hadaf hidupku sebenarnya?"

thanks sahabat.
Tak tahu nak balas apa.
Just can say

"Sanah helwa akhi, Semoga amalan semakin bertambah. Tabah hadapi ujian. Jangan risau, kalau ada mek arab nak goda you, beritahu I. Nanti I kira la macam mana nak kira, guna kalkulator ka apa ke.
Ingat janji kita, kahwin masa tarikh lahir kita 2 June atau 3 Muharram.
Semoga Syurga itu tempatmu dan tunggu aku didalam sana."


CukupAllahDihatiKami
InsyaAllah