HambaMu yang mencari kerendahan hati dan kemanisan iman, ya Allah tolonglah hambaMu
Powered by Blogger.

Sunday 30 June 2013

Mimpi Indah :)

Assalamualaikum,

Bismillah.

Fuh fuh, berhabuk dah kamu blog,
Mimpi, kadang indah kadang buruk.
Kalau indah ucap Alhamdulillah,
Kalau buruk, Rasulullah suruh doa agar dijauhkan keburukan.

Buat 11 tahun adik Yum meninggalkan dunia yang fana ini utk menunggu waktu bertemu dengan Allah.

Entahlaa, kenapa tahun ini Yum sangat merindui dia. Entah, perasaan itu tak boleh nak ungkap dgn perkataan atau perbuatan.

10 syaaban 1434h, Mgkin Allah ingin melepaskan rindu Yum pada dia dengan menghadiahkan sebuah mimpi. Mimpi bertemu dengan dia.
Betapa comelnya wajah dia apabila dia melihat Yum sambil tersengih. Oh Ohsem!
Hai adik, kalau kau ada sekarang mahu aku cium pipi mu yang gebu itu.

Jika kau ingin tahu, Kakak Hayyu pun sangat merindui mu sehingga terfikir kuat sangat tentang dirimu.

Apabila Yum tanya Ma Yum,

Ma kata,
"mgkin roh dia datang la tu apabila Bulan Syaaban sampai. Kan dia takda masa bulan Syaaban jugak." 

Allah, terima kasih mghadiahkan senyuman comel itu pada aku. walau ia mimpi, bagiku ia realiti.

jika engkau tahu Allah itu Baik. engkau akan percaya pada Dia.

Friday 28 June 2013

Hati yang menangis :(

Assalamualaikum

Dear my sincere friends until Jannah. I'm fully hope that one day we meet there as Allah will.

Ops~ before I'm going through and forgot, lets us give a lot of praises to Allah because makes us still breathing until now even we never appreciate what was given. However, he doesn't count what he gave to us. 
Allah, You are the Most Kindness.

Sejak dua menjak, *ceeh ayat bm kot* Yum diserang penyakit rindu, bersalah dan etc. Bagi yum, perasaan ini cutup menyeksakan. I'm always trying to keep smile even its hard. Sorry for the fake smiles thats i had give to you friends. Maybe i want to censure my sadness. Hurm, please Qayyum don't be so hypocrite anymore.



I do have missed them very much. You are my brothers.

However,
At UIAM,

Allah has gave me a lot of lessons especially teaching me to be a humble of servant when I have to face up with another students that very good in their speaking, studying and self-confidencing. They so brave to give their opinions and sometimes when they don't understand what  has been taught they will quickly pull hands up to ask what was not understand. Me? ouh, too far to be like them, i have not enough good in speaking English so i do have not ask as i think too shame to ask. How coward i am! please don't be like me. But please stay prays for me to be the best.

What was happened, i think... i should be grateful to Allah. I know, Im planning.. Allah also planning, but He is the best Planners. So i need to admit what was happened to me.

#maaf jika english saya broken. Saya masih bertatih dan berlatih



----------------------------------

Betulla kata-kata yang pernah Yum baca,

"mgkin Allah menarik orang yang kita sayang kerana Allah nak lihat kita cinta Allah kerana dia atau kerana Allah."

berharga sungguh kata hikmah ini, maaf bukan nak riyak tapi banyak orang minta Yum menasihati mereka dalam mereka lemah atau untuk menaikkan semangat mereka. Yum lakukan. Alhamdulillah berhasil. Namun, bila diri Yum sendiri rebah di tengah jalan, Yum susah nak bangkit. Ketika inilah segala kesedihan datang kepada Yum,

"kan best kalau kawan-kawan kat MTAQ masih ada."

Hati yum terdetik perasaan ini bukan kerana yum tak appreciate classmates yum di Uni, tp masa di MTAQ Yum akan terima nasihat-nasihat dari mereka walau tidak secara langsung, atau mereka selalu mendengar rintihan yang akan yum sampaikan. Almaklum, mulut ini sangat petah untuk berbicara lebih-lebih lagi berbual kosong. Ya Ampun, tolong jauhkanlah dari sifat ini.

Sebenarnya Allah nak ajar Yum supaya segala kekuatan terletak pada Allah, bukan pada diri sendiri atau sahabat atau sesiapa sekalipun. Jadi di UIA yum dah cuba untuk praktikkan segalanya even do need improvement. Haha takpa asal mencuba. kan?

Irsyad Razali : one of the my bestie friends. Terima kasih kerana senantiasa sudi mendengar rintihan rintihan ku.

CukupAllahDiHatiKu









Sunday 9 June 2013

Musafir Ilmu

Assalamualaikum

Blog tersayang, lama dah tak ku tulis taipkan padamu tentang kalam-kalam indah agar aku kuat ingat pada Allah. terasa bagai rindu pulak hari ni untuk menaip walau hakikat hatiku sedang bercerita panjang tentang diri.
.
.
.
.
_______
Tanggal 10 Jun 2013m bersamaan 1 Syaaban 1434h, Yum akan bergelar sebagai Mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM). Nak kata Yum excited, tak jugak. Nak kata Yum sedih, tak jugak. Perasaan itu bercampur-baur di antara kedua-duanya. Manakan tidak, dapat masuk Universiti itu adalah impian semua orang termasuk diri Yum sendiri. Namun melupakan kenangan manis dan terindah pada zaman sekolah menengah sukar diketepikan. Sebab itu rasa dalam hati itu bercampur-baur antara keduanya.



Yum dapat mesej dari sahabat Yum yg lahir tarikh lahir sama dengan Yum ----> Syahid.

Ini dia hantar, *no editing*

"Yum, bukan nak kata aku baik, dengki.. sungguh tidak. Saja aku nak pesan sebab aku tahu mung(kau) tak perlu pesanan ku, sapa la aku kan, hehe. Esok nak masuk U kan? jaga diri baik-baik. Mintak restu mak ayah, itu yang penting. Mintak halal dengan mereka. Bila dah ada kat sana bergaullah dengan baik. Sebenarnya aku tak risau sebab mung seorang peramah tapi takpela, aku nak pesan jugak. hehe. Carilah rakan yang betul-betul soleh, bukan hanya baik sebab orang yang baik ditempat yang baik itu biasa tp yang Soleh di tempat baik itu luar biasa. Kalau ada  masalah, kongsi dengan rakanmu yang Soleh kerna mereka mendengar dan menasihat. Jangan sesekali mengasingkan dirimu dari mereka, Sesungguhnya orang terasing itu mudah rebah dan jangan juga kau asingkan sahabatmu kerna mungkin mereka juga kdg2 perlu dorongan dan bimbinganmu tapi aku tak risau sebab aku kenal mung. 
Jaga Iman Baik-baik sebab di sana kita bukan berkenalan dengan perempuan biasa tp dengan bidadari. Sesungguhnya bersama wanita solehah lebih banyak dugaan yang perlu ditempuh apatah lagi mung. Sorang yang friendly. Jangan terlalu rapat sebab dirimu mudah didekati. Takut ada dari mereka patah hati. 
Belajarlah dengan baik Teman agar citamu ingin menjadi Lawyer tercapai. Doaku untukmu sentiasa.
Last , jadilah sahabat seperti bulan bintang, pembina semangat dan petunjuk jalan, macam orang sesat tengah malam. Bila ada bulan dan bintang, mereka rasa damai, resah mereka hilang sebab dengan ada bulan dan bintang mereka dapat petunjuk arah untuk pulang. Assalamualaikum˜"
- ayat yang last tentang bulan dan bintang pernah Yum sendiri buat contoh kepada adik angkat Yum.. Agar menjadi petunjuk arah kepada segenap manusia, kita memandu mereka. kan Mutmain. Itulah buat Yum rasa macam nak nangis sebab perumpamaan kami menjadi sama walau kami tak pernah berbincang untuk membuat ayat itu bersama.
Dan ini mesej yang dihantar oleh budak yang paling baik dengan Yum ----> Mutmain.

".......nak terima kasih untuk segala-galanya dan sanggup layan saya yang tak juruh ni. Abe(abang) jangan lupa kita deh.. abe jugak jangan tinggal Dhuha, Puasa, dan Witir, InsyaAllah abe tidak lupa. saya(mutmain) akan doakan abe dan agar abe bergembira disana. Abe carila kawan-kawan yang baik serupa dengan abe Aiman deh. Abe juruh(baik) dah tapi jadi lagi juruh. Harap Abe selamat sampai dan selamat balik. Mari beraya di rumah deh. kalau abe ingat."

- Dia tak pernah memberi atau berkata pada Yum seperti ayat-ayat di atas. baru ku tahu, dia pun pandai bermadah pilu. (jgn bajet kita sorg je pandai hehe). Dia dan Syahid memberi harapan yang sama iaitu mencari sahabat yang baik malah soleh lagi agar diri Yum menjadi kian Soleh. AMIN !

-Aik, kenapa Mutmain sabitkan Abe Aiman dalam hal ni? Ini jawapannya. Aiman adalah sahabat Yum yang paling Yum tak bleh lupakan. Dia kuatkan semangat Yum. Buat Yum rasa macam dekat pada Allah dan paling penting perasaan sayang Yum pada Aiman sejak tingkatan Satu lagi. Eh, bukan yang terpesong tu.... Sayang seorang sahabat kerana Allah. Aihhh jangan pikir pelik ye. Walau dia bertubuh kecil tapi hati dia macam legend gitu untuk Yum rasa. Kuat kot aura dia. hahahaha macam Goku dalam tengah duduk buat Super Saiya 4.

Qayyum + Aiman
InsyaAllah, Akan Yum ikut nasihat yang diberikan. Aiman juga ada menasihati Yum tentang jaga hubungan dengan Allah. Jangan layan sangat wanita-wanita. Nasihat dia semacam dengan yang Syahid punya.

Aku MUSAFIR ILMU.
Berdagang di bumi Allah,
dan berhenti di Syurga Allah nanti.

Aku MUSAFIR ILMU,
bakal merindui keluargaku,
merindui sahabat syurgaku.

Aku MUSAFIR ILMU,
kena sedar dan terima,
Mujahadah mencari Ilmu ini kerana Allah.

"kita merancang, Allah juga merancang. Dan Allah sebaik-baik perancang"
"Kadang-kadang Allah hantar orang baik kat kita sebab kita tak cukup baik. Dan kadang-kadang Allah tarik balik diorang semua, sebab Allah nak tengok kita jadi baik sebab Dia atau sebab manusia," -sarikandi Umar-