HambaMu yang mencari kerendahan hati dan kemanisan iman, ya Allah tolonglah hambaMu
Powered by Blogger.

Sunday 9 December 2012

Kita Selepas SPM



Tugas Kita Lepas SPM !

bimillahirrahmanirrahim........



-->AQ : Ahmad Qayyum(me)
-->NH : Nurul Hanina(kakak @ along)

NH: Yum, tadi along pergi mesyuarat pemeriksaan kertas SPM. Tahun nie, penandaan Addmath sangat ketat. Runsing pulak ke Qayyum tadi bila tengok kena tanda macam tu.

AQ: Ya ke? huh, nak wak camna lagi long, berserah je lah kepada Allah.

NH: Tapi tadi our leader, Cikgu Nordin cakap.. kalau yang nampak macam ok2 bagi la markah sebab dia kata, "Kesian budak nie, mana tahu dia kuat buat SOLAT HAJAT, jadi bagi je".

AQ: Haha, bagus jugak Cikgu Nordin tu. Memahami betul!

NH: Ala,, dianya orang lama, makan garam memang dah banyak.. sebab tu dia paham..

AQ: ouh, mesti masin lidah diakan? ngeh3. (^.^) <-- Muka x bersalah. Lagi, apa lagi yang dia kata?

NH: emmm, dia pesan supaya kita nie sebagai calon SPM jangan putus daripada berdoa. ada satu cerita dimana seorang pelajar mendapat A dalam addmath tapi hanya jawab dua soalan. Pelajar tu punya la terkejut. Dia tanya cikgu dia, betul ka ni A nie? saya jawab dua soalan saja, ke nie result org lain. Kesian la tuan punya result. Oleh itu, cikgu dia membalas....

"Kadang-kadang apa yang kita sangka itu tidak sama macam kesudahannya. Mgkin Allah nak tunjukkan kemurahan rezeki-Nya terhadap hambanya. Kita hanya Manusia yang mampu berusaha dan bertawakkal. yang menentukan ialah Qada' dan Qadar Allah. Perhaps, Allah wants to give his given unyuk membalas kebaikan awak, awak rajin solat, awak tak putus berdoa, selalu tolong mak dan ayah. Jangan pula lepas dapat result nie kamu hilangkan semua nie kerana Allah mampu menarik nikmat hamba-Nya dengan begitu mudah dan cepat."

So, nak dijadikan cerita.. kita kena la tak putus-putus berdoa kepada Allah hingga penghujung result. yang lagi baik hingga ke akhir hayat. yang paling best sekali kan Yum, ada satu lg cerita tu, cikgu Nordin cakap... mgkin Allah nak bantu ke macamana, daripada markah 28--->82. tak ke A dah tu? huish... ntah macam mana boleh tersalah type, tapi tak pelik kan kalau perkara ni berlaku ke atas manusia kan?. So, berdoa la Qayyum.. Pesan kat kawan-kawan jugak. Pesanan Ikhlas Ini Ditaja Oleh Along.. HAHA

#Rasa semangat pulak, berdebar pun ada.

P/S: to All My beloved frens, Jangan putus-putusla daripada berdoa. Sebab Allah masih nak menjaga hubungan kita dengan dia la Allah jadikan ini sebagai ujian untuk mengharungi kehidupan after SPM. Di sebalik tabir ujian ini, Allah nak didik kita agar sentiasa beribadat kepada-Nya. mgkin kita di Universiti nanti, banyak perkara yang lagi sukar utk kita tunaikan especially SOLAT. Hopefully kita semua mendapat result yang terbaik.

Maniskan Senyuman Maniskan Iman

"Dan bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakal"

......................................................


MISS YOU frenss! sayang sampai Jannah.


Ya Allah,
Jika Aku Jauh,
Engkau Dekatkanlah.

Ya Allah,
Jika Aku Rindu,
Engkau Sampaikanlah.

Ya Allah,
Jika Aku Dekat,
Engkau Kuatkanlah Ukhwah,

Ya Allah,
Jika Aku Cinta,
Engkau Biarlah ke Jannah.

Ya Allah,
Sampaikanlah Doaku Untuk Sahabatku,
Agar Dia Bahagia.

Ameennnn... (^_______^)

Cukup.Allah.Di.HatiKu.

3 comments :