HambaMu yang mencari kerendahan hati dan kemanisan iman, ya Allah tolonglah hambaMu
Powered by Blogger.

Monday 22 July 2013

Tingkap Suatu Hari~ :)

Assalamualaikum.

Wooooooooo ! lama tak hapdet blog ni. Sarang lelabah dah banyak rupanya. Nak sapu tak nak? bukankah lelabah dan sesawangnya yang selamatkan Rasulullah di Bukit Thur? apakah aku jahat sekiranya sapu?

Tidaklah wahai diri, ia untuk kebersihan dan kekemasan, Ia tidak mengapa.
Bukankah kebersihan juga separuh daripada Iman? haha ^^

For surelaa, diberi kesempatan pd petang nie.. so Yum update sikit blog nie.

Semoga Dirahmati !

----------------------------------

Suatu hari,
One day.

Kuat sangat aku percaya padanya.
Bukankah aku tidak tahu apa yang terjadi.
Tapi, hati...
tetap ingin bersama dengan Suatu Hari.

Ingatkah kita pada kisah teladan Rasululllah Sallahi alaihi wassalam? Dimana baginda tidak pernah jemu mengepalkan dan menyuapkan roti kepada seorang Yahudi yang buta dan seorang peminta sedekah. Setiap hari si Yahudi itu mencaci baginda. Sehinggalah pada kewafatan baginda, Saidina Abu Bakar menggantikan tempat Rasulullah. Yang menjadi pelik, Yahudi itu berkata, 

"ini bukan orang yang selalu memberi aku makan, orang yang memberi aku makan biasanya dia mengepalkan sehingga lumat. Tangannya lembut menyuapkan aku sehingga aku berasa kenyang memakan roti itu. Ini bukan orang yang biasa." 

Saidina Abu Bakar mendengar kata itu lalu air mata beliau mengalir bercucuran ke bumi tidak dapat menahan sebak dihati. Beliau membalas,

"Sesungguhnya aku bukanlah orang yang selalu memberi kamu makan. yang selalu memberi kamu makan adalah orang yang kamu selalu hina kamu caci, dialah Muhammad Rasulullah."

Setelah peristiwa itu, Yahudi itu segera memeluk Islam.

Apakah kita perasan? setelah nabi kita wafat baru Yahudi itu sedar.
Apakah itu bukan suatu hari?

Berdakwah jangan sampai takut, jangan sampai terputus asa.
Kadang kena percaya pada suatu hari. Berdoa kepada Allah.
Itulah kekuatan kita. dan senjata kita.


aku berdiri dan aku melihat.

---------------------------------------

Suatu hari,
Aku percaya padanya.

Suatu hari,
Dia pasti percaya.

Suatu hari,
Mereka pasti sedar.

Suatu hari,
Mereka pasti tahu.

Suatu hari,
Engkau pun tahu.

Yang aku buat hanyalah untuk kebaikan,
bukan pada hari ini sahaja,
tapi kerana aku tahu,
aku percaya,
pada
Suatu hari.

CukupAllahDiHatiKu

No comments :

Post a Comment