HambaMu yang mencari kerendahan hati dan kemanisan iman, ya Allah tolonglah hambaMu
Powered by Blogger.

Saturday 13 July 2013

Ku Pinta Mati Awal~

Assalamualaikum.

M.A.T.I
~itu pasti~



Sejauh mana kau cuba menidakkan Kematian, semakin itulah engkau cuba menafikan..
 Takdir Ilahi.

"setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati" (Surah Ali Imran : 185) 





*****

Sahabat yum pernah minta,

Q : Qayyum
A : Aiman

"Yum, doakan aku mati awal. Maksud aku, sebelum berkahwin" -A
"Kenapa Man?" -Q
"Aku tak layak untuk mendapat isteri solehah" -A
"Kenapa?" -Q
"Kerana aku tak cukup soleh untuk mendapat isteri solehah, jadi aku harap Allah memberi bidadari syurga untuk aku." -A




Ayat dia sangat menceritakan hal dalam diri ini iaitu Iman. Manakan nak dapat syurga kalau maksiat sentiasa berleluasa.  Dosa bermaharaja lela . Dia minta mati awal sebab dia rasa bidadari syurga itu lagi penting dari seorang isteri. Maksudnya, balasan Allah itu lagi penting dari kehendak diri. 
Siapa ingin menolak fitrah hidup berpasangan, tapi siapakah mampu menduga di hari akan datang tentang diri? siapa?
Hanya Allah sahaja.

Bukanlah dunia sebenarnya kita kejar tp Akhirat yang pasti. Dunia ini hanyalah tapak semaian untuk dipetik di Hari Kemudian.

SubhanAllah, wAlhamdulillah, Allahuakbar

Sesiapa mampu untuk kata ia poyo tp dari sudut aku, dia jujur mengatakan apa yg terbuku.

aku pun sama sahabat.
yum ambil utk diri yum :)




------------------------------

Sungguh, Dunia ini sudah tandus.
Maksiat ada dimana-mana.
Bukanlah aku nak kata aku ni baik,
Tp, bagaimana aku ingin menjadi soleh untuk seorang isteri..
sedang maksiat dunia yang kecil ini pon aku tak mampu melawan.

Bagaimana aku nak mendidik?
bagaimana aku nak menasihat?
Bagaimana aku nak menjadi teladan?
Bagaimana aku nak jadi ketua?

itu persoalan hati.

Aku lelaki,
Itu tanggungjawab aku.
Menjadi soleh kerana Allah,
dan berkhidmat demi Allah.
DEMI REDHA-NYA.

Apa guna kalau aku jadi suami,
tp anak beranak lintang pukang.

Apa guna aku jadi ketua,
kalau org bawahan aku terngiang-ngiang.

Sungguh, lelaki perlu menjadi pembimbing kini.
Lebih-lebih lagi era akhir zaman ini,
Dunia, 
perempuan mendominasi.

Perempuan,
Mereka perlu bimbingan,
Tp bagaimana?

Bukan dengan cinta monyet,
bukan dengan ayat-ayat pemanis,
bukan dengan jeruk-jeruk asam.

Tp dengan hadirnya ketua-ketua yang selalu mengingatkan mereka.

Wahai lelaki, siapa lagi kalau bukan kita?
Bukankah lelaki itu ketua?

DEMI REDHA-NYA, 
ayuh kita bangkit dari lena.
membawa panji islam,
dengan bermula dari diri,
Keluarga,
Masyarakat.
dan Negara.
INSYAALLAH


O.O *sentap hatiku*

*maaf jika tersalah, aku hamba jahil*

CukupAllahDiHatiKu.

1 comment :