HambaMu yang mencari kerendahan hati dan kemanisan iman, ya Allah tolonglah hambaMu
Powered by Blogger.

Friday 12 July 2013

Baiknya Allah~

Assalamualaikum,

terbina seketul daging yang hanya sebesar penumbuk,
ialah Raja rimba anggota badan.
Jika ia baik, maka baiklah seluruh rakyatnya,
Jika ia buruk, maka buruklah seluruh rakyatnya.

JIKA NAK BERUBAH, JANGAN TANGGUH.


Allah berikan hidayah kepada HambaNya yang dia inginkan. 
Tak kira putih, hitam, merah, biru, hatta hijau sekalipon..
Kalau Allah nak pilih dia untuk Dia bagi hidayah, Dia tetap akan dapat. Sebab itu, kita kena berdoa agar Allah tidak putus-putus memberi hidayah kepada kita.

Walaupun ia terdetik sedikit di hati, itu adalah hidayah yg Allah sampaikan.

Dalam pada itu juga, apabila hidayah diberikan....

Taufiq,
dialah seterusnya.
Kerana Hidayah tanpa Taufiq itu ibarat,
angan-angan.

Taufiq itu perlaksanaan terhadap hidayah.
Contohnya, kita dengar tentang kelebihan solat Dhuha, kita berasa ingin melakukannya.
Tp, jika kita tidak buat. Itu hidayah tanpa taufiq.
Jika sebaliknya, kita buat. Itu hidayah yg bertaufiq.





------------------------------------------------



Kadang-kadang, hati kita dirundung gusar memikiran dosa yang kita lakukan terhadap Allah, kita rasa bersalah pada diri kita. Bukanlah bermaksud kita kena terus rasa putus asa, malah sebenarnya kita kena bangkit dari lena. Allah berikan kita cahaya keinsafan kepada kita pada waktu itu.

Dia(Allah) sayang kita.

Dia buatkan rasa itu agar kita ingat pada Dia.

Kadang-kadang, kita sering dibelenggu masalah. Kita mengeluh.

"kenapakah aku selalu dirundung masalah, kena sakit situ sini dan macam-macam, yaAllah rasa sakit sangat"

Mgkin Allah jadikan sakit itu penawar keimanan walaupun penawar itu ubat untuk orang sakit. Penawar itu dijadikan supaya HambaNya yang ditimpakan  masalah selalu ingat pada Dia(Allah).
Mana tahu, kalau kita sihat walafiat, kita tidak ingat pada Allah. Jadi, sakit itu membuat kita rasa dekat pada Allah.

Kalau Allah tidak ingin berikan Syahid dan Syurga pada Hambanya, Allah takkan ciptakan Jihad yang mana Jihad adalah perkara yang kita kena tinggal duniawi even keluarga sekalipun hanyalah kerana keImanan kepada Allah.
Patrick dan Spongebob, sekuat mana cabaran yang dihadapi mereka tetap tersenyum dan ketawa walaupun kadang-kadang tu tidak lawak. Kerana dengan itu hati mereka terhidur dan senang.


Baiknya Allah.

Bersangka baiklah pada Allah. Dia takkan pernah menzalimi hambaNya, melainkan orang-orang yang kufur kepadaNya dan menzalimi diri mereka sendiri.




CukupAllahDiHatiKu.

No comments :

Post a Comment