HambaMu yang mencari kerendahan hati dan kemanisan iman, ya Allah tolonglah hambaMu
Powered by Blogger.

Thursday 24 January 2013

Usrah Mahabbah :D

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum 

Tepat jam 11.30 malam, kami semua berkumpul..... After menunggu dari jam 11 malam . hehe *Qayyum la yang lambat* 

Krook krook , perut masing2 menyanyi . Hehe 

(cerita dari 11-11.30 pm)

"Ok pakat keluarkan duit , jom " Sayyid a.k.a our leader bersuara.

Mula-mula macam susah sikit , tapi after Sayyid keluarkan duit... semua macam mudah jer keluarkan duit tp ana tidak.. hehe tak ingat nak bawak duit . asif asif jiddan asdiqoi .

hehe then after dah cukup RM22 , 8 biji burger and 1 jug air jagung di order . Yang menjadi mangsa untuk membeli adalah Nur Aiman dan Arifuddin (ahli baru).



 *--------------------------------------*



Sesi Tazkirah

Minggu nie giliran Nur Aiman dan Abdullah Azam yang kena , Haish terselamat >.< !

Tajuk yang dibentang oleh Abdullah Azam adalah

"Hubungan Manusia Berkaitan dengan Hubungan Allah"

Sapa setuju ? put ur hands up . opsss tutup sikit... ada bau . kah3

"Jika kita baik dengan Allah , usah risau... Kawan-kawan atau sesiapa pun akan mudah rapat dengan kita. Kalau pun kita keseorangan... kita masih ada Allah "

Nur Aiman pula tentang..

"Kelebihan Dhuha dan Bersedekah"

ha... bab nie memang ana tunggu, insyaAllah nak cari nas atau dalil bagi menghujahkan kalau-kalau ada yang bertanya tentang tajuk di atas...

" Bismillah ,Ana nak cerita sedikit sebanyak tentang pengalaman ana lah... mintak maaf bukan ana nak riya' ye sahabat-sahabat ,"

Semua angguk tanda setuju.... hehe bijak2

"Ana ada la terlintas nak solat dhuha masa form 4, time tu rasa rajin sikit nak solat dhuha... pastu masa berkat dhuha ana buat tu.... Semasa hari raya di Banggol Chicha ana dimurahkan rezeki.. dapatla duit lebih sikit ."

Haaa~ semua muka macam semangat gtu nak solat dhuha lepas nie .. haha >.< btw , itu sebnarnya dah macam rutin kami pelajar MTAQ . hehe time rehat after makan , pergi Masjid Keputeraan da solat Dhuha . Alhamdulillah Allah permudahkan segala .

"Tentang sedekah pulak , macam biasala.. tengok pelajar sekolah kita derma pada hari Jumaat RM1 kan ? dah macam biasa. Pastu ana cuba untuk derma RM10. Alhamdulillah , ana pun terkejut.. sebab pada petang tu ana dapat RM50.. hasil pergi mengaji Quran dan bagai.. bukan nak kata ana nak cuba-cuba, cuma terdetik dan ana buat . Tanpa disangka kan? dapat feedback macam tu . Tu pun  lepas dapat RM50 tu ana pikir , hey datang dari mana banyak sangat rezki nie.. lepas tu baru laa sedar yang ana sedekah RM10.. Allah balas RM50 . SubhanaAllah !"

so, jangan lah kedekut sangat nak bersedakah atau malas sangat nak solat dhuha. Lagipon, ianya sunnaturasulillah..
ingat "hubungan dengan Allah baik.. hubungan dengan manusia pun jadi baik"

tazkirah mereka berkait rapat. kan ?



*----------------------------------* 

Spotcheck !


"Assalamualaikum" ustaz Zamri memberi salam dan terus melangkah masuk ke ruang kelas kami . Kelas Pra-Shoubra A.

"Maafkan ana ustaz Syah , ana terpaksa ganggu waktu ustaz.." jelas ustaz Zamri kepada ustaz Syah .

"Ouh , takpa... silakan" ustaz Syah membalas . Eh, ustaz Zamri nie nak buat apa nie.... dup dap dup dap ! berdebar . Al-maklum la ustaz Zamri nie ketua guru disiplin sekolah . duhhhh ~

"Angkat jubah blako(semua) . Sampai pinggang."

Wahh ada spotchek rupanya , aduhhh... eh henset dalam poket..... ana cepat-cepat buat macam tak tahu . Patut la Fikri dan Asyraf dah simpan awal-awal. mereka dah terhidu bau Spotchek... hebat seungguh depa . kah3 >,<

Ustaz Fikri pun check seluar Nur Aiman, kebetulan yang datang spotcheck adalah ustaz Zamri dan ustaz Fikri.. ustaz Fikri lebih awal ke belakang dan check barisan kami iatu tempat duduk Hasnul , Nur Aiman dan Ana . ah tidakkk !~

"Allhurabbi, datang sekolah pakai seluar track Aiman ? lepas nie bagi ke ustaz Zamri." haa brigak(kantoi) dah Aiman .

"Allahurabbi, yang nie seluar berjalur koko pulak nie , haa buat perkara sama macam Aiman" cer teka sapa yang pakai seluar berjalur koko itu ? hehe itulah ana >.<... sama nasib dengan Aiman... terkantoi.. memang sahabatlaaa .. haha kita geng Mann ..

tapi masa ustaz Fikri tengah check ana.. ana cukup-cukup berdebar . Time tu phone berada dalam poket ana dan ana masa ustaz Fikri check tu ana pegang dengan kilasan jubah... huh ! nasib baikk terlepas...

Al-maklumlah kan dah dua orang budak paling kiut dalam kelas tu buat hal.. kena la keluar ke depan kan ? hal apa sangat , seluar je pun . hehe... Ana pun bagi cepat-cepat kat Asyraf yang berada dekat dengan ana.. firstly ingatkan ustaz Fikri dah check tu terlepas dah , apa dia pergi check jugak barisan belakang.. Ustaz Zamri ustaz Zamri , memang buat ana keluh kesah nie ...

Asyraf di check... ouh selamat tiada apa-apa even Asyraf letakkanphone ana di tempat letak dompet dia . Ustaz dah pegang tapi Alhamdulillah tiada apa-apa . Memang ngeri la Movie kali nie . memang susah nak lupa . Ana sampai terketar-ketar . hehe takut sangat .

Aku-bukanlah-hebat-tapi-Aku-berjiwa-besar
Cukup.Allah.Di.Hatiku

No comments :

Post a Comment