HambaMu yang mencari kerendahan hati dan kemanisan iman, ya Allah tolonglah hambaMu
Powered by Blogger.

Friday 11 January 2013

Soal Cinta~

Aiyooo !~

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum Sahabat ana yang Comel-Momel ,

"Yum, dah ada gewe(GF) kan ?". Banyak kali dah soklan macam ni di tanya . Not to say that i'm Hottie boy tp maybe sebab kebanyakan lelaki kini tidak lari atau pun tidak berjalan daripada Cinta-cinta Monyet . haha Monyet kau bagi , takda yang lagi comelkah? sori monyet sudah cukup padan dengan anda . haha *kidding2* .

"Aiyoo ! takda lagi la.. Nak bercinta pun tak pandai . hehe masa umur 6 tahun ada lah.*buat-buat ada*" Jawapan yg selalu di balas apabila soklan yang sebegitu di tanya . Takda awek2 eih ! 

"its fake lah , bo ong(bohong) kamu. Kalau tanya bab cinta pandai pulak menjawab, ayat-ayat tu kalau tulis tak pernah nak tinggal bunga-bungaan dia. Nampak cara dia tipu? hebat bebeno permainan kamu."

Begitulah ana, ana tak pernah bercinta , kih3 macam lucu pulak dengaran nya . Tapi percaya la . Itu bukan permainan ana tpi itu adalah ana . 

Ustaz Hassan Basri pernah cerita semasa dalam kelas . How he got married . Ustaz jangan marah eh .

"Zaujah(isteri) ana orang Bachok , Kg.Melawi. Ana orang Kuala Krai.. Jauhkan bezanya marhalah(jarak) kami . Tapi ana choopp dulu sebelum nikah. Ana pergi jumpa mak ayah dia, ana cakap yang ana suka kat dia . Pastu ana sambung pengajian di Mesir. Ana tak tengok dah gadis lain sebab dalam diri ana sudah ada pilihan hati . So jgn cuba2 untuk mencari yang lain. *satu kelas woooo~ dgn wajah senyuman. semua comel* . Balik jer Mesir Ana kahwin . Nak cakapnya yang kalau kita suka choop dlu , soal kahwin kemudian . jangan kasi terlepas ."
Tu kisah percintaan Ustaz Hassan Basri, nie pulak kisah percintaan Ustaz Fikri....

"Ana masa di KIAS dulu, ana mudah jer . Kalau yang ana suka ana terus terang jer. Ana kata 'Saya suka awak'. Kalau dia terima, kita terima . Kalau dia tak terima, cari yang lain.. jangan paksa dia untuk terima kita. hehe. Tp macam ana, ana tak memberanikan diri untuk berhadapan, tp ana guna org ketiga . hehe macam isteri ana sekarang . kami berhubung untuk maklum balas melalui sahabat ana .Ana bertunang sebelum ke Mesir dan Ana kahwin di Mesir , tp dah pastikan restu kedua ibu bapa kami . Bercinta boleh , lepas nikah . Bahagia jugak."
Ustaz-ustaz ana macam maksudkan Choop dlu yang kita suka dan berterus terang jika dah ready . Tapi ingat ! jangan cinta berlandaskan Nafsu dan Syaitan . Biarlah berlandaskan Allah dan mesti medapat restu daripada IbuBapa . 

Ana pernah bercerita kepada kakak ana Nurul Hayyu tentang hal ana. Tak pelik kan kalau kita suka seseorang ? hehe ana cakapla yang ana nie suka kat sorang ni . Dia balas... "Kalau dah suka, dia pulak budak baik.. persiapkan diri dan bila ready teruss terang jela ." macam dekat2 sama jer jawapan orang2 dewasa nie .

ustazah ku . haha tu kak hayyu la . :D


Ana tahu soal perasaan nie memang tak boleh dipermainkan.. sebab perempuan sangat halus perasaan mereka dan sangat tulus. Macam mana kalau hati-hati perhiasan dunia nie di sakiti , apakah PenciptaNya tidak akan murka ? Sebab tu ana takut nak bercinta tu . Takut sangat membuat hati perempuan sakit .

*--------------------------------*

P/S : Qayyum sudah digelar budak manja oleh Ustaz Marzuki kerana dia kata kalau lelaki kadang2 cakap macam membisik dia adalah manja. Kebetulan masa kejadian tu(masa kelas ustaz marzuki) ana terbuat perkara seperti ini

Aku-Bukan-Hebat-Tapi-Aku-Berjiwa-Besar

Qayyum
12/1/2013 M
29 Safar 1434 H
1:21 a.m

Cukup.Allah.Di.Hatiku

No comments :

Post a Comment