HambaMu yang mencari kerendahan hati dan kemanisan iman, ya Allah tolonglah hambaMu
Powered by Blogger.

Thursday 10 January 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat :)

H.K.R

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum Sahabat Syurga ,
Diri ana sangat merindui antum. hehe.

Semasa dalam kelas tadi, waktu belajar QIRAAT sedang berjalan *wah ada kaki rupanya* dengan penuh khusyuk dan rakus sekali , pergh ! Ustaz Shah balun kami sepenuh hatinya, dengan menyoal satu persatu makna Mutun Qiraat yang dikarangkan Imam Syatibi Rahimahullah. Kami ni yang memang dah pandai SANGAT dalam bahasa Arab memang suka sangat nak menjawab soalan-soalan dia . *tgn ke dada mata ke langit sila buat* . 

"Saudara Qayyum sila baca bait2 mutun tu sampai habis," wah macam dalam majlis formal pulak . haha biarpun empunya diri yang kena ni , alamak ai nak tercabut lutut cek kak oi . Dalam hati ana "Aiyoo ! kena lah pulak, takpa2 mudah jer just baca." . Punyalah bersungguh membaca bait2 tersebut, boleh pulak kerana lutut terketar mulut tersalah baca. <--- peribahasa sendiri . Ana tersalah baca . Padahal perkara dah di hafal . huh !

"Ok Syukran Qayyum, sila duduk." ouh saat2 yg amat diminati ni dtg, ana terus duduk . huhu malu dibuat tersalah baca . >.<' TAPI yang bestnya "Irsyad sila bangun dan beri maksud bait pertama Mutun tersebut" ana dalam hati . " Ya Tuhan memang kau tahu aku sgt tidak pandai dalam hal ini, sesungguhnya aku bersyukur engkau memberi aku apa yg aku termampu ."  buakan bersyukur sebab Irsyad yang kena tapi sebab ana ni x pandai dalam bab2 lagu tu , hehe ^.^

Sedang Ustaz Shah duduk hebat memberi maksud , dia sempat bercerita tentang Imam Syatibi Rahimahullah. Imam Syatibi seorang yang BUTA tapi bagaimana dia mampu mengarang dengan hebat sebuah Mutun yang bait2 nya cukup-cukup indah . Ada sesetengah ulamak menyatakan Kitabul Allamiyyah(kitab lam) kerana di akhirnya semestinya dengan huruf lam . Namun yang hebatnya adalah kebanyakan ulamak Qiraat dapat menerima secukupnya apa yang di bawa Imam Syatibi Rahimahullah . Malah Mutunnya kini digunakan di Syoubra Mesir , di MTAQ sendiri dan di banyak tempat lagi . 

Point yang hebat adalah bagaimana dia mampu mengarang kitab yang sebegitu hebat sedangkan dia adalah buta ?

Ustaz Shah kata , 
Jika kita sentiasa ingin memperjuangkan Islam, kemana kita pergi jangan kita risau Allah sangat bersama dengan kita . Sebab tu Imam Syatibi mampu mengarang dengan baik kerana dia tahu Allah sering membantu beliau dalam menyampaikan ilmu-ilmu Allah SubhanaAllahi Taala.

Sama jugak dengan kita , jangan pernah takut dalam  memperjuangkan kebenaran Islam . Alhamdulillah, sekolah kita 26 org guru akan ke Himpunan Kebangkitan Rakyat . subhanaAllah, itu suatu gerakan kesedaran daripada ruh untuk sentiasa ke arah perjuangan Islam . Bukan kerana Politik , tapi kerana Islam. Walaubagaimanapun sekarang, dengan politik sahaja kita mampu mempertahankan Islam .

"Hiduplah dengan Mulia atau Matilah dengan Syahid"

Tersenttap hati maknak dalam diri ana dengan kata2 hikmah itu .Wah3 , hati ana sangat membara nak pergi ni . Kebetulan ada chance nak pergi . Tapi.......

Aiyoooo ! apabila ditanya Ma ana , dengan selamber dia balas . "Qayyum tak boleh pergi . masih awal . lagipon KL nuh jauh sgt , macam2 boleh berlaku" . HAHA baru perasan yang diri masih lagi budak2. haha bukan kerana ana rendah OK ! tapi sebab i'm just 17 years old rite now--- haha kiut miut lagi . Tapi takpa , ana pun dah rasa itu jawapan Ma ana dari awal nk pergi lagi . haha .

Tapi Wahai Muslimin dan Mukminin , pergilah . bangkitkan perjuangan Islam. Kalau bukan kita siapa lagi ?

*-------------------------------------------------*

Sahabat,
Saat ini,
hulurkan secebis usaha,
kerana dirimu cukup perkasa .

Allah,
Dia bukan mencari apa yang istimewa,
Dia mencari apa yang diusaha.

Rasulullah,
Dia sentiasa berdakwah,
jika diberi matahari dan bulan,
hatinya kekal teguh dan tabah,
kerana hatinya punyai Istilah,
Islam agama Allah.

Para Syuhada,
mereka tak kenal erti gentar,
mereka hanya kenal,
Syahid itu indah,
kerana di depannya ada,
Syurga yang terindah.

Kalian,
kita apa ada?
saat ini lah kita menunjukkan siapa kita,
bangun dan sedar,
Kita memerlukan islam,
tapi islam tidak memerlukan kita.

Tapi Allah mencintai para pejuang di Jalan-Nya
Ganjaran-Nya adalah Syurga kekal abadi .

*--------------------------------------*

Qayyum
11/1/2013 M
28 safar 1434 H
2:08 am

Cukup.Allah.Di.Hatiku.

No comments :

Post a Comment