HambaMu yang mencari kerendahan hati dan kemanisan iman, ya Allah tolonglah hambaMu
Powered by Blogger.

Sunday 9 June 2013

Musafir Ilmu

Assalamualaikum

Blog tersayang, lama dah tak ku tulis taipkan padamu tentang kalam-kalam indah agar aku kuat ingat pada Allah. terasa bagai rindu pulak hari ni untuk menaip walau hakikat hatiku sedang bercerita panjang tentang diri.
.
.
.
.
_______
Tanggal 10 Jun 2013m bersamaan 1 Syaaban 1434h, Yum akan bergelar sebagai Mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM). Nak kata Yum excited, tak jugak. Nak kata Yum sedih, tak jugak. Perasaan itu bercampur-baur di antara kedua-duanya. Manakan tidak, dapat masuk Universiti itu adalah impian semua orang termasuk diri Yum sendiri. Namun melupakan kenangan manis dan terindah pada zaman sekolah menengah sukar diketepikan. Sebab itu rasa dalam hati itu bercampur-baur antara keduanya.



Yum dapat mesej dari sahabat Yum yg lahir tarikh lahir sama dengan Yum ----> Syahid.

Ini dia hantar, *no editing*

"Yum, bukan nak kata aku baik, dengki.. sungguh tidak. Saja aku nak pesan sebab aku tahu mung(kau) tak perlu pesanan ku, sapa la aku kan, hehe. Esok nak masuk U kan? jaga diri baik-baik. Mintak restu mak ayah, itu yang penting. Mintak halal dengan mereka. Bila dah ada kat sana bergaullah dengan baik. Sebenarnya aku tak risau sebab mung seorang peramah tapi takpela, aku nak pesan jugak. hehe. Carilah rakan yang betul-betul soleh, bukan hanya baik sebab orang yang baik ditempat yang baik itu biasa tp yang Soleh di tempat baik itu luar biasa. Kalau ada  masalah, kongsi dengan rakanmu yang Soleh kerna mereka mendengar dan menasihat. Jangan sesekali mengasingkan dirimu dari mereka, Sesungguhnya orang terasing itu mudah rebah dan jangan juga kau asingkan sahabatmu kerna mungkin mereka juga kdg2 perlu dorongan dan bimbinganmu tapi aku tak risau sebab aku kenal mung. 
Jaga Iman Baik-baik sebab di sana kita bukan berkenalan dengan perempuan biasa tp dengan bidadari. Sesungguhnya bersama wanita solehah lebih banyak dugaan yang perlu ditempuh apatah lagi mung. Sorang yang friendly. Jangan terlalu rapat sebab dirimu mudah didekati. Takut ada dari mereka patah hati. 
Belajarlah dengan baik Teman agar citamu ingin menjadi Lawyer tercapai. Doaku untukmu sentiasa.
Last , jadilah sahabat seperti bulan bintang, pembina semangat dan petunjuk jalan, macam orang sesat tengah malam. Bila ada bulan dan bintang, mereka rasa damai, resah mereka hilang sebab dengan ada bulan dan bintang mereka dapat petunjuk arah untuk pulang. Assalamualaikum˜"
- ayat yang last tentang bulan dan bintang pernah Yum sendiri buat contoh kepada adik angkat Yum.. Agar menjadi petunjuk arah kepada segenap manusia, kita memandu mereka. kan Mutmain. Itulah buat Yum rasa macam nak nangis sebab perumpamaan kami menjadi sama walau kami tak pernah berbincang untuk membuat ayat itu bersama.
Dan ini mesej yang dihantar oleh budak yang paling baik dengan Yum ----> Mutmain.

".......nak terima kasih untuk segala-galanya dan sanggup layan saya yang tak juruh ni. Abe(abang) jangan lupa kita deh.. abe jugak jangan tinggal Dhuha, Puasa, dan Witir, InsyaAllah abe tidak lupa. saya(mutmain) akan doakan abe dan agar abe bergembira disana. Abe carila kawan-kawan yang baik serupa dengan abe Aiman deh. Abe juruh(baik) dah tapi jadi lagi juruh. Harap Abe selamat sampai dan selamat balik. Mari beraya di rumah deh. kalau abe ingat."

- Dia tak pernah memberi atau berkata pada Yum seperti ayat-ayat di atas. baru ku tahu, dia pun pandai bermadah pilu. (jgn bajet kita sorg je pandai hehe). Dia dan Syahid memberi harapan yang sama iaitu mencari sahabat yang baik malah soleh lagi agar diri Yum menjadi kian Soleh. AMIN !

-Aik, kenapa Mutmain sabitkan Abe Aiman dalam hal ni? Ini jawapannya. Aiman adalah sahabat Yum yang paling Yum tak bleh lupakan. Dia kuatkan semangat Yum. Buat Yum rasa macam dekat pada Allah dan paling penting perasaan sayang Yum pada Aiman sejak tingkatan Satu lagi. Eh, bukan yang terpesong tu.... Sayang seorang sahabat kerana Allah. Aihhh jangan pikir pelik ye. Walau dia bertubuh kecil tapi hati dia macam legend gitu untuk Yum rasa. Kuat kot aura dia. hahahaha macam Goku dalam tengah duduk buat Super Saiya 4.

Qayyum + Aiman
InsyaAllah, Akan Yum ikut nasihat yang diberikan. Aiman juga ada menasihati Yum tentang jaga hubungan dengan Allah. Jangan layan sangat wanita-wanita. Nasihat dia semacam dengan yang Syahid punya.

Aku MUSAFIR ILMU.
Berdagang di bumi Allah,
dan berhenti di Syurga Allah nanti.

Aku MUSAFIR ILMU,
bakal merindui keluargaku,
merindui sahabat syurgaku.

Aku MUSAFIR ILMU,
kena sedar dan terima,
Mujahadah mencari Ilmu ini kerana Allah.

"kita merancang, Allah juga merancang. Dan Allah sebaik-baik perancang"
"Kadang-kadang Allah hantar orang baik kat kita sebab kita tak cukup baik. Dan kadang-kadang Allah tarik balik diorang semua, sebab Allah nak tengok kita jadi baik sebab Dia atau sebab manusia," -sarikandi Umar-


No comments :

Post a Comment