HambaMu yang mencari kerendahan hati dan kemanisan iman, ya Allah tolonglah hambaMu
Powered by Blogger.

Sunday 30 June 2013

Mimpi Indah :)

Assalamualaikum,

Bismillah.

Fuh fuh, berhabuk dah kamu blog,
Mimpi, kadang indah kadang buruk.
Kalau indah ucap Alhamdulillah,
Kalau buruk, Rasulullah suruh doa agar dijauhkan keburukan.

Buat 11 tahun adik Yum meninggalkan dunia yang fana ini utk menunggu waktu bertemu dengan Allah.

Entahlaa, kenapa tahun ini Yum sangat merindui dia. Entah, perasaan itu tak boleh nak ungkap dgn perkataan atau perbuatan.

10 syaaban 1434h, Mgkin Allah ingin melepaskan rindu Yum pada dia dengan menghadiahkan sebuah mimpi. Mimpi bertemu dengan dia.
Betapa comelnya wajah dia apabila dia melihat Yum sambil tersengih. Oh Ohsem!
Hai adik, kalau kau ada sekarang mahu aku cium pipi mu yang gebu itu.

Jika kau ingin tahu, Kakak Hayyu pun sangat merindui mu sehingga terfikir kuat sangat tentang dirimu.

Apabila Yum tanya Ma Yum,

Ma kata,
"mgkin roh dia datang la tu apabila Bulan Syaaban sampai. Kan dia takda masa bulan Syaaban jugak." 

Allah, terima kasih mghadiahkan senyuman comel itu pada aku. walau ia mimpi, bagiku ia realiti.

jika engkau tahu Allah itu Baik. engkau akan percaya pada Dia.

1 comment :