HambaMu yang mencari kerendahan hati dan kemanisan iman, ya Allah tolonglah hambaMu
Powered by Blogger.

Thursday 29 November 2012

Kisah Hati~

Bismillahirrahmanirrahim.....


"tet tet.. tet tet". sms datang. Inbox--> Nurul Hayyu. Oh my luvin sis. 
"Yum, macam mana nie. i can't sleep. thinking of dosa. boleh bagitahu kenapa?"
AllahuRabbi, engkau dah pesan kat Malaikat jibril rupanya menghantar hidayah kepada hambamu ini. AminYaRab.
"Bila duduk sorang2, ianya hadir tanpa dipinta. ish, padahal pikir2 balik ari ni rasanya takda buat dosa. mgkin klu ada dosa kecik je kot*sengih tapi takdela buat dosa besar. nie rasa macam dah buat dosa besar. can u help me? rasa xbley je macam gini."
Thats's my answer kak,
Bismillahirrahmanirrahim....HasbunAllah... ~ |:') 
Baca terjemahan, muka surat 255 surah Ibrahim ayat 4. 
*-Kegundahan hati yang terbit kerana memikirkan(bermuhasabah) soal dosa pahala dan ajal maut adalah datang daripada hidayah Allah. sesungguhnya Hidayat Allah itu hanyalah bagi mereka yang Allah inginkan dan Allah juga mampu menyesatkan hambanya jika dia inginkan.Nauzubillah. ^,^. 
*-Muhasabah adalah sebaik peneman kekuatan Iman. Muhasabah adalah jantung penegak Iman. Muhasabah adalah di antara kunci kejayaan seorang mukmin mendapat redha Allah. hadirnya rasa berdosa itu suatu kenikmatan kepada hamba Allah yang dahagakan keImanan. sesungguhnya dalam kehambaan terselit perasaan "aku hambamu yang berdosa". Jika kita merasakan kita bnyak dosa, teruskan dgn solat taubat. Seorang Mukmin yang tegar kpdnya akan redha tidak serik melakukan solat taubat untuk mghapuskan dosa. 
*-Trust Allah Almighty. There is no way for him to make u suffer. As he is Most Merciful. 
#be strong and always pray for peace in our life. HasbunAllah La Hau La Wa La 
Quwwata Illa Billah.~
Harap Membantu Anda! :') My loving Sis! enjoy your Ibadah and mujahadah.".
Saya bukanlah insan yang tepat wahai kakak y tercinta, adik bongsumu nie hanyalah manusia biasa. tapi takpa dengang siket dari kebijaksanaang Allah bagi. im tryingg. dong worry. HIHI

^____________^

wahai Tuhan yang Esa,
Sungguhpun aku banyak berdosa,
engkau tidak pernah menyeksa,
Sungguhpun aku banyak berdosa,
tak pernah putus nikmatmu buat aku untuk bernyawa.

wahai Tuhan Maha Pengampun,
Soal hati ku kaulah penuntun,
Istiqamahku engkaulah penuntun,
amalku engkaulah penuntun.

wahai Rabbul Izzati,
engkau pembolak balik hati,
jagalah hati kami,
kpd ketaatan kami,
jgn biarkan ia pergi,
meninggalkan jiwa mukmin.

.CUKUP.ALLAH.DI.HATI.KU.   

No comments :

Post a Comment