HambaMu yang mencari kerendahan hati dan kemanisan iman, ya Allah tolonglah hambaMu
Powered by Blogger.

Thursday 25 October 2012

Eid-Adha


Bismillahirahmanirrahim…

Sebelum ana memulakan kalam ana, ingin ana bacakan sepotong ayat Al-Quran yang berbunyi.. maksudnya.

“dijadikan  jin dan manusia kecuali beibadat kepadaku”
^_______________________________________________________^


Bila datangnya hari raya AidilAdha, mgkin kita akan pikir  tentang ‘lembu yang bakal disembelih’ kan? Takpa sudah bagus, itu pun dah kira kita masih igt lagi tentang korban kan…. Sebagaimana history tentang korban ini terjadi sejak pada zaman nabi Ibrahim A.S dan setelah itu kita disunatkan utk mengorbankan di setiap hari raya AidilAdha (bukan korban  diri ye~) korban sedikit wang bagi membayar sebahagian lembu yang di mana seekor lembu dibahagi tujuh *bagi yg mampu* .
That’s not my point~

Apa yang menyedihkan ana ialah…..

 Setiap tahun kami beraya di kampong Tok Wan(datuk) kami yang selalu akan menguruskan korban lembu ni, disebabkan oleh beliau seorang pengembala lembu *Alhamdulillah Tokwan ikut jugak sunah rasulullah walaupun rasulullah mengembala kambing tapi Tokwan mengembala lembu* . tapi tahun nie mgkin tak seperti tahun sebelum2 nie… dia dah pergi menyahut seruan Allah.. “Allah engkau sejahterakanlah jasad dan rohnya.. amin” raya tahun nie pun ayah macam tak semangat mana.. hurmm… hampa kan ? takpa2 Allah berfirman:

“Jangan kau bersedih kerana sesungguhnya bersama kami”

Hatiku cepat menyapa seru Allah saat kesedihan yang terselindung disebalik senyum membias airmata.. Allah masih kuatkan iman ku…

“Allahurabbi ya rabbalAlamin,, jadikan lah TokWan aku diantara hambamu yang bertakwa dan mendapat rahmatmu.. ampunkanlah segala dosnya yang lalu, amin ya rabburrahim”

 Tanggal 26 Oktober 2002, tangisan membanjiri rumah yang sentiasa bingit dgn gelagak adik beradik ku.. tarikh tersebut m’buat ana sekeluarga meratap syahdu, ketika itu ana masih berumur 7 tahun (darjah satu) sedihnya ana tak boleh dilafaz dgn lidah yang tak bertulang, 

Telefon berdering menandakan masuknya panggilan daripada sesiapa, Kak Yah mengangkat gagang yang sudah sekian lama berdering kerana tiada sesiapa yang ingin mengangkat ketika itu… yang ada dalam rumah ketika itu ana, kak Ira, Kak dah(sepupu) dan kak Yah(sepupu) … disebabkan kak Yah yang paling hamper, jadi dia yang mengangkat panggilan. 

“assalamualaikum, boleh bercakap dengan Ira tak?” pinta si penelefon.
“waalaikumsalam, boleh saja.” Jawab kak Yah ringkas.
 “Ira….. telefon!!” panggil kak Yah.

Kak Ira mengatur langkah.
“hello,” panggil kak Ira kepada si penelefon.
“Weer(ayah) nak cakap sikit je nie……” kata si penelefon.seberapa minit kemudian, Kak ira terus meletakkan gagang dan masuk bilik. 

“ira, kenapa nie? Kenapa” Tanya kak Yah dan kak Dah ditepi pun masih  bingung. Aku yang sedang bermain terus berhenti dan menuggu jawapan dari kakak ku. 
“we(ayah) telefon.. kata Hakam dah meninggal” Allahurabbi.. Rupanya ayah yang telefon nak mengatakan yang adik bongsu kami Hakam sudah kembali ke Rahmatullah. Dik kecik2(5tahun) lagi kau dah Allah jemput, semoga roh kamu dicucuri rahmat Allah. Airmata aku yang sentiasa ego sebelum ni menghujani pipi.. betapa suatu kehilangan yang amat memeritkan. Tapi aku patut berterima kasih  kepad Allah yang menarik nafasnya kerana sudah 3 bulan Hakam menderita dgn penyakit yang tak dapat dikesan.

Mama jugak menceritakan kami tentang Hakam sebelum beliau meninngal dunia. Ketika itu Hakam sedang meminta duit 20sen, katanya nak pergi membeli.. tapi mama tak bagi masa tu, bagi mama takut2 Hakam beli gula2. Nanti rosak giginya nanti. Hakam terus berlari keluar rumah. Dia kini berada di tengah2 jalan, 
“Hakam!!” mama menjerit lalu menarik ketepi, mujur tiada kereta ketika tu.
“Hakam nak pergi mati mama.” Kata Hakam.
“Jangan buat kerja tak baik nak oi… takpa2 nanti mama belikan apa Hakam nak ye…” pujuk mama.
“Hakam nak pergi mati mama” katanya lagi. Mama igt itu suatu rajukan dari anak kecil pada masa tu. Mama bawak masuk kedalam. Setelah dua minggu selepas itu, Allah menjemputnya…. Walaupon sebelum tu dia sudah bertarung seminggu di wad ICU.

Allah engkau rahmatilah dia ya Allah

Hakam kamu tetap di hati kami. Kini tanggal 26 Oktober 2012 genap 10 tahun ketiadaan mu. Dan pada tarikh ini mencatatkan Hari Raya AidilAdha pada tahun ni. Memang menyuruh ana bersedih dgn pemergian mu.  Al-Fatihah.

“ setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati”

###Selamat Hari Raya Aidil Adha###

No comments :

Post a Comment