Bismillahirrahmanirrahim
.
.
.
.
Assalamualaikum
Sahabat Syurga Firdausi
*----------------------------------------------------------*
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Aku tak kuat,
Aku cukup lemah,
Bersaksikan kiblatMu
Aku bersujud kepadaMu.
Datangnya sebuah ujian , kadang-kadang membuat kita benci . Kan ?
Namun disebalik sebuah benci itu , Allah mengajar sebuah erti.......
"Cahaya Sabar"
Datangnya sebuah kegembiraan , kadang-kadang membuat kita lupa . Kan ?
Namun disebalik kealpaan itu , Allah mengajar kita sebuah erti........
"Cahaya Syukur"
Datangnya sebuah kegelisahan , kadang-kadang membuat kita nestapa . Kan ?
Namun disebalik sebuah nestapa itu , Allah mengajar kita sebuah erti.....
"Cahaya Tawakkal"
Namun disaat kejatuhan hati , Allah sedarkan kita tentang sesuatu perkara.... Yakni erti segunung DOSA....
Ana pernah jatuh dirasuk oleh gelodak Hawa Nafsu , Tuhan sahaja tahu betapa berat hati memikul nasib yang menimpa tapi bukan bermakna kita perlu ber"PUTUS ASA" . Istilah itu tidak patut wujud dalam Kamus Diri kita atau sesiapa pun .
"Don't Be SAD , Is Allah By Your Side" (Surah Taubah ayat 40)
Tiga kali ana sebut cahaya di atas sana. Kenapa beriya-iya sangat sehingga ana boldkan ? sebab...
Cahaya itu simbolik kepada suatu yang sukar dipegang atau digengam . Pernahkah anda pegang cahaya ? mesti tidak kan ?
tapi pernahkah anda merasai cahaya ? maksud ana ialah menikmati cahaya itu bukan makan . Boleh dikatakan seluruh bumi ini pernah merasai cahaya iaitu cahaya Matahari . Walau bagaimanapun , bukan cahaya matahari yang ana maksudkan , iaitu cahaya SABAR, SYUKUR dan TAWAKKAL .
Hadirnya cahaya bertiga ini tidak pernah boleh dipegang pada tangan pinjaman Allah ini tapi hati kita kuat dapat memaut dan mengikatnya . Pun begitu, hanya mereka yang sedar betapa hati dan cahaya-cahaya itu sangat berkait rapat sahaja, dapat merasai dan cuba mencari .
Jadi, Jangan sedih tapi menangislah dengan tangisan taubat nasuha . Agar Allah menyampaikan kita ketiga-tiga cahaya ini dalam sanubari kita .
- janganlah pernah anda katakan kenapa Tuhan tidak menyampaikan Taufik HidayatNya melainkan Allah menghantar kita seranting Akal supaya kita berfikir .
Ayuh sahabat kita jadi Mukminin dan Mukminat kepada Allah . :D
Doa buat hamba Allah:
"Ya Allah , ya Rahman , ya Rahim . Tuhan yang membolak-balikkan hati kami . Jangan pernah engkau membiarkan walau sedetik aku mengawal diriku melainkan diriMu yang mengawal diriku"
*-----------------------------------------------------------*
p/s : syahid maafkan ana tak sempat nak update tentang Haza Bistro sebab gambar susah nak masuk dalam lap .
Aku-bukanlah-hebat-tapi-Aku-berjiwa-besar
Cukup.Allah.Di.Hatiku.
No comments :
Post a Comment