HambaMu yang mencari kerendahan hati dan kemanisan iman, ya Allah tolonglah hambaMu
Powered by Blogger.

Saturday, 31 August 2013

Far away~



Selangkah menuju syurga itu
bukanlah seperti selangkah menuju neraka.

Ia lagi perit
dan masih mampu jatuh di titian sirat.

-------------------

Wahai diri,
apakah dirimu masih mengira dunia?
apakah engkau masih melihat nikmat dunia?
apakah engkau mencari cinta dunia?

Jawablah sendiri.

AllahuAkbar. Allahuakbar. Allahuakbar

Aku takut, kerana masa sama, aku risau diriku nampak istimewa didepan manusia...
rupanya Hina disisiNya.

tiada kena mengena dengan yg telah hidup dan yg telah mati, eh bukan ke maksudnya sama? suka ati lah

Aqrabai wa Aqaribati

Assalamualaikum,

Fuhhhhhhhhhhh, uhuk uhuk. penuh debu bertaburan di blog nie. Maaflaa lama tak jenguk blog. Sibuk sikit lately nie.

Eh, kamu2. Apa khabar? Moga sihat semuanya dan dalam Rahmat Allah.

3 bulan beberapa hari sudah.
dan
1 bulan beberapa hari lagi tinggal...

Oke, kali ni nak saja just nak nunjuk several classmates.

me? oh please ignore this pic.

our class monitor with his angels

Mgkin orang mampu berkata-kata apa sahaja tentang aku dan kawan-kawanku.
Tp, di sebalik itu...
biarlah ia menjadi contengan diari kami,
yang hanya tahu adalah
Tuhan Yang Maha Satu.

Kami berkawan dan kami gelar kami Keluarga.

*gambar ini nk menunjukkan itulah betapa ramainya lelaki dalam kelas ku bhahahahahaha muntah darah weh*

#mohon cari nilai positif sahaja#

CukupAllahDihatiKu

Saturday, 3 August 2013

Bahagia Derita~

Assalamualaikum,

Syukur Allah bagi lagi kepada kita kehidupan.
Bersyukurlah !


Melalui fasa seterus ini,
hidup ini Yum kira semakin berbeza,
its seeking for be matured more.

"Jangan biarkan 1 kesedihan yang di alami menghapuskan 10 kebahagiaan yg didapati. Itu tidak Adil"

Hati aku sedih,
Pabila orang yang aku sangat mencintai,
mengharapkan rindu dibalasi,
kini pergi,
pergi,
Meninggalkan aku sendiri.

Tapi,
Perlukah aku mengharap lagi?
perlukah?
Sedangkan kebahagian itu,
Milik sesiapa sahaja.

Bukan untuk aku sahaja,
Bukan untuk dia sahaja,
Bukan untuk kau sahaja,
malah untuk semua.

Allah itu Maha Adil,
Dia memberi hambaNya bahagia.

Walau kau buat dosa padaNya,
Walau kau tidak ingat padaNya,
Dia masih memberi memberi dan memberi.

Sedarlah wahai diri, kadang kita pinta suatu yang Indah tapi Allah bagi ujian kesusahan,
Bukan kerana Allah tidak ingin memberi tp Allah ingin kau jadi yang sentiasa sedar dan mensyukuri,
kau belajar dari kesusahan itu, ia memberi kau kematangan untuk berdikari.

Ma Yum pesan,
"Bahagia itu mgkin tak penting sebelum kita tahu rasa kesusahan memiliki kebahagiaan itu"

Ya Qulubi,
Allahu yumkiru alaika,
isbir toyyibban.
Wainna Allah,
La yazlimuka,
lakin,
Allahu yumkiru mumtazan.


--------------------------



ini Allah jawab pada aku bila aku kata aku sedih.

"Jangan sedih sesungguhnya aku bersama kamu" [9:40]

Sunday, 28 July 2013

Warkah Cinta

Assalamualaikum

Ukirlah setiap kenangan dibatu,
Agar ia kekal,
Namun aku tak pernah mengukir pd apa-apa,
Hanyalah aku ukir dihati,
Kerana ku tahu,
Ia pasti selamanya di dlm ingatanku.

Terimbau gambar2 lama, terlihat gambar semasa pengambaran cerita Warkah Cinta yang mana melibatkan sekolah kami iaitu sekolah Maahad Tahfiz Al-Quran wal-Qiraat Pulai Chondong. Sempatlah jugak ana bergambar dgn Imam Muda Nazrul.

Yum,IM Nazrul, omar


Cerita ini mengisahkan percintaan islamik zaman sekolah menengah diantara pelajar tahfiz dan pelajar sekolah agama biasa.


Selamat menonton nanti yer. :)



Tuesday, 23 July 2013

Senyum wahai Hati :)

Assalamualaikum :)

Aku tak pandai?

Kenapa aku perlu nangis?
kenapa perlu aku sedih?
bukankah Allah bersama orang yg sedih?
jadi kenapa perlu aku bersedih?

Aku bodohkah?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Bodohkah aku kalau aku kurang kepandaian dari orang lain? Kadang rasa diri itu kecil dan kerdil dari mereka yang bijak. 
Tapi, perlukah aku terus membenci pada diri sendiri begini? Sedangkan masih ada yg lemah dari aku. MasyaAllah, la haula wala quwwata illa billah. Aku kurang bsyukur mgkin kepadaMu ya Rabb maafkan aku.

"Allah menjadikan kita kurang pandai mgkin Allah nak kita terus belajar dan menimba Ilmunya tanpa henti. Mgkin kalau kita sudah berhenti, kita akan semakin kurang belajar ilmu Allah."

Allahu,
Apakah kata hikmah ini sgt menembusi hati aku yg sedang lemah ini. Aku terdiam membaca dan melihat.

Betul, Benar, Sohih,
Aku memang kurang ilmu, mgkin kerana Allah ingin aku berjihad. Kan menimba ilmu kerana Allah itu jihad. 

Apakah aku sedar?
Maafkan aku Allah.

Aku memang kurang pandai, tp aku tidak perlu mencaci apa yg telah engkau berikan padaku.

Kita bukan bodoh, tetapi kerana sayang Allah pada kita. Dia masih memberi waktu untuk kita terus melangkah dan menimba ilmu.
Bersangka Baiklah kepada Allah ^_^

Dia tahu apa yang kita tidak tahu.



"Nikmat Tuhan yang manakah yang Engkau dustakan?"

CukupAllahDiHatiku.
Smile :)