HambaMu yang mencari kerendahan hati dan kemanisan iman, ya Allah tolonglah hambaMu
Powered by Blogger.

Saturday, 29 December 2012

Title Ustaz~

Ustaz Qayyum 

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah , segala puji bagi Tuhan yang Maha Ghafur ,
 Semoga menjadikan kami dalam golongan yang b'SYUKUR ,
Dan dijauhkan daripada golongan KUFUR ,
Yang bakal dipentur ,
dan dipekur ,
didalam Kubur ,
Laksana "nasi menjadi bubur".




Assalamualaikum Sahabat Syurga , Bidadari dan Bidadara (ada jugak kan? hehe) sekalian . Sihat ? Alhamdulillah .

USTAZ QAYYUM , lawa kan nama tu ? Hehe.. ada orang syok sendiri la.... a'ah, biarkan dia sebab nama tu memang 'lawa' kan kan kan , kuat ana mentaukid 'kan' tu.. kalau bukan lagi.... memang nak kena la sapa yang habaq lagu tu . *lari dengan kelajuan yang sama dengan Usain Bolt takut kena baling pasu bunga*

Suka sangat nak cakap cerita tentang Ustaz nie , hermmm... :D duk balik balik page di laman FB , HAH ! tu dia, bekas anak murid ana mengePOSTkan gambar-gambar lama kami di Program PIQ . hu~ ana dengan wajah cukup comel tersenyum dengan riang . Mengenang kembali nostalgia zaman jadi Ustaz dulu . Hehe .


Ana dihadiahkan nama ni pun disebabkan oleh sahabat ana Hafiz Omar yang mengajak ana pada Bulan Disember 2011 untuk jadi Ustaz . Hehe ana apa lagi rembat la peluang yang ada macam CR7 wah best gila dapat jadi Ustaz, boleh main ngan budak-budak and macam-macam lagi la budak-budak kan cute-cute gitu . (Diminta untuk membayang dengan sendiri) . >.< kih3 .
tapi bila dapat jadi, mula-mula sekali kena kawal budak perempuan dalam lingkungan 6-8 tahun . Dalam hati " Yes bestnya, jaga budak perempuan tak susah" . Apa sekali macam Totally Spies , wohh galak sakan depa . Dapat Ustaz hensem kot >.< hehe *abaikan* . 
Yang paling belakang tuu ,,, hehe inilah Wajah Ustaz-Ustaz Suci dan Murni yeah ! haha
depan Ust. Hafiz , Tengah Ust. Sabri . Yang belakang Ehem-ehem ehem-ehem , Ustaz Qayyum *await yang kuat sangat batuk nie .

*------------------------------------------*


Then , mulalah dengan sorang nie , nama sungguh comel macam tuan punya badan . Opss kanak-kanak bawah umur melintas *Astaghfirullah*. HAHA Anis Humaira , punya lah merajuk kerana ana paksa dia baca Al-Quran kalau tak baca tak boleh keluar sebab pelajar lain dah baca . Huh , tu pun sebab dia paling galak sekali . Wohh , dia punya rajuk panjang ... ana la terpaksa pujuk . 

H : Humaira
U : Ustaz (yum)

U : Humaira , jangan lah merajuk macam nie.. tak comel ana murid ustaz merajuk lagu nie ...
H : *hanya mendiam menerkup tubuh ke lantai , dah macam sujud dah hehe*
U : Alah , ok ok ustaz bagi keluar . Humaira boleh keluar . Nak kan ?
H : Ustaz keluar dulu . *dalam keadaan menerkup , sumbang sungguh suara duk lagu tu dik oi*
U : Ok ustaz keluar dulu tapi Humaira kena bangun dulu .
H : Erm... ustaz keluar dulu .
U : ok ke nie ? ok ustaz keluar .

p/s : cerita detail tidak dikepilkan sekali kerana ada masalah sistem . hehe

Ana dengan kejam terus keluar , hehe tak tahu dah lagu mana nak pujuk . Dia bangun and pi kantin.
Keesokkannya.............. jeng3 antara dalam pelajar ana tu mai cerita kat ana .

F : Farhana
U : Ustaz
F : Ustazzz , ustaz tahu... Humaira cakap apa ? *sambil mata membulat*
U : Apa dia ?
H : Awak , duk diam la .
F : Dia kan , dia kan... awak(humaira) saya cakap eh .. hehe dia cakap ustaz layan dia manja semalam . hehe suka la tu . haha 
U : eh ye ke ? bukan ker dia merajuk semalam .
F : taulah dia , dia cakap semalam . hehe 
H : awak nie... memang tak boleh simpan rahsia la .

Ana hanya suka , hehe Rindu pulak kepada budak-budak comot-momot nie .

HA~ lagu nie lah kami mengajar , opsss ini bukan kelas but saja nak amik udara luar . belajar kat luar . gambar ana takda sebab ana time nie mengajar di kelas .
Yang depan tu Ust Muhyiddin . Peace yow ustaz ! kita memang geng ! tapi kita dah melepas , dia dah dimiliki ! haha psstttt ustaz n ana jer tahu . hehe 


"Ya Allah , mereka masih muda ya Allah ... Engkau jadikanlah Al-Quran yang dibaca yang ditutur walau dengan susah sekali.. menjadi penyuluh kehidupan mereka" 


*------------------------------------------*

Tiba lah waktu petang , lelaki dan bola sepak memang susah.. nak putuskan hubungan mereka . Ha.. wabak ni melekat kat ana .. sangat susah nak lepas kan .. tapi takpa demi menjadi Ustaz Mithali ana ajak pelajar-pelajar main bersama . hehe punya la bising depa nak main . walaupun mula-mula sikit jer yang bermain... lama-lama geng-geng bola sepak bawah kawalan ana  memPROMOTEkan kepada kawan-kwan mereka... pergh !! semakin ramai . Kehebatan ana sudah terkambus dek keramaian mereka . hehe 

Bila tanya, " Ustaz team mana hari nie ? "
depa kalut kalut jawab , 

"ustaz masuk team kami ,"
"ustaz team kami "
"ustaz hak kami"  <-- *opssyang nie tambahan je*

"Ok ustaz masuk team Akram hari nie sebab Akram budak baik". Cehh Akram tersenyum . hehe 
"ustaz, ustaz cakap nak masuk team Afiq , hooo ustaz penipu . Wey ustaz belah aku la " kih3 ana suka .
"Yolah, Akram ngan Afiq belah ustaz hehe , Akram tukar team ye .."
"Alaa, ustaz bialah dia team tu . Sibuk la "
"Eh2 , ok kalau taknak........ Ustaz masuk team Akram terus , nak ?"
"eh2 tak3 ustaz , hehe Akram masuklah hehe " 
"Ustaz biar Afiq Goalkeeper hari ni.. Afiq minat Khairul Fahmi Che Mat ."

Cengginila di kala petang ... Sapa nampak Billion ? hehe kita geng ! cehh
Hehe nostalgia begini la sangat dirindui , lebih-lebih lagi melayan ragam Afiq si Bulat nie . Walau kadang-kadang dia kuat sangat merajuk dengan ana . aduih! penat layan anak-anak kecil nie ..

"ya Allah terima kasih hadiahkan aku jari-jari kasih sayangMu walau dengan tersirat sekali engkau memaklumkan kepadaku"


*----------------------------------------*



" Ustaz , terima kasihla jaga Afiq anak mak cik nie.. dia selalu dah cerita kalau ibu dia datang , Ustaz Qayyum baik ibu .... Suara dia sedap bu.. ibu ingat tak masa mula-mula kita datang sini dia baca Quran tu tanpa tengok Al-Quran , makcik pon bau la time nie ingat kata,... Allah betul sangat la... Patut la anak makcik Awin pun cakap , ustazah-ustazah pun cakap sedap suara ustaz . hehe time Tok Imam pulak tu . dia duk kata la yang Ustaz Qayyum nie ramai peminat . haha "

fuh ana kembang memang tak tahu nak cakap apa , but still control takut-takutla ribut datang melambung makcik dibuatnya . hehe .


"Ustaz jagalah dia baik-baik ustaz eh , dia pernah cakap kat makcik . "Afiq tak minat doh Khairul Fahmi, Afiq minat Ustaz Qayyum. Afiq nak jadi macam ustaz Qayyum ." sokmo-sokmo duk cakap lagu tu.... dalam hati mak cik ..Allah sejuknya berasa ."

Tapi tulah nak cakap , seorang ibu selalu inginkan anak-anak mereka menjadi Soleh . Kadang-kadang bagi sestengah ibubapa . Kalaupun keputusan peperiksaan tak tinggi, namun solat anaknya tidak tinggal . itu sudah memadai bagi mereka .

Ingat pesan Rasulullah,

"terputusnya amalan Anak Adam kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang diajari dan Doa Anak yang soleh "


Maafkan abang senior mu kerana mengambil fotomu dengan keadaan sebegini !
p/s : bukan foto ana nie .Copypaste. :D

Sewaktu dia merajuk !!! hehe 

"Ya Allah engkau jadikanlah mereka dalam golongan mereka yang bertakwa. "




*------------------------------------------*

Hari ni ~

Dah dapat jawapan daripada sahabat ana yang TIGA orang kat post (bawah)sebelum ni.....

Hilman : Dia nak sambungkan pengajian bahasa Arab dengan seorang Ustaz yang baru lepasan Yaman. bagi memperkemaskan lagi bahasa Arab dan dengan belajar bahasa Arab dia yakin yang dia mampu untuk melakarkan sayap ilmu dengan lebih luas lagi dan lebih memahami .

Luqman : Sambung STAM kerana mengikut kata ibu bapa nya , lagipon ibu bapanya mengatakan lagi banyak Benefits amik STAM ,

Syahid : sebab nak sambung Lughah (bahasa) di Morocco , jadi dia memilih pondok untuk memperkemaskan Bahasa Arabnya walaupun sudah teramat Kemas .

hello~ three strogerss , ur fullstory i will keep it . insyaAllah .

"Ya Allah , engkau berikanlah mereka yang terbaik daripada mereka yang terbaik"



Qayyum
4.20 am
30/12/2012


Cukup.Allah.Di.Hatiku

Thursday, 27 December 2012

Ukhwah Kerana Allah ~

Sulaman Kasih
Bertaut Cinta

"Pergi ! Pergi ! Pergi !" hati ana memberontak . Sakit , pedih , ngilu dan sebagainya . Rasa nak luahkan depan-depan tapi itulah perangai yang tidak senonoh *nauzubillah. Lepas satu , satu pergi meninggalkan diri ana . Bodohnya aku kerana lambat mencintaimu duhai Sahabat .



Inilah SMS yang ana terima pada pagi yang berbahagia tadi............

H : Hilman
Q : Qayyum

H : Assalamualaikum Yum , duk wak apa tu ?
Q : Waalaikumsalam Man , tak buat apa-apa . Hehe ^^
H : Dah makan ke belum ? Sihat tak ?
Q : Alhamdulillah sihat dan siap makan .
H : Ermm ,,,,, ada menda sebenarnya nak cakap... hehe tapi takutla..
Q : Aih , takut apanya Man , cakapla insyaAllah saya dengar .
H : Klu aku cakap , sabar eh......
Q : InsyaAllah , Allah menjaganya ... hehe
H : Aku tahun depan dah tak pergi sekolah dah , tak sambung STTQ*Sijil Tinggi Tahfiz Quran* . kita dah susah la nak jumpa...
Q : Allah3 , kenapa Man ? *air mata mula mengalir sobs3* *tahan*

H : Aku diberi dua pilihan samada belajar dengan sorang Ustaz nie dan amik STTQ . aku rasa aku lebih kepada ustaz tu la . 
Q : *Lap air mata* Hilman , Luqman dan Syahid ... mereka tinggalkan Muiz dan Qayyum di sekolah nanti .
H : Aih jangan cakap camtu , semakin sedih nie ......
Q : Haha , saja jer nak buat Man lagi sedih . *tipu diri sendiri ! ampun tuan !*
H : Gini kawan yer , baru ku tahu . haha
Q : Alaa , gurau je la . *Tipu kali kedua , ampun tuan !* Dah istikharah ke ?
H : Alhamdulillah , dah buat dah semalam . 
Q : Keputusannya macam mana ? *menyibuk jer budak kiut nie*
H : Menunjukkan ke arah Ustaz . hurm...... sebab ustaz tu pun nak ajar B.Arab .
Q : Takpalah klu dah yakin Man , hehe ikut istikharah la .Saya terima dengan Redha-Nya . Moga2 mendapat kebaikan . Amin insyaAllah .
H : Amin ya Rabbal Alamin , TQ beri sokongan kpda aku . Kamulah kawan dunia akhirat saya . *Statement nie buat air mata ana cepat jer mengalir tanpa di suruh * 

"Ya Allah sungguhpun ujian itu sangat kuat , ku pinta kau perkuatkan hatiku yang sedia lemah ini "

Hilman budak baju Hitam !! sweetest boy ! haha O_O

*---------------------------------------------------*

Dulu , 
   Syahid mula-mula . Sedih sangat dengar ada orang cakap bukan awak sendiri "Syahid" yang cakap ,

 "Syahid tak ambil STTQ la "

    hah ! time tu tergamam . Ouh , sungguh pun kau tipu wahai teman . Namun semakin diperkukuhkan dengan hujah lain . Ouh tidak ! ia benar . Time tu dah sebak . Simpan .... Ada lagi Luqman Hilman Muiz . kuatkan kekuatan jiwa balik . Ambik charger , charge balik . *budak yang akan di baling botol kicap* . Percaya pada Syahid . Dia sentiasa ada . Walaupun berjauhan dia tetap akan memberi Nasihat yang MUJARAB seperti pati halia Mujarab . okeh ! hehe . Allah kuatkan balik kekuatan dan semangat tambah lagi Syahid sentiasa kirimkan kata-kata Mujarabnya . Wah3 "anda begitu berharga !" 

*---------------------------------------------*

Then ,
  Sorang pulak buat pengakuan pada diri ana................

"Yum , aku STAM la"

Diberi nama Luqman , huh ! dalam hati rasa nak cakap  "hah , pergila tinggalkan kami bertiga !" tapi x cakap , ana tak mampu . Walaupun sedih , ana kuatkan semangat balik . Yeah ! Luqman sering menghantar SMS kepada ana , maknanya hubungan kami walau JAUH bukan masalah PENGERATAN . hehe . Hakikat dalam diri ana sedih , tapi sebab CARING kamu lah buat ana rasa tak perlu aku nangis . ALLAH tolong kalian dalam persahabatan . InsyaALLAH .
-Ya Allah perkemaskan lagi ikatan Ukhwah yang kian bersulam dan merindui ini-

Muka kami sama sengalllll >>____<<< haha ! Luqman

Senyummu membuat aku rindu , Yeah !


*-------------------------------------------------------*

Hari nie , 
  Sahabat ana yang cukup dihargai menghantar SMS,...

p/s : dah cerita kat atas .

Cukup2 , ini sudah tentu dan teramat buat ana mengalir air mata . 1 jam menitis air mata . ALLAH3 . teingat pulak ana masa kita di rumah ana sebelum SPM , ana punyalah lasak mengajak anda Hilman dan Muiz untuk datang rumah ana . Wah3 , kami gelar kami 3Idiots junior . tu pun after tengok 3 idiots yang teramat best . hehe . 
when u'r at my house , im wrote this and snap this pics ! hehe and u 'r laughing !

Pun begitu , ana rasa sangat sedih.. kerana sedar itulah kenangan kita bersama dalam satu bilik . Awak sangat baik Hilman , kerana orang First yang kamu bagitahu adalah saya . Walaupun kamu tak nak bagi saya cakap kepada sesiapa , tapi biarlah blog ini berbicara . Apapun ana tahu , niat mu yang paling pertama after KERANA ALLAH , kerana ingin gembira kan IBU BAPA mu . Hilman , Jadilah anak terbaik untuk anak Encik Harun ya ! kamu boleh ! yeah ! do the best !! 

"Ya Allah tuntunilah dia kepada jalan yang benar "

*---------------------------------------------*
Tinggallah kami berdua sahaja di MTAQ untuk sambung STTQ ! bye !

Dalam hatiku berbicara ,
Soal iman dan setia ,
Dalam hatiku berbicara ,
Soal hati dan cinta ,
Dalam hatiku berbicara ,
Allah jua menjawabnya .

Ku seru nama terpahat sedalam-dalamnya ,
Ku gapai walau nafas hela mendengus benci ,
Ku takut hilang detik waktu ,
Saat rindu berbahagia Cinta menderita .

Aku bukanlah saudagar yang berdagang mencari cinta ,
Disisi ku terpahat ukiran bahagia ,
jika ku milik ku ceria ,
jika ku jual ku menderita ,
Aku hanya insan biasa yang merindui sahabat  SYURGA .


Dalam senyum Mu terselihat Seribu kenangan .
QAYYUM
12.51 am
28/12/2012

Cukup.Allah.Di.Hatiku.

Tuesday, 25 December 2012

:: Titah Raja Berdaulat ::

100 Tahun M.A.I.K ~

Bismillahirrahmanirrahim , 

Alhamdulillah , segala puji bagi Tuhan yang Maha Ghafur ,
 Semoga menjadikan kami dalam golongan yang b'SYUKUR ,
Dan dijauhkan daripada golongan KUFUR ,
Yang bakal dipentur ,
dan dipekur ,
didalam Kubur ,
Laksana "nasi menjadi bubur".

Dari kanan : Hakimi Bazli Shahid  Qayyum(ana) Fahmi Sahlan Che 


AQ : Ahmad Qayyum
FH : Fakhrul Hakimi
SH : Shahid Izzudin (Presiden MTAQ 2012)

"Teettt teetttt" Mesej telefon masuk . *Sapu mata (wah , bertokol2 jatuh tahi mata hehe ) * .

FH : "Yum , besok pergi ke dak Selawat ?"
AQ : "Ouh , majlis di Grand Riverview Hotel tu ? Await Sultan panggil ceq ka ? *berangan ! nak kena baling baldi ni*   
FH : "Haha , Sultan memang panggil pun *tgn ke dada mata ke atas trademark mg ! * . Pergi dak ."
AQ : "Hehe , bukan tak nak pergi tapi aritu dah ada call pasal nie, i said i can't go as my holiday doesn't finish yet . so malu la sikit ngeh3. kenapa ? tunda ke ?
FH : " Yup ! besok ."
AQ :" Wah3 ! best2. Kalau nak pergi jugak boleh ke tak.?"
FH :"Cer tanya Shahid. as dia handle semua nie."
AQ : " Roger and Out ."

put pak put pak ! *ringtone tekan fon*

AQ :" Assalamualaikum abang petak , kalau nak pergi besok boleh ?"
SH :" Waalaikumsalam , boleh sebab ada lagi kosong nie . Yang penting nak pergi kena pakai Jubah Putih , Kasut , Kopiah Sekolah dan baju T-shirt putih di dalam . oleh sebab Majlis formal dan tertutup ."

*tepuk dahi* Aiyoookk !! macam pergi sekolah. Takpa2 amik sense ke sekolah tahun depan. hehe 

AQ :" Baik tuan , boleh sangat2"
SH : " Ok , besok pukul 9.30 di sana ."
AQ : "Baik tuan. "
cepat2 taip SMS kepada Hakimi....
AQ : " yay ! Besok boleh pergi ."
FH : "dah register ?" *hah ? apa lagi nie ???* 
AQ : " Shahid oyak(cakap) semua beghesss(beres) ."
FH : "Ok , we meet tomorrow , miss u lah"
AQ : "yo yo ! gua miss u jugak . HAHA"

Keesokan................  

Semua orang sudah sampai even Ahmad Qayyum a.k.a Budak Hensem lewat. Ingatkan ana yang paling lewat, rupanya Hakimi lagi lewat !! *woi Kimi mg nok Sultan ngotok ko? hehe78.* Dubdapdubdap bedebar, orang lain duk bedebar pasal events , ana sibuk bedebar pikirkan bila Hakimi nak sampai. 20 minit barulah muncul wajah Hakimi dengan longlai . *kesian pulak, ngeh3* 

AQ & SH : Kenapa lewat Kimi ?
FH : Banjir la , tambah pulak driver teksi tak tahu jalan. huuu,,, jauh kena jalan dari Parkson sampai sini.
SH : Mana kasut Kimi ? *dah macam perang dunia la hang nie Hakimi . hehe
FH : hehe *senyum kerang busuk* . Tanya sekolah di mana dia sunyikan kasut aku . huh ! dah kena buang. ada la pasang niat nak pawn my dad kasut , la macam perahu pulak . haha .
SH : Takpa2 , kita naik dulu . Nanti kita adjust balik .

Fortunately, Ust Fakhruddin yang menjadi guru pengiring bagi kasut dia . Hakimi terloncat-loncat kegembiraan . *haha wak lolok*. Selamat semua .

nie lah Ust . Fakhruddin . Hensem orang nya ! haha abe ya ustaz . belanja2 . huhu

Then , majlis bermula . Kami pelajar MTAQ diminta untuk beratur dua barisan seperti mana yang ditetapkan . Then , kami pun berselawat selepas Sultan masuk ke dalam . kami nie macam pengiring la . hehe . Yang paling best , semasa tengah berjalan sambil selawat .... di tepi ana , memang betul2 tepi ana adalah TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ . hish , kalau bukan time tu memang dah peluk dah tuan guru .

"Ya Allah kerdilnya aku di sisi ulamak ini , kau jadikanlah aku sebagai mana engkau mengindahkan ciptaanMu ini di muka bumi bertuah Kelantan "

After selesai ucapan dan perasmian semua jemaah hadirin dan hadirat di minta untuk menjamu selera .

weyh , punya la bersungguh-sungguh budak-budak nie makan . Mana tak kan ? makanan hotel, sapa tak mau kan free pulak . ouh , mmg best . 

inilah budak paling sungguh makan. hehe 
Takpa-II walaupun dia yang paling bersungguh dia bagi kami ilmu yang dia cuba2 n then ianya menjadi. iaitu bagaimana nak lipat appron.
inilah wajah asal Appron tuh .
Budak bersungguh tadi sedang mengajar dan memang pergh ! menjadi .
haha ini hasil yang saya punya . sikit2 jer menjadi . boleh belajar lagi nie .





Huhu so Precious Moment . Bila lagi nak sampai dalam hotel mewah nie . Betullah orang tua2 cakap..

"Budak2 tahfiz nie kalau biasanya tak payah susah cari rezki , balik2 rezki datang dengan sendiri "
"amin"

P/S : maaf sebab gambar tak cantik . sebab hanya menggunakan camera fon .

Cukup.Allah.Di.Hatiku.


Saturday, 22 December 2012

Aku Takut~

Wahai Kaum Hawa ~

Bismillahirrahmanirrahim
.
.
.
.
Macam mana nak mulakan hupdet(update) nie ya ,..... Ah ! lupa , *ucapan syukur belum lagi*

Alhamdulillah , segala puji bagi Tuhan yang Maha Ghafur ,
 Semoga menjadikan kami dalam golongan yang b'SYUKUR ,
Dan dijauhkan daripada golongan KUFUR ,
Yang bakal dipentur ,
dan dipekur ,
didalam Kubur ,
Laksana "nasi menjadi bubur".

  Sesungguhnya Tuhan ciptakan Kaum Hawa itu sungguh istemewa , bukan bermaksud ana mengatakan yang Kaum Adam itu tidak hebat walaupun hakikatnya Kaum Adam tercipta lebih banyak kemuliaan disisi Allah . Walaubagaimanapun kan , Nabi Muhammad SAW *selawat kat nabi dulu* sangat  menyuruh Kaum Adam melindungi Kaum Hawa . 

Mungkin istilah MELINDUNGI ini sudah disalah tafsirkan buat Kaum Adam especially ana kot *buat muka taktaw pape hehe* . Ana tahu sebenarnya berhubung dengan wanita ajnabi adalah satu dosa yang sangat besar dan kadang-kadang boleh membawa kepada zina *nauzubillah . "AKU TAKUT SANGAT-SANGAT TAKUT" itulah detik hati ana yang cukup kencang kini.

"Qayyum , risaulah dengan kamu.. jangan kuat sangat berSMS dengan p'puan yer." kata Nurul Hayyu a.k.a Kakak.
"Mana ada , tak kuat pon dengan yang puak kamu kenal jer." pertahankan diri dan still pertahankan diri biarpun ala ala tipu. Hehe , xda niat pun tapi sebab takut kena marah jer. Kena cepuk baru tahu budak kiut nie. kiut la sangat~ .
 "Bahaya Yum, perempuan nie kalau nampak lelaki macam layan jer dia... dia cepat taruh harapan. oh.. so dangerous. Only girls knew girls."
"Baik kak." ringkas dengan penuh iktikad.

.
.
.
.
.
.
.
aku tak kuat !
.
.
.
.
.
.
Aku tak kuat !
.
.
.
.
.
Aku tak kuat !
.
.
.
.
.
Aku boleh berusaha ! yeah. 


Mulai saat ini ana cuba untuk membuat satu perubahan , dengan mencuba mengurangkan berSMS dengan Kaum Hawa. 

Pernah terdetik dalam hati "Kenapalah perlu aku lambat sangat sedar hal ini" namun sungguh ! Allah itu cukup Sempurna kerana dengan setiap yang telah berlaku membuat ana banyak mengenali hal-hal wanita, contohnya bagaimana mereka sedih , bagaimana mereka suka , bagaimana mereka luahkan suka mereka dan banyak lagi . Takpa , simpanlah segalanya dibuatkan pengajaran dalam mendidik diri supaya pandai mendidik isteri lepas ni (galak nak nikah nie ^.^).

Maafkan ana jika ana menjadi macam "sedo" jika tidak membalas SMS wanita. hehe.

Ana menangis mendengar sanubari syair Imam Ahmad Hanbali , di bawah ini link nya dari Senior ana Azmir Amirul. 

....................................................................................
Conservation antara ana dengan Syahid (kawan teramat dicintai) *nampak macam auww tapi begitulah kami bersahabat cinta kerana ALLAH. dalam FB.

"Doakan aku , aku nk jaga dah diri aku daripada mcg nga ore puan . lagipon kak aku oyak katku jgn duk layan sgt org puan sungguh sungguh, takut jadi apa2 ." said ana.

"aiwah3..." balas Syahid . Belum sempat dia sambung kalam dia ana dah sambung.

"aku try doh koho2 , koho aku try , koho rama tegur aku. lebih2 lagi dalam FB nie . ya Allah takutnya aku ..
aku tahu status aku ."  *bukan nak kata kita nie HOT tapi memang terjadi . ngeh3 

"Allah nk uji..... seteguh mana dri kita mharapkn Nya... mgkin Allah uji dgn sayangNya org pd kta......." balas Syahid.
"yg penting......kita menjaga...sebelum terjaga" sambung Syahid lagi .

ALLAH...ALLAH... ALLAH tenang hati ana membaca bicaranya. Terima kasih Tuhan sends me an understanding friend.
____________________________________________
Ya Allah ,
Ku tulis namanya di benih,
agar namanya terukir di setiap dedaun yang tumbuh.
Pabila ia kering ia berguguran dan ditiup angin, 
Moga-moga sampaikanlah namanya hingga empunya,
agar dia tahu cintaku pada nya Tuhan yang sampaikan.
d^_,_^b


Cukup.Allah.Di.Hatiku.

Tuesday, 18 December 2012

SOAL HATI BIAR ALLAH BERBICARA

Dalam Doaku Kirim Cintaku.

Wahai manusia,
Erti sebuah cinta itu sangat sukar,
Untuk engkau..

Fahami..
Kenali..
Dekati...

Sesungguhnya ia halus,
sehalus angin sepoi-sepoi bahasa.

_______________________________________

Aku tahu, aku bukanlah orang terhebat dalam percintaan. Namun, aku juga ingin merasai mencintai dan dicintai. Cukuplah engkau membuat hatiku bergetar dalam senyap. Ku dakapkan doaku kepad Rabb.

*blushing*

Saat berbicara dengan dia oh bagai tak ingat dunia.. Dia sahaja ternama time tu.. oh tidak! ini bukan cinta ini lara. Kalau nak bercinta kalut jah minta nombor fon or anythng sebab nak tarik perhatian.

Ana pernah rasa ingin mencintai dia namun tetap tidak kuat untuk memilikinya. Namun ana mencuba, kini Allah yang menyampaikan tentang CINTA dan DOA.

Allah berfirman dalam kalamNya,
"Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah(doa). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Isi Hatimu" (Surah Al-Mulk Ayat 13 Juz 29).

Sahabat ana pernah berkata,

"Cinta bukanlah satu permainan yang hendak diLEGOkan, tetapi cinta adalah satu rasa kasih sayang antara kita dan dia. Cintalah Allah dahulu, cinta manusia akan dituruti setelah itu. Cinta manusia kadang2 boleh membawa kita ke alam permainan hawa nafsu. Qayyum, kalau dah suka kat sapa-sapa cakap kat saya jugak.. kita doa sama2." via Syahid Syukor. *ayat sudah ditambah*

Ana hanya membalas senyuman dan "OK, kalau awak suka kat sapa2 pun habaq mai jugak nah.. nak sama2 doakan"

Sory tulisan cantik sangat *tangan ke dada mata kelangit*

Ya Allah jika aku cintakan dia, kirimkan doaku untuk dia agar di sentiasa menjadi orang beriman dan sentiasa mendapat keberkatan daripada Mu. Amin ya RaabbalAlamin~

Cukup.Allah.Di.Hatiku