HambaMu yang mencari kerendahan hati dan kemanisan iman, ya Allah tolonglah hambaMu
Powered by Blogger.

Saturday, 9 November 2013

Moment SPM 2012 part 4~


bersiaran kembali.....

Ehem Ehem, maafla baru update. Semalam kepenatan sebab main futsal. Hari ni pon mata dah berat. Takpa ku gagah walau ku layu. Walau gentar ku langkah seribu. ceeehhh ayaatt!

Aku sangat teringat pada waktu peperiksaan Matematik, siapa ingat dan berada dalam time nie mesti terasa lawak dan sangat susah dilupakan.

Cikgu kami merajuk, waaaaaa. Sory Cikgu Nizam, kami budak yg baru nak up. Tak paham perasaan cikgu kepenatan masa tu. Kami tahu, cikgu sangat komited dlm nak mengajar kami dan tetiba mood cikgu hangus dek kami.

Apapon, kami bincang balik. Ada laaa ahli syura kami tu buat perbincangan. Then, diorg pon mintak 3/5 ringgit sorg. Kononnya nak buat jamuan as nak pujuk cikgu kami. Lepas tu, sepakat kata membawa muafakat bersetuju utk tempah dengan Kantin Abe Ya untuk masakkan Nasi Lemak.

inilah Presiden sekolah kami.
dia juga presiden Ahli Syura masa tu. hehe :)
sory amik gambar nie, napok juruh etep.


Kerna terjadinya sebuah insiden ini, tercetusla untuk menjamukan semua cikgu dan ustaz di sekolah kami. Kami tahu, mungkin dengan cara ini membuat cikgu-cikgu tahu yg kami amat menghargai jasa-jasa mereka dan mgkin dgn ini menggembirakan hati mereka. Alhamdulillah mereka semua berterima kasih sekaligus mengucap Doa kpd kami.

Siapalah kitakan? seorang murid yang tidak tahu apa-apa sebelum mereka melimpahkan ilmu kpd kita. Ingat juga. Marah cikgu itu juga seolah suatu doa untuk kita gagal. Tanpa berkat, ilmu itu tiada guna.

Walau memang sebelum kami membuat jamuan tu cikgu tak masuk, last-last dia masuk jugak after jamuan. Alhamdulillah. Siapa tak kenal cikgu Nizam yg sangat tegas tapi hati lembut. yuuuuuuuu!

Bagiku mungkin dia terima maaf tapi yg paling besar adalah dia tahu, anak muridnya perlukan dia walau disaat seminit sebelum masuk dewan. Cikgu Nizam masuk bilik tayangan(tempat kami bkumpul) dari pukul 8 malam hingga 2 pagi. Ayat paling best ialah...

"Awak buat dulu latihan saya bagi, kalau tak paham, mari tanya. Kalau saya ttdo, kejutkan saya, takpa saya cuba tolong"

Ya Allah, susah sangat nak dapat cikgu macam nie, Salute2!

Evendo, itu sudah berharga, cikgu nizam sempat lagi cakap,

"Kul 10 kita berhenti sekejap dan kita solat Isyak bersama dan kita buat la solat hajat sikit supaya Allah permudahkan segalanya."

Itu cikgu okay, aku ulang, Cikgu!

Ya Allah, semua solat berjemaah sekali, tanpa ada yg tertinggal. Yang masbuq(terlewat) itu mesti ada, tak kesah la yg penting solat hajat tu jugak penuh. Semua calon SPM 12 solat.

mungkin balasan Allah terhadap cikgu Nizam kot, memberi kami semua kemudahan. Alhamdulillah la Allah memang permudahkan segalanya sehingga ada yg cakap "Alah, mudah 'semesek'(sangat) math tadi, insyaAllah A+ cikgu...."

Cikgu tersenyum dan terbukti, Math dapat 1.32 cgpa. Sangat tinggi dan peningkatan sebanyak 0.8point daripada tahun sebelum nya.

Itulah kuasa DOA dan bersatu dalam meminta pada Allah. Nak jumpa tempat lain lagi memang susah.

Walau bagaimanapon, janji itu janji. Janji kena tunaikan. Cikgu Nizam tunaikan janjinya kepada kami yang dia akan belanja makan kalau dapat lepas target dia. huhu Kami lepas! yes!

ini hadiahnya :

Restoran Nasi Ulam Cikgu

dua Cikgu hebat kami.
Kiri : Cikgu Rizal
Kanan : Cikgu Nizam

here Restoran Nasi Ulam Cikgu

suasana di sana.


Siapalah kita tanpa guru.
Ilmu ditimba,
Berkat dijaga.
Doa diminta
bersama usaha.
insyaAllah berjaya.


okeylaaaa mataku sudah penat. lagi-lagi tengok Chelsea kena baham 2-1 setakat nie, takpa ada 10 minit lagi. Mgkin mcm Kelantan. 10minutes of Miracle. haha oke Assalam.

bersambung......................


CukupAllahDiHatiKami
InsyaAllah

Thursday, 7 November 2013

Moment SPM 2012 part 3~

Susulan kemudian...........

Bola dan lelaki susah dipisahkan? betullah, itu juga tentang kami. Walaupon SPM, kami tetap bermain jugak. Ini adalah cara "hilang stress" kedua kami. Ada jugak yang tanya, ustaz tak marah ke main?kan harini bukan hari untuk main? then jawapan kami, ustaz ckp, mainla diorang nak main, Diorang dah besar diorang tahu la nak pikir. Kami tetap main walaupon bukan hari dibenarkan bermain. Takpa ustaz bagi. haha

sebelum main, tempat biasa yg dijadikan utk pakai kasut dan buang kasut.


Tapi ukhwah kami, kami bukan hanya pada kami-kami jer. Ustaz pun join kitorg main petang petang. Kan dapat tu rapatkan ukhwah dengan ustaz. Btw, ustaz kami legend2 sekolah ok. haha tak cukup ustaz? pak guard sekolah pon main sama. (sapa ingat gelak tawa Abe Yala?, mohon suka tutup mulut).

ini ustaz Hafez, antara ustaz yg selalu main dengan kami

ini Abe Yala, pak guard yang main sama.



Dalam main bola, kami bergurau, kami bersatu. Bukan senang nak bersatu tau. Sebab main bola tak boleh individu nanti takde yang nak passing. Kau kena belajar toleransi sikit nak passing kat orang lain jangan jadi kedekut sangat. haha

Mgkin korang ingat NurAiman si bek paling susah nak lepas walau cilik, Omar yang suka main curi ayam depan gol.. Syed Umar &Hatim yang tak lekang dengan crossingnya. Alif yang selalu menjadi masalah untuk Sayyid, Irfan & Hakimi. Aiman sazlan si perancang. HafizZul yang berskillnya. Rasyid keeper hebat. Ahmad Nasha bek yang tenang, Faiz CK yg selalu dengan gaya Rooneynya. Abe dengan clearencenya. Qayyum?? si bising dengan ayatnya "Comel pok kito" , lawa pok kito" kan kan kan dan banyak lagi, maaf tak sempat nak mention.

Yang paling tak bleh lupa adalah bila kenangan ustaz a.k.a penjaring tegar kami terjatuh, dia nak buat sepakan gunting tapi terjatuh. Kononnya masa tu dia macam sedikit bengang la dengan Si NurAiman sebab tak dapat lepas dengan budak kecik tu. Sekali terjatuh, mula-mula macam lawak, lama-lama permainan kami terhenti, ustaz sakit serius.

the moment ustaz jatuh:


Kami terus hentikan permainan kami, sebab ustaz jatuh. dan itu semua kenangan. Ayat sedih yang pernha didengar adalah bila Abe Yala ckp

"Aku tak main dah bola nt. Pok-pok(gang2) mg nak keluar dah."

Mgkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu.

Kami kami.
Then, after semua dah habis, kami akan ke asrama kami. Tapi macam biasa, duduk sembang di kerusi batu dulu dan mesti main lagi untuk kali kedua.
kan kan kan?



Kalau bintang itu indah,
mungkin bintang itu Ukhwah.
Kalau bulan itu penyeri,
mungkin bulan itu sahabat sejati.



------------------------------------


Paper BI

Jangan mengalah
Jangan malu.
Suatu perkara yg aku belajar
dalam erti pembelajaran.


Memandangkan sudah tamat dua paper hari ni, masa kitorg hari ni dan semalam adalah paper BM & BI. Tapi tadi terkejut when kakak balik dia cakap dia baru lepas habis jaga Spm paper PQS, my kakak hayyu and i macam "bukan ke selalunya last last paper PQS?"
nampak tak dua2 tgh wondering.

Ops jauh sudah pergi, masa paper BI. Malam sebelum tu, semua kalut kalut cari essay sesuai nak hafal. FB ditinggalkan kejap, mgkin tak streesss kot, kannn? haha. Takdelah tu saranan Sir Hazri kepada kami.

Tp, aku? hafal jugak, karangan buat sendiri. Aku karang cerita seorang anak yg derhaka pd ayah. Then mintak tolong Omar Khayyam cek. Huhu simple word from him for me. "Translate" hahaha. I hav no word and just admit what he said. AlMaklumlah, saya nie belajar betul-betul English stakat darjah 6 jer. 5tahun seterusnya, ntah apa apa. hinggalah 5 bulan terakhir tu, baru laa bercambah sedikit BI tu. Alhamdulillah.

Omar ckp yg dia nak tolong, he said kalau aku terus buat macam nie mmg kureng la markah tu. Ok i suddenly malu, malu sesangat. Tapi dia cakap.

"Kau nak malu ke, nak A? Kalau malu duduk la sana. Kalau tak datang la sini. Takpa aku tunggu."

Serius, dia tggu sampai pukul 2 pagi disebabkan pujuk aku utk perbetulkan BI aku. Terima kasih sebab tunggu, sungguhpon tungguan mu amat bermakna bagiku.
Alhamdulillah i got A.

Betulla orang kata, biar malu kerna salah, jangan malu kerna gagal atau bodoh.

Thanks Omar also Aiman who also helped me during that time.

Me, Omar and Aiman.

Nilai erti persahabatan sangat besar.
Jangan dibuang kerana bosan.
Jangan dicipta andai tidak mampu setia.


Bersambungggggg..................


-----------------------------------

[iklan]

3rd Muharram. (semalam)

It is me and my friend's birthday in Islamic calendar.
His name is Muhammad Syahid bin Mohamad Shukor.

He sent me :
"3 muharram 1435 hijrah,umur kita berganjak.
Awal tahun baru ini ramai y mempunya azam mereka sendiri,ada y nak jadi ini,nak jadi itu,namun sedar @ tidak,tanggungjwab y lebih besar menanti,ujian dan mehnah yg lebih pahit bakal ditempuhi. Pesoalannya,adakah kita sedia? Kita hidup ada tanggungjawab,utk diri keluarga serta yg lbh besar iaitu ummah. Ummah menanti kita bukan sekadar ingin bertanya hukum hakam,malah mereka menanti kita agar kita bisa menjadi penyelamat serta penunjuk jalan. Bersendirilah,sentuh dada,tanya diri apakah hadaf hidupku sebenarnya?
Awal tahun baru ini ramai y mempunyai azam mereka sendiri, ada y nak jadi ini,nak jadi itu,namun sedar @ tidak,tanggungjwab y lebih besar menanti,ujian dan mehnah y lebih pahit bakal ditempuhi. Pesoalannya,adakah kita sedia? Kita hidup ada tanggungjawab,utk diri keluarga serta y lbh besar iaitu ummah. Ummah menanti kita bukan sekadar ingin bertanya hukum hakam,malah mereka menanti kita agar kita bisa menjadi penyelamat serta penunjuk jalan. Bersendirilah,sentuh dada,tanya diri apakah hadaf hidupku sebenarnya?"

thanks sahabat.
Tak tahu nak balas apa.
Just can say

"Sanah helwa akhi, Semoga amalan semakin bertambah. Tabah hadapi ujian. Jangan risau, kalau ada mek arab nak goda you, beritahu I. Nanti I kira la macam mana nak kira, guna kalkulator ka apa ke.
Ingat janji kita, kahwin masa tarikh lahir kita 2 June atau 3 Muharram.
Semoga Syurga itu tempatmu dan tunggu aku didalam sana."


CukupAllahDihatiKami
InsyaAllah

Wednesday, 6 November 2013

Moment SPM 2012 part 2

Susulan kemudian...

(Mainan)

Walau FB yang aku kata menda hilang stress, certain kawan tu, mereka tak main FB sebab mereka mgkin tak suka sangat nak bersosial kot unlike budak-budak "streesssss" kan.

Mereka main Dam, atau kalau kelate it called "Main aji". Nampak macam biasa game tu tapi bagus jugak utk Creativiti dan Kematangan dalam mbuat keputusan. Kadang-kadang kitorang akan tengok sapa yg kitorang nak bash. biasanya kalau Najid yang main memang kena laa bash. Semua tetiba masuk pihak lawan dia, bukan sebab benci oke.. tapi percaya la Jid, kami seronok utk kenakan kamu dan itu juga kamu buat kami tertawa dan ingat kamu, bukan bash benci, tapi itu gurau senda manja.

Jangan marah ya Waqiyuddin Najid, tapi itukan cara kita semua bermesra, Najid pon tahu kan? ok I love You Jid. haha

ini Dua Legeng main aji,
Merah: Najid
Hijau: Shahid

Sahabat,
Mereka berteman tanpa bicara Cinta,
Kerana mereka percaya,
Cinta hadir bila mereka bersahabat untuk Setia.



---------------------------------------------
(Makan)

Hahaha kadang-kadang menjadi habitat jugak, eh habit kitorang jugak, After exam, biasanya pagi, beli makanan dari Kantin Abe Ya dan bawak masuk dalam bilik tayangan.

Qayyum and Hakimi are the legends buat benda nie. Kan Kimi?? kan kan kan.

Haha kami tak suka makan sorang-sorang, nak pergi makan, mesti nak kena berjemaah, klu takda teman di Kantin atau takda orang lagi di kantin, kitorang akan makan dalam Bilik tayangan je. hahaha

Tapi biasanya, kalau makan dalam bilik tayangan pasti ada yg jadi pembeli atau pemborong. Yang lain rajin juga, rajin kirim. hahaha

Terbina lah jugak Ukhwah tu, InsyaAllah.

Gini la gayanya. Nyum Nyum



Yang manis pada kenangan itu bukan pada Gambar,
tetapi pada hati yang saling mengingati saat bersama.

------------------------------




"Dan berkata Tuhanmu,  Pintalah sesungguhnya aku akan memakbulkan."

Walau riang tercipta, sedih berduka.
Pada Tuhan
Kami setia,
InsyaAllah,
Dia kekasih yang diutama.

Apa yang aku paling suka masa dalam bilik tayangan, memang la kita saling rapat merapat saff ukhwah. Tapi, yang best kami akan saling mengingati tentang solat. Kadang tertidur, biasala penat namun ada je yang bertanya,

"Eh dia dah solat belum? kejutkan kejutkan lambat dah nie."

Huhu, walau terlambat kami tak risau untuk jemaah, Semua budak Tahfiz, Imam? sapa-sapa je boleh kan?
itu yg aku pikir special yang budak Tahfiz ada tp orang lain takda.

Percayalah, yang kami belajar untuk SPM hanya 5 Bulan, yang lebih tu kami macam belajar apa tah.
Alhamdulillah mgkin berkat Allah kurniakan kepada kami, result semua baik.

Ada orang cakap, baik ke macam nie?? berapa jangan tanya.
Baik lah tu, kita dah usaha selama 5Bulan dan dapat banyak tu. Rezeki kita, cuba bayang kalau kita dapat lagi kurang kan? lagi sedih kan? haha takpa Allah Ada.

ini je sempat dicuri ambil, takut kalau ambil tengah berjemaah nanti cakap riak pulak. hahaha Kidim tau.
Mr Adam.


Bersambung.....................

CukupAllahDiHatiKami
InsyaAllah

Tuesday, 5 November 2013

Moment SPM 2012 Part 1

Assalamualaikum

Tanggal 6november2013 bakal membuka tirai exam SPM untuk tahun nie. Selamat Menduduki peperiksaan la kepada yang amik SPM tu. I dah lepas u..... hahaha

shout out loud
All the best to all of you


Terimbau pulak zaman SPM tahun lalu 2012, sama-sama MTAQ's SPM candidates duk dalam bilik tayangan menelaah pelajaran. Haha kononnya blajar la sangat. Haish belajar la. Dalam tu banyak sangat kenangan bersama kawan-kawan.

Btw, Belajar dalam bilik tayangan adalah satu keistimewaan bagi pelajar di MTAQ.

Part yang paling best adalah bila Hakimi (one of my best friends) bawak fonnya Samsung Aceplus. Fuhh hebat woo zaman tu fon dia. Tenet cepat je tangkap.. lagi-lagi WIFI sekolah, siap hack lagi password. hahaha memang super junior la ko. Walau pon membaca, FB tak lekang dibuka. Bila ditegur jawabnya mudah "hilangkan stresss" itu jadi modal semua pengguna FB masa tu.

Then bila exam breaks for a week, after that ramai jer yang bawak fon masing-masing. Masa tu la baru tahu yg kawan-kawan aku pakai fon hebat2. haha aku nie macam rusa masuk kampung, jakun sangat hal enset. Nasib diorg bawak, bertambah sikit ke"moden"an diri tu hal dunia macam nie. haha

Tapi memang dahsyat pon stress diorang, belajar setengah jam, FB setengah jam. Stress bebno agaknya kan..

dan tercipta laa.

inilah dinding ratapan yg dijadikan tempat fon fon mencari line WIFI. sahabat ingat?

ini diantara muka stress ngadap buku, gambar org lain bukan tanak letak tapi hensem dr aku so xnak ada challenger. eh puii laaa berlagak. hahaha
mereka siap letak lagi tempat mana laju tenet. haha dan siap kena tanda, after dia ni sapa, after dia ni sapa. No lintas2, beratur oke.

Haha evendo its quite sweet but i still love when the moment of i 'ter'sleep after heard a little advice but a big impact for me, it from ma fren Syahid. He told me to open the Quran and recite Surah Al-Mulk:13.

Tipe tu ada masalah sikit dengan perasaan, kononnya dirundung cinta, aih rupanya hati ni syaitan goda. Allah, nasib Tuhan sedarkan aku balik. Alhamdulillah.

"Dan sembunyikanlah atau katakanlah(doa) kpd Allah, sesungguhnya Dia tahu apa dalam hatimu"

tertidur dia.



 Bersambung..........

CukupAllahDiHatiKami
InsyaAllah

Tuesday, 22 October 2013

Kembali Hidup


Assalamualaikum

Duhai blog, fuhhh fuuhhhh. fuhhhhhhhhhh.
Uhuk uhuk.
Banyak sudah habuk ni.
Maafla sahabat blog, gua lama tak care pasal lu.

*apa yg melalut nie*

-------------------------------------

Nyawa imanku,
Nazak,
Namun,
Aku tidak sedar.

Semakin hari,
Semakin lelah.

Aku kira nafasku benar,
rupanya aku yg salah.

Hatiku meronta,
Jiwaku menggelodak,
Imanku berkecamuk.

Aku kini cuba bangkit,
dari mimpi yg bawa penyakit,
bukan kerana sakit,
tapi takut ia berjangkit.

Ya Allah,
Aku berlindung denganmu.

------------------------------------

Ini satu hal lagi.

Alhamdulillah, Allah menjemput sahabat-sahabatku utk sambung blajar ke bumi Anbiya di mana gedung Ilmu Islam disana.
Aku sangat bersyukur mereka ke sana, dapat sambung belajar ke sana.
Aku? diberi peluang tapi tidak diberi kebenaran.
Takpa teman, belajarla rajin-rajin, pulangmu ku tunggu dengan bakul tadahan ilmu.
Semoga kalian membahagi ilmu yg digapai nanti insyaAllah.

yang berKOT tu, semua ke Mesir. pada 11Oct2013.
2 dari kiri dan 3 dari kanan sahabat yg ke Jordan.
*missing gambar morocco, maaf xde penat dah cari*

Seminggu sebelum budak Jordan pergi, Di PCB.
Berkumpul, bergelak ketawa terakhir bersama

Di hari raya ke 3, konvoi raya mcm biasa, tahun hadapan entah bagaimana.

After SPM merdeka. Tahun lalu.
Pakai Jubah, RINDU!

Mentelaah bersama, semasa peperiksaan di Ting6
Sijil Tinggi Tahfiz Quran(STTQ)

Futsal last semasa di MTAQ.





precious moment, saat bersama murabbi Sains dan Math makan di
Restoran Nasi Ulam Cikgu, Kota Bharu.













Sungguh aku rindu kamu semua sahabat. Doakan yang terbaik untuk kita semua.
Allahu yuftah alaina, Amin.