HambaMu yang mencari kerendahan hati dan kemanisan iman, ya Allah tolonglah hambaMu
Powered by Blogger.

Sunday, 9 June 2013

Musafir Ilmu

Assalamualaikum

Blog tersayang, lama dah tak ku tulis taipkan padamu tentang kalam-kalam indah agar aku kuat ingat pada Allah. terasa bagai rindu pulak hari ni untuk menaip walau hakikat hatiku sedang bercerita panjang tentang diri.
.
.
.
.
_______
Tanggal 10 Jun 2013m bersamaan 1 Syaaban 1434h, Yum akan bergelar sebagai Mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM). Nak kata Yum excited, tak jugak. Nak kata Yum sedih, tak jugak. Perasaan itu bercampur-baur di antara kedua-duanya. Manakan tidak, dapat masuk Universiti itu adalah impian semua orang termasuk diri Yum sendiri. Namun melupakan kenangan manis dan terindah pada zaman sekolah menengah sukar diketepikan. Sebab itu rasa dalam hati itu bercampur-baur antara keduanya.



Yum dapat mesej dari sahabat Yum yg lahir tarikh lahir sama dengan Yum ----> Syahid.

Ini dia hantar, *no editing*

"Yum, bukan nak kata aku baik, dengki.. sungguh tidak. Saja aku nak pesan sebab aku tahu mung(kau) tak perlu pesanan ku, sapa la aku kan, hehe. Esok nak masuk U kan? jaga diri baik-baik. Mintak restu mak ayah, itu yang penting. Mintak halal dengan mereka. Bila dah ada kat sana bergaullah dengan baik. Sebenarnya aku tak risau sebab mung seorang peramah tapi takpela, aku nak pesan jugak. hehe. Carilah rakan yang betul-betul soleh, bukan hanya baik sebab orang yang baik ditempat yang baik itu biasa tp yang Soleh di tempat baik itu luar biasa. Kalau ada  masalah, kongsi dengan rakanmu yang Soleh kerna mereka mendengar dan menasihat. Jangan sesekali mengasingkan dirimu dari mereka, Sesungguhnya orang terasing itu mudah rebah dan jangan juga kau asingkan sahabatmu kerna mungkin mereka juga kdg2 perlu dorongan dan bimbinganmu tapi aku tak risau sebab aku kenal mung. 
Jaga Iman Baik-baik sebab di sana kita bukan berkenalan dengan perempuan biasa tp dengan bidadari. Sesungguhnya bersama wanita solehah lebih banyak dugaan yang perlu ditempuh apatah lagi mung. Sorang yang friendly. Jangan terlalu rapat sebab dirimu mudah didekati. Takut ada dari mereka patah hati. 
Belajarlah dengan baik Teman agar citamu ingin menjadi Lawyer tercapai. Doaku untukmu sentiasa.
Last , jadilah sahabat seperti bulan bintang, pembina semangat dan petunjuk jalan, macam orang sesat tengah malam. Bila ada bulan dan bintang, mereka rasa damai, resah mereka hilang sebab dengan ada bulan dan bintang mereka dapat petunjuk arah untuk pulang. Assalamualaikum˜"
- ayat yang last tentang bulan dan bintang pernah Yum sendiri buat contoh kepada adik angkat Yum.. Agar menjadi petunjuk arah kepada segenap manusia, kita memandu mereka. kan Mutmain. Itulah buat Yum rasa macam nak nangis sebab perumpamaan kami menjadi sama walau kami tak pernah berbincang untuk membuat ayat itu bersama.
Dan ini mesej yang dihantar oleh budak yang paling baik dengan Yum ----> Mutmain.

".......nak terima kasih untuk segala-galanya dan sanggup layan saya yang tak juruh ni. Abe(abang) jangan lupa kita deh.. abe jugak jangan tinggal Dhuha, Puasa, dan Witir, InsyaAllah abe tidak lupa. saya(mutmain) akan doakan abe dan agar abe bergembira disana. Abe carila kawan-kawan yang baik serupa dengan abe Aiman deh. Abe juruh(baik) dah tapi jadi lagi juruh. Harap Abe selamat sampai dan selamat balik. Mari beraya di rumah deh. kalau abe ingat."

- Dia tak pernah memberi atau berkata pada Yum seperti ayat-ayat di atas. baru ku tahu, dia pun pandai bermadah pilu. (jgn bajet kita sorg je pandai hehe). Dia dan Syahid memberi harapan yang sama iaitu mencari sahabat yang baik malah soleh lagi agar diri Yum menjadi kian Soleh. AMIN !

-Aik, kenapa Mutmain sabitkan Abe Aiman dalam hal ni? Ini jawapannya. Aiman adalah sahabat Yum yang paling Yum tak bleh lupakan. Dia kuatkan semangat Yum. Buat Yum rasa macam dekat pada Allah dan paling penting perasaan sayang Yum pada Aiman sejak tingkatan Satu lagi. Eh, bukan yang terpesong tu.... Sayang seorang sahabat kerana Allah. Aihhh jangan pikir pelik ye. Walau dia bertubuh kecil tapi hati dia macam legend gitu untuk Yum rasa. Kuat kot aura dia. hahahaha macam Goku dalam tengah duduk buat Super Saiya 4.

Qayyum + Aiman
InsyaAllah, Akan Yum ikut nasihat yang diberikan. Aiman juga ada menasihati Yum tentang jaga hubungan dengan Allah. Jangan layan sangat wanita-wanita. Nasihat dia semacam dengan yang Syahid punya.

Aku MUSAFIR ILMU.
Berdagang di bumi Allah,
dan berhenti di Syurga Allah nanti.

Aku MUSAFIR ILMU,
bakal merindui keluargaku,
merindui sahabat syurgaku.

Aku MUSAFIR ILMU,
kena sedar dan terima,
Mujahadah mencari Ilmu ini kerana Allah.

"kita merancang, Allah juga merancang. Dan Allah sebaik-baik perancang"
"Kadang-kadang Allah hantar orang baik kat kita sebab kita tak cukup baik. Dan kadang-kadang Allah tarik balik diorang semua, sebab Allah nak tengok kita jadi baik sebab Dia atau sebab manusia," -sarikandi Umar-


Friday, 31 May 2013

Sunyi itu "rahsia"

♥......ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ......♥



*__(")_(")_(")_(")_(")_(")_(")_(")__*

Syahid : Hatiku gelisah.. entahla  
Qayyum : takpa Allah ada. 
Syahid : Kadang kadang sunyi itu membuat kita gelisah.. 
Qayyum : tapi sunyi itu buat kita muhasabah, barulah dekat pada Allah.... 
Syahid : herm.. kengkadang sunyi itu mudah kita buat DOSA ! 
Qayyum : ............*sentap* sebab sunyi itu "rahsia". 
Syahid : kita tidak tahu pada gelap, hanya menanti cahaya hadir. 
Qayyum : yup! Nurun ala nuurr. 
Syahid : Alhamdulillah ada kawan hiburkan hati. 


hanya Allah dan aku tahu tika aku sunyi



------------------------------------------

Sesungguhnya aku sangat takut pada kesunyian kerana ku kira dosa bisa berlegar tika ku sunyi.

Sunyi itu diam,
tanpa suara,
tanpa rasa.

Hanya perasaan yang mampu meneka. 

CukupAllahDiHatiKami.

Wednesday, 29 May 2013

Si Pencuri Hati

♥......ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ......♥

All praises to Allah, makes me stronger, makes me life and makes me meet with you all.
but the most grateful are we are Muslims and Islam are our Religions. Thank You Allah.

Bismillahirrahmanirrahim.


Manusia dan cinta, tak akan pernah lari. Eh, manusia pernah lari tapi cinta tak pernah. Peeps, hidup manusia dan cinta tak boleh terpisah. Cinta means rasa kasih sayang yang bertapak di hati dan di"elobrate"kan pada kelakuan kepada yang disayangi.

Tahu dak kalau kita bercinta-monyetkan anak orang tak kira lelaki ke perempuan, kita dah curinya dari ibu dan ayah mereka.

Orang yang nak jadikan Isteri atau Suami mereka, mereka perlu meminta kebenaran dari Ibu bapa mereka kan? sebab masih ada ikatannya anak dari ibubapa sebelum merekaa diAkadNikahkan.

So jangan nak pandai-pandai kecik-kecik duk bercintaa-monyetkan diri sendiri atau anak orang tanpa minta kebenaran daripada ibubapa mereka. You will be "Pencuri Hati" anak orang dan kasih sayang ibu bapa mereka. Kerana setelah Akad barulah terputus ikatan tanggungan dosa baik setiap Lelaki atau Perempuan yang ditanggung ibubapa mereka.





Jangan jadi PENCURI.
Nanti ditangkap Izrail,
Masuk penjara Allah lah jawabnya,
Nak??

Jangan jadi PENCURI.



------------------------------------------------

Kuatkan Iman,
teruskan tersenyum,
Ana mampu,
walau ana tahu,
ana tidak seteguh para Anbiya', Sahabat dan Ulama'


Okaylah, bantal dah mintak suruh peluk nie. Rindu lah tu pada tuan dia. See you! Assalamualaikum.


CukupAllahDihatiKami.
InniAkhaFullah.
2.44pg Khamis
30.5.2013

Monday, 27 May 2013

Bakal Jenazah !

♥......ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ......♥


Saat hati terdetik suatu tanya,
Apakah aku kuat menjaga diri?
saat hati ego menjawab,
ahh.. aku dah besar bolehla menjaga diri.


Setiap hari aku menongkah waktu, membilang detik waktu ke universiti(UIA) utk kos pengajian Undang-Undang.

Hey Iman! please be my bestfriend to hold me when I lack from Allah. I'm honestly far from Him. Haish! only you can give me a big thousand spirit to get Allah blessing. Do you know? Allah make you and give you only to whom He wants to. So do you know that i really need you? so please be my BFF. Not in FB, Twitter or somewhere else. Only in my heart to perfect connection to Allah.

27 Mei menyaksikan Qayyum berjalan-jalan bersama rakan-rakan bagi membantu rakannya saudara Irsyad utk membeli kelengkapan Umrah yang bakal dilangsungkan beliau pada 31 Mei ini di Mekah. Walaubagaimanapun, hari ini Qayyum cukup-cukup sedih mengenang akan dirinya yang mana takut untuk berhadapan dengan fitnah yang paling besar dan ditakuti Rasulullah yaitu fitnah WANITA yang mana pada hari ini beliau melihat macam-macam jenis wanita diluar dan mampu membuat Iman dia goyah bukan Joyah.

Skema kan ayat atas? haha poyo semua tu. Saja jer sebenarnya tulis macam tu for BM practising even my SPM have end.

Wahai sahabat, susahnya nak kawal Iman. Itulah rungutan hati yang kecil. Ingatlah suatu hati kita bakal diberi gelaran BAKAL JENAZAH !

Guide Me ya Allah.



-------------------------------------------

28MAY, My parents sweet couple birthday.

HappyBirthdayToYou.
IloveYouMomandDad

CukupAllahDiHatiKami

Friday, 24 May 2013

Hari Terakhir bergelar Pelajar

♥......ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ......♥

"Allahumma Rabbi Yassir wala tuAssir"


apabila kekuatan cinta mempaksikan dua jiwa,
rindu bakal turut sama disaat berpisah.
Kerana Allah kita bertemu,
Kerana Allah kita berpisah.

_________________________________________

Pagi-pagi ana bangun pada hari Khamis lepas, mengejutkan juga saudara yang berada disisi ana Hazim(junior ana) dan semua jemaah bilik ana termasuklah junior2 yg turut tidur di bilik ana. Ana bangun awal sikit bagi mempersiapkan diri untuk menjadi tok Imam subuh yang mgkin buat kali terakhir ana menjadi tok Imam subuh sekolah MTAQ.

Takda yang best pon, cuma apabila junior ana suruh ana naik tok imam ana pada mulanya malas juga tapi for them maybe for last ana terima jer permintaan mereka.

Then, lepas subuh jer ana terus cakap dekat kawan ana Sayyid.

"Aku nak pinjam Camera"

Ana bawak kamera kemas dia ke bilik adik-adik. "Bila abang nak amek gambar dengan adik-adik Bilik201?" kerana soalan ini yang telah diutarakan, ana cuba melangsaikan tuntutan itu. 

ini jadinya.
-
--
---
----
-----
-------
0_0
--------
----------
------------
--------------
0_0 --- 0_0
-----------------
-------------------
0_0--0_0 -- 0_0

tadaaaaa..

Belakang : Aziz, Hafiz, Faqih, Farhan, Ezzat Aqil
Depan : Zulkanain, Nabil, (ME), Hazim, Faris, Umar.

Bilik inilah yang membicarakan kepada ana tentang soal kasih dan sayang, perasaan melayan karenah adik-adik. Belajar dari mereka banyak perkara yang kadang-kadang ana dapat perkara baru dari mereka.

Rindu pulak rasa apabila teringatkan mereka. Hari-hari nak suh ana cerita. Cerita hantu lah yg sokmo-sokmo. Lepas tu mulala takut. Membicarakan tentang Ilmu agama dan berkongsi cerita. Gossip memang tak bleh nak lari dah. mesti ada.

OKlaah, perut ana pun dah bermusik nie. Pergi dapur dulu ya

(Entry ni taknak buat sedih-sedih takut ana duk baca nanti teriak-teriak pulak)

#Ana paling rindu pada Hazim Mutmain, maafkan ana.

------------------------------------------

Aku rindu pada kalian.

Itulah lafaz noktah pada hatiku.

CukupAllahDiHatiKu
InniAkhaFullah
AllahulMusta'an