HambaMu yang mencari kerendahan hati dan kemanisan iman, ya Allah tolonglah hambaMu
Powered by Blogger.

Monday, 17 December 2012

KASIH SEORANG IBU

H.A.B.I.B.U.L.L.A.H

"Ibu, kenapa ibu asyik dgn abg jer... ibu tak sayang Habib eh? Takpa la bu.. Habib paham, Habib nie kurang pandai.. sgt b'beza dengan abg.. tapi takkanla ibu asyik nak sayang abang je? Habib pun anak ibu jugak.. lagipun perangai Habib dengan abg tu jauh sgt bezanya... Abg tu jahat.... Habib takdepun sakitkan hati ibu..." Monolog Habibullah. Hatinya begitu tidak tenteram. Setiap kali dia hendak tidur, dia akan selalu berfikir tentang perasaan diri.Dia tidur bilik berasingan dengan abang dia sejak kecil lagi.

Suatu hari,

"Bib, kau bagi bola tu kat aku. Cepat!" pinta Shahrul.

"Kalau aku taknak bagi?" tanya Habibullah. Saja nak sakitkan hati Shahrul.

"Engkau jangan melampau Bib, kang aku tumbuk kang." keras suara Shahrul menahan marah.

"Silakan, kalau kau berani la.. lagipun kau ingat kau sorang nak main bola? aku pun nak main jugak."

"Ish, memang kau melampau. Kau tak payah main takpa, kau bukan pandai pun."

"Laa, yang tak pandai la kena main. Kasi pandai. Apa ke lembab?" jawab Habibullah.

"Nah, amik kau" deras tumbukan yang dilangsungkan ke muka Habibullah.
"Kau jangan biadap, kalau aku cakap aku nak, kau kena bagi.." sambung Shahrul selepas menyampaikan hadiah tumbukan di wajah halus Habibullah.

Sesi tumbuk menumbuk pun berlaku. Shahrul dengan perasaan marahnya terhadap Habibullah yang melampau. Habibullah menumbuk Shahrul dengan rasa dendam yang tak terbatas.

"HABIB !! SHAHRUL !!" tepik Puan Norma. Apabila teriakan Puan Norma didengarkan kedua-dua anaknya pun berhenti. "Kenapa nie?" tanya Puan Norma. Shahrul dan Habibullah sama-sama menuding jari ke arah satu sama lain. Puan Norma segera mengambil rotan.

"Masuk bilik masing-masing sekarang jugak. Masuk!" suruh Puan Norma. Tegas dan garang. Jadi, Habibullah dan Shahrul segera ke bilik masing-masing. Puan Norma ke bilik Shahrul dan menghadiahkan beberapa kali das rotan ke atas tangan Shahrul.

"Jangan biadap sangat dengan adik kamu." tegas Puan Norma seakan membela Habibullah.
"Laa, dia mulakan dulu la ibu." jawab Shahrul. Dia rasa terbela dengan jawapannya kerana dia tahu selepas ini pasti Habibullah kena lebih teruk. Lagipun dia tahu Ibu dia akan percaya dia daripada adiknya tu. Setelah di bilik Shahrul, kini giliran bilik Habibullah pula dikunjung.

"Hulur tangan tu." pinta Puan Norma kepada Habibullah. Dengan redha dan pasrah, Habibullah menghulurkan tangannya dan hinggaplah rotan di atas permukaan tangannya yang halus itu.

"Umi," panggilan Habibullah kepada Puan Norma sebelum Puan Norma keluar selepas merotannya.
"Ya ada apa?" tanya Puan Norma.
"Habib nak tanya sikit boleh?" pinta Habib sambil menggosok tangannya yang sakit itu. Tidak adapun air mata yang mengalir dari alis mata Habib meskipun sakit tak sama macam abangnya, yang menangis.

"Boleh, silakan. Umi dengar." balas Puan Norma.
"Bib harap Umi tak marah lagi. Kenapa Umi layan Habib bukan macam umi layan abang. Umi tahu bagaiman a sakitnya kena rotan tadi? tapi umi tahu tak yang sakit rotan yang umi berikan buat Habib tadi lebih ringan daripada sakitnya hati habib ini menanggung perasaan. Habib tahu, Habib bukan anak baik. Bukan macam yang Umi harapkan, Habib tak pandai kalau nak dibandingkan dengan abang. Tapi, kadang-kadang Habib nak jugak rasa macam mana abang Shahrul rasa. tak payah susah macam abang, sudah cukup kalau setiap kali kami bergaduh Umi tanya Habib dan Umi bela Habib. Umi tak pernah tanya Habib kenapa kami gaduh, sedangkan setiap kali kami gaduh tak pernah habib yang mulakan melainkan abang tu yang kurang ajar." kata Habibullah kepada Puan Norma sambil menyeka air mata dan tunduk ke arah lantai.

Puan Norma tidak dapat tahan rasa bersalah di hatinya. Jauh dari sudut hatinya terfikir kata-kata itu terpancul dari mulut anaknya biarpun dia sudah menyangka bahawa suatu hari anaknya akan berkata sedemikian. Dia hanya melihat Habibullah di tepi katil itu. Dia pun keluar dengan seberapa segera kerana tidak sanggup menitiskan airmata yang hampir jatuh ke tanah itu.

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau memahami isi hatiku Ya Allah" monolog Puan Norma.

~T_______________T~

"Kringgg....." loceng sekolah bergetar menandakan waktu persekolahan tamat.
"Habib." Panggil Encik Yusuf.
"Oh Abi." Balas Habibullah.
"Lekas Bib... Umi masuk wad nie."
"MasyaAllah."

Habibullah lekas membuka pintu kereta bagaikan ribut keadaannya, sangat kalut. Encik Yusuf menekan ke dalam pedal minyak bagi menguatkan lagi putaran enjin agar kereta terpacu dengan laju.

20 minit kemudian, mereka sampai di hospital namun doktor masih tidak memberi respon keluar daripada bilik kecemasan membawa maksud Puan Norma masih dalam rawatan kecemasan.

"Abah, Shahrul mana?" tanya Habibullah kepada Encik Yusuf.
"Dia cakap dia sibuk kelas tambahan, Abi taknak kacau dia belajar." jawab Encik Yusuf.

Terkejut Habibullah. "Ya Allah, umi sakit pun kau masih nak jadi macam nie. Memang melampaulah !" monolog Habibullah. Sakit hati dia dengan sikap abang dia yang penting diri sendiri. Tiba-tiba doktor keluar dengan senyuman walaupun dalam kepenatan.

"Doktor macam mana keadaan isteri saya doktor?" tanya Encik Yusuf dengan panik.
"Isteri encik menghadapi kepenatan, namun Alhamdulillah sekarang dalam keadaan stabil." Jelas doktor sedikit melegakan hati Encik Yusuf.
"Terima kasih doktor." kata Encik Yusuf sambil mghulurkan tangan untuk bersalam.

Encik Yusuf segera memasuki wad tersebut tanpa menghiraukan sesiapa. Habibullah tidak mengambil langkah yang sama. Dia mengatur langkah ke surau di hospital tersebut terlebih dahulu memandangkan dia tidak solat Zohor lagi. Hakikatnya, hatinya sangat sedih bukan kerana ibunya sakit tapi kerana semalamnya dia menyakiti hati ibunya dan hari ini ibunya masuk ke dalam hospital. Dia menyempurnakan wuduknya dari muka hingga kaki. Dia mengangkat takbiratul ihram. Dengan khusyuk dia menyelesaikan amanat Allah dengan baik.

"Ya Allah, kau ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibubapaku dan dosa muallim ku. Ya Allah engkau jadikanlah aku dalam kalangan orang yang bersyukur yang sentiasa bersyukur tika aku bahagia dan tika jiwa ku merana. Ya Allah engkau berikanlah yang terbaik untuk ibuku yang dalam kesakitan. Tolonglah ya Allah, walau aku bukanlah anak yang disukainya namun engkau berikanlah kesihatan baginya agar dia mampu beribadah untukMu. Ameen." 

Abinya hadir tepat selepas dia berdoa.
"Habib baru siap solat eh, Umi nak jumpa Habib. Pergilah kesian Umi." Kata Encik Yusuf.
"Baiklah abi." balas Habibullah.

Habibullah masuk kedalam wad ibunya. Sepi tanpa sesiapa melainkan dirinya dan uminya.

"Umi, ada apa umi panggil bib? umi rehatlah dulu. Umi kan sakit tu." kata Habibullah sambil tunduk ke bawah menahan sebak dalam dada. Jelas sekali di pipi Puan Norma juga mengalir satu airmata.

"Habib, sakit umi nie tak macam sakit Habib rasa.. Umi paham sangat anak Umi nie.. setiap malam umi tengok anak umi nie, umi tatap wajah anak umi nie. Lesu dan sayu umi tengok. Umi sentiasa perhatikan tingkah laku anak umi dan selalu umi doakan agar sentiasa dalam keadaan baik. Umi rasa sangat bersalah. Umi memang tidak patut buat macam tu kat Habib tapi sebab umi kenal anak umi nie umi buat semua tu.. umi tahu Habib sangat gagah dan tabah dalam setiap perkara. Umi taknak Habib jadi macam abang habib tu.  Kadang-kadang umi sedih mengenang kenapalah umi manjakan sangat dia. Sekarang dia tak datang pun tapi nielah anak umi yang memang umi pendamkan kehebatannya sentiasa ada dengan umi. Apalah sangat jika dibandingkan Ibu dengan pelajaran. Terima kasih bib, kalau umi dah tiada...."

"Jangan sambung umi.. jangan sambung.. kalau sebelum habib tak pernah minta apa2 nie jer habib minta jangan sambung cakap umi. Umi tak pernah salah dengan habib. Habib paham sangat umi." erat tubuh Puan Norma dipeluk Habib. Melenyapkan kata2 yang akan disambung uminya... Berderai air mata mengalir dan jatuh kedalam pelukan kasih sayang anak dan ibu.

"Umi harapkan Habib jadi yang terbaik untuk umi ye nak.." sambung sedikit daripada Puan Norma.

-----------------------------------------------

"Habib bangun bib, bangun bangun ! " Shahrul mengejutkan adiknya yang tidur di surau hospital. Daripada pulang dari sekolah hingga ke malam dia menjaga ibunya.
"Kau pehal? " tanya Habib berang dengan abangnya pagi2 lagi dah buat onar.
"Tuhan kau sabarkan hatiku dan kuatkan hatiku dalam kata kataku... Umi bib.. umi dah takda.. pagi tadi. Maafkan aku sebab tak sempat nak kejut awal2."
Satu tumbukan hinggap ke perut Shahrul. "Kenapa kau tak cakap awal2!"
Habibullah terduduk. Dia berpusing kearah kiblat dan menadah tangan.

"Ya Allah kau cucurilah rahmat Ibuku, Amin ya rabbal Alamin."

Sesungguhnya Habibullah sangat sedih namun kerana doa anak yang soleh tiada hijabnya dia terus mendoakan kerahmatan Allah kepada ibunya.

TAMAT

Cukup.Allah.Di.Hatiku

Saturday, 15 December 2012

Al-Hafized :D

Oh Kawan~

Bismillahirrahmanirrahim.....

This entry only to say Congratulation to my beloved friend.
Here his name,

MUHAMMAD MUIZZUDIN BIN KAMARUZAMAN.

The date of 15/12/2012 was the most meaningful date for him, he just finished memorizing the Holy Quran for 30 juzuk. 

time pegi pantai, soryla termasuk kat sini. jgn marah nah....

congratulations~

Cukup.Allah.Di.Hatiku.

Friday, 14 December 2012

MISSING

M.I.S.S.I.N,G

"Ya Allah, Sesungguhnya Engkaulah Sahaja Mengetahui Isi Hatiku"

Bismillahirrahmanirrahim.... via Mishary.

...........................................................................................

Sesungguh-Sungguhnya saya sangat merindui kamu sahabat sekalian, saya bangun dari tidur terus menangis. I have no words on my big mouth to say. My tears dropping down very fast. Oh My God, u always knew how ur slave feel. 

It begins,

Semasa nak tidur terfikir.. " laa, tak bukak fb malam nie. Takpala, rindu kat kawan pun simpan jela hingga esok.".  Then, saya cuba tidur... Kedegum kedegang. kedegum kedegang. kedegum kedegang. Oh, mata saya tak mampu nak tidur.. guruh terlalu kuat memukul awan. Owh!! sungguh takut. 

Then after muhasabah sikit *bajetkan saya dapat tidur dengan nyenyak. Tapi mgkin Allah sedarkan saya dalam sebuah mimpi yang cukup indah. Ia macam saya lakukan dengan betul2 laku.

--> Saya bangun tidur then solat Subuh dalam bilik tayangan..
--> Semua orang lepas tu bising2 dengan soalan Spot *yang memang pergh  .
--> Dengar semua duk gelak2, yang paling membuat nak nangis.. dengar Syahid Syukor suka, Muiz suka, Omar suka, Sayyid suka dan lain lain. Allah has made the wonderful smile on all of you.
--> Duk bincang n gossip2 with Syahid n Muiz. *budak lelaki pun gosip2 
--> Pergi main bola, as usually saya la yang sokmo2 bertempik "lawa bola" "bijok mene" "comey!!" macam org gila tak baek astaghfirullah.
--> Solat Maghrib lewat, sebab mandi lama sangat dekat kolah. owh owh meaningful.
--> Tengah duk citer2 with Omar tentang Ehem-ehem dia dan tengah duk jadi Ustaz Cinta tetiba....

I have already wake up!!
The beautiful of Hafizul Quran via Generation 28 of MTAQPC


.......................................................................
I miss u friends.

S.A.H.A.B.A.T

Aku bukanlah Sayyidina Abu Bakar,
yang selalu membenarkanMu.

Aku bukanlah Sayyidina Umar,
yang selalu tegas pertahankanMu.

Aku bukanlah Sayyidina Uthman,
yang selalu baik denganMu.

Aku juga bukanlah Sayyidina Ali,
yang selalu berkongsi ilmu denganMu.

Aku insan biasa,
tak lebih dari segala kekurangan,
tak lekang dek kesilapan,
tak jauh daripada segala kelemahan.

Namun,
Aku kuatkan azamku,
agar aku bisa menjadi seperti mereka,
yang selalu memenuhi kehendak mu.

TERIMA KASIH sudi menjadi watak dalam DiariKu.

Cukup.Allah.Di.Hatiku.

Thursday, 13 December 2012

I luv Mom


BICARA KANAK-KANAK ! enjoy urself.
.
.
.
.
.
Sayang Mama kan? *anak manja ngeh3

.
.
.
.
.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIMM.. Soundtrack MISHARY
.
.
.
.
"Umi adik sayang Umi". Umi pun Menangis. 

adik Tanya "Kenapa Umi Nangis? adik Ada Buat Salah Ke?". 

Umi Balas "Tak Lah Dik.. Bawang Nie.". 

"Takpa Umi Nanti adik Besar, adik Akan Buat Alat Supaya Umi Dah tak Boleh Nangis Kena Bawang Nie. Bawang Ni Jahat. Panggil Ultraman Boleh Umi?". Umi Pun Tersenyum. 

"Ha, Cantiknya Umi bila tersenyum. Sayang UMI!! muah."

P/S : Seorang ibu selalu MENGELAK daripada menyatakan perasaan terharu walaupun jauh di sudut hati AMAT GEMBIRA. Jadilah anak yang SOLEH. InsyaAllah.

Cukup.Allah.Di.Hatiku.

Sunday, 9 December 2012

Kita Selepas SPM



Tugas Kita Lepas SPM !

bimillahirrahmanirrahim........



-->AQ : Ahmad Qayyum(me)
-->NH : Nurul Hanina(kakak @ along)

NH: Yum, tadi along pergi mesyuarat pemeriksaan kertas SPM. Tahun nie, penandaan Addmath sangat ketat. Runsing pulak ke Qayyum tadi bila tengok kena tanda macam tu.

AQ: Ya ke? huh, nak wak camna lagi long, berserah je lah kepada Allah.

NH: Tapi tadi our leader, Cikgu Nordin cakap.. kalau yang nampak macam ok2 bagi la markah sebab dia kata, "Kesian budak nie, mana tahu dia kuat buat SOLAT HAJAT, jadi bagi je".

AQ: Haha, bagus jugak Cikgu Nordin tu. Memahami betul!

NH: Ala,, dianya orang lama, makan garam memang dah banyak.. sebab tu dia paham..

AQ: ouh, mesti masin lidah diakan? ngeh3. (^.^) <-- Muka x bersalah. Lagi, apa lagi yang dia kata?

NH: emmm, dia pesan supaya kita nie sebagai calon SPM jangan putus daripada berdoa. ada satu cerita dimana seorang pelajar mendapat A dalam addmath tapi hanya jawab dua soalan. Pelajar tu punya la terkejut. Dia tanya cikgu dia, betul ka ni A nie? saya jawab dua soalan saja, ke nie result org lain. Kesian la tuan punya result. Oleh itu, cikgu dia membalas....

"Kadang-kadang apa yang kita sangka itu tidak sama macam kesudahannya. Mgkin Allah nak tunjukkan kemurahan rezeki-Nya terhadap hambanya. Kita hanya Manusia yang mampu berusaha dan bertawakkal. yang menentukan ialah Qada' dan Qadar Allah. Perhaps, Allah wants to give his given unyuk membalas kebaikan awak, awak rajin solat, awak tak putus berdoa, selalu tolong mak dan ayah. Jangan pula lepas dapat result nie kamu hilangkan semua nie kerana Allah mampu menarik nikmat hamba-Nya dengan begitu mudah dan cepat."

So, nak dijadikan cerita.. kita kena la tak putus-putus berdoa kepada Allah hingga penghujung result. yang lagi baik hingga ke akhir hayat. yang paling best sekali kan Yum, ada satu lg cerita tu, cikgu Nordin cakap... mgkin Allah nak bantu ke macamana, daripada markah 28--->82. tak ke A dah tu? huish... ntah macam mana boleh tersalah type, tapi tak pelik kan kalau perkara ni berlaku ke atas manusia kan?. So, berdoa la Qayyum.. Pesan kat kawan-kawan jugak. Pesanan Ikhlas Ini Ditaja Oleh Along.. HAHA

#Rasa semangat pulak, berdebar pun ada.

P/S: to All My beloved frens, Jangan putus-putusla daripada berdoa. Sebab Allah masih nak menjaga hubungan kita dengan dia la Allah jadikan ini sebagai ujian untuk mengharungi kehidupan after SPM. Di sebalik tabir ujian ini, Allah nak didik kita agar sentiasa beribadat kepada-Nya. mgkin kita di Universiti nanti, banyak perkara yang lagi sukar utk kita tunaikan especially SOLAT. Hopefully kita semua mendapat result yang terbaik.

Maniskan Senyuman Maniskan Iman

"Dan bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakal"

......................................................


MISS YOU frenss! sayang sampai Jannah.


Ya Allah,
Jika Aku Jauh,
Engkau Dekatkanlah.

Ya Allah,
Jika Aku Rindu,
Engkau Sampaikanlah.

Ya Allah,
Jika Aku Dekat,
Engkau Kuatkanlah Ukhwah,

Ya Allah,
Jika Aku Cinta,
Engkau Biarlah ke Jannah.

Ya Allah,
Sampaikanlah Doaku Untuk Sahabatku,
Agar Dia Bahagia.

Ameennnn... (^_______^)

Cukup.Allah.Di.HatiKu.