HambaMu yang mencari kerendahan hati dan kemanisan iman, ya Allah tolonglah hambaMu
Powered by Blogger.

Friday 30 November 2012

Dorongan Ibu Bapa Untuk Anak-Anak

Terima Kasih Ibu & Ayahku

Bismillahirahmanirrahim,...

SHARING is CARING, CARING is LOVING ! :') Takes 4Minutes. Rehat bersama KitKat. Ngeh3~ 

INSYAALLAH BERMANFAAT.

Selepas solat asar di masjid tadi, ana mengambil langkah untuk murajaah. surah yang ana pilih adalah Surah Al-Kahfi disebabkan hari hari jumaat. InsyaAllah terhindar drpd fitnah Dajjal. Amin! seusai membaca.. ana di sapa.

PCH: Pak Cik Hassan 
AQ: Ahmad Qayyum(me) 

|PCH: Assalamualaikum, nie anak Tok Wan Mahmood kan?
|AQ: Waalaikumsalam, ye saya. Hehe (t'sengih)
|PCH: Ouh.. dah besar skang nie... skolah kat mana skang nie?
|AQ: Em... Maahad Tahfiz Pulai Chondong, pak cik.
|PCH: Aiwah~ patut baca Quran sedap kemain lagi pon.
|AQ: Biasa2 je Pakcik... *even malu, dalam hati macam bangga jgk. "Ya Allah jauhkanlah aku daripada riak.."
|PCH: Bagusla masuk tahfiz. Sma jgak dgn Alif anak Pak Cik Zakaria. Dia Di MTS.
|AQ: Ouh, Alhamdulillah.
|PCH: Alhamdulillah, pakcik tgk budak2 yang masa kecik2 yang nakal2(termasuk ana) duk main di masjid ni, semua bagus2 (ana sipi2 je yang ni). Biarpun sekolah biasa tak masuk tahfiz.. yang penting solat di masjid tak pernah tinggal. Kuasa Allah siapa tahu...
|AQ: Alhamdulillah, semua nie sebenarnya datang drpd usaha ibu bapa jgak pak cik. mereka mendorong anak sejak dari kecik lagi ke masjid, biarpun anak2 mereka bising ke apa ka, yang penting bawa anak ke masjid dulu. faktor dorongan dr kecik amat mempengaruhi akhlak anak2 ktika dewasa.(dah macam hipotesis hehe).
|PCH: Ha, yang nie setuju. Kata seorang Ustaz yang mengajar kat sini,
"Sebenarnya sebelum anak menderhakakan ibu bapa mereka, tterlebih dahulu ibu bapa menderhakakan mereka. Kerana, kerana, ibubapa tidak melatih dan mendidik anak2 dari kecil lagi bahkan lebih memanjakan anak2 dan mengikut kehendak anak yang tak patut di ikut.".................
Nauzubillah..

P/S: (1)ana bangga dgn adik2 yang tak pernah tinggal Jemaah ke masjid. ana 'loleh' sikit bab ni, tapi membuat ana semakin semangat ke masjid.
-(2)pakcik Hassan mengajar ana bahawa bsyukurla walau dipukul, di paksa ke masjid kerana ia membuat diri ana terarah lebih dekat dgn agama.
-(3)doronglah anak2 dari kecik lagi. sebab itu Rasulullah menyuruh kita ajar anak solat dari umur 7tahun lagi. kan?

------> ♥ <-------

Doa Untuk Zuriat yang baek, Surah Ali Imran Juzuk 3 m/s 55 Ayat 38. *Doa yang di baca Nabi Zakaria A.S.

"Ya Allah jadikan Kami di kalangan ANAK2 Yang SOLEH!"

-Cukup.Allah.Di.Hati.Ku.-

Thursday 29 November 2012

Kisah Hati~

Bismillahirrahmanirrahim.....


"tet tet.. tet tet". sms datang. Inbox--> Nurul Hayyu. Oh my luvin sis. 
"Yum, macam mana nie. i can't sleep. thinking of dosa. boleh bagitahu kenapa?"
AllahuRabbi, engkau dah pesan kat Malaikat jibril rupanya menghantar hidayah kepada hambamu ini. AminYaRab.
"Bila duduk sorang2, ianya hadir tanpa dipinta. ish, padahal pikir2 balik ari ni rasanya takda buat dosa. mgkin klu ada dosa kecik je kot*sengih tapi takdela buat dosa besar. nie rasa macam dah buat dosa besar. can u help me? rasa xbley je macam gini."
Thats's my answer kak,
Bismillahirrahmanirrahim....HasbunAllah... ~ |:') 
Baca terjemahan, muka surat 255 surah Ibrahim ayat 4. 
*-Kegundahan hati yang terbit kerana memikirkan(bermuhasabah) soal dosa pahala dan ajal maut adalah datang daripada hidayah Allah. sesungguhnya Hidayat Allah itu hanyalah bagi mereka yang Allah inginkan dan Allah juga mampu menyesatkan hambanya jika dia inginkan.Nauzubillah. ^,^. 
*-Muhasabah adalah sebaik peneman kekuatan Iman. Muhasabah adalah jantung penegak Iman. Muhasabah adalah di antara kunci kejayaan seorang mukmin mendapat redha Allah. hadirnya rasa berdosa itu suatu kenikmatan kepada hamba Allah yang dahagakan keImanan. sesungguhnya dalam kehambaan terselit perasaan "aku hambamu yang berdosa". Jika kita merasakan kita bnyak dosa, teruskan dgn solat taubat. Seorang Mukmin yang tegar kpdnya akan redha tidak serik melakukan solat taubat untuk mghapuskan dosa. 
*-Trust Allah Almighty. There is no way for him to make u suffer. As he is Most Merciful. 
#be strong and always pray for peace in our life. HasbunAllah La Hau La Wa La 
Quwwata Illa Billah.~
Harap Membantu Anda! :') My loving Sis! enjoy your Ibadah and mujahadah.".
Saya bukanlah insan yang tepat wahai kakak y tercinta, adik bongsumu nie hanyalah manusia biasa. tapi takpa dengang siket dari kebijaksanaang Allah bagi. im tryingg. dong worry. HIHI

^____________^

wahai Tuhan yang Esa,
Sungguhpun aku banyak berdosa,
engkau tidak pernah menyeksa,
Sungguhpun aku banyak berdosa,
tak pernah putus nikmatmu buat aku untuk bernyawa.

wahai Tuhan Maha Pengampun,
Soal hati ku kaulah penuntun,
Istiqamahku engkaulah penuntun,
amalku engkaulah penuntun.

wahai Rabbul Izzati,
engkau pembolak balik hati,
jagalah hati kami,
kpd ketaatan kami,
jgn biarkan ia pergi,
meninggalkan jiwa mukmin.

.CUKUP.ALLAH.DI.HATI.KU.   

Saturday 24 November 2012

Syukur

The Thankful !


Bismillahirahmanirrahim...

O Allah The Greatest of Almighty!
I am thankful to you....

"Jika Kamu bersyukur maka aku tambahkan nikmatmu, dan jika kamu kufur maka sesungguhnya azabku amatlah pedih"
(Surah Ibrahim ayat 7)

Kita sebagai hamba nie perlulah senantiasa bersyukur kepada Allah di atas setiap apa yang telah dikurnikan kepada kita dan janganlah kita mengeluh dengan apa yang telah dikurniakan kerana sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang dilaksanakan.

^___CukupAllahdiHatiku___^

Friday 23 November 2012

Kelebihan 10 Muharram & Sunat Puasa

Kelebihan 10 Muharram & Sunat Puasa

Bismillahirrahmanirrahim....
"Sesungguhnya Jiwa Remaja yang hebat ialah Jiwa Remaja yang mendampingi Allah"


Disunatkan kita berpuasa pada Hari Asyura’. Hari Asyura juga digelar Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah swt kepada diriNya. Allah swt telah menyuruh Nabi Musa as agar mengingatkan kaumnya tentang hari-hari tersebut dalam firmanNya : ﴿وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ﴾ bermaksud, “Dan ingatkanlah mereka tentang Hari-hari Allah”. Maksud Hari-hari Allah ialah Ayat-ayatNya dan nikmat-nikmatNya seperti selamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kekejaman Firaun, terbelahnya Laut, tenggelamnya Firaun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan Allah swt, Al-Mann dan Al-Salwa yang diturunkan dari langit untuk Bani Israel dan nikmat-nikmat yang lain.
Dari hadis riwayat Muslim bebrunyi “إن عاشوراء من أيام الله..” bermaksud, “Sesungguhnya Asyura adalah dari Hari-hari Allah”. Dalam satu riwayat bermaksud, “… dengan nikmat Allah taala”.
Dalam satu hadis menyebut “هذا يوم عظيم يوم نجى الله فيه موسى وأغرق فرعون” bermaksud,“Hari ini adalah hari yang besar dimana Allaah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan Firaun”. Sabdanya lagi “يوم صالح هذا يوم نجى الله بني إسرائيل من عدوهم”bermaksud, “Hari ini ialah hari yang baik dimana Allah menyelamatkan Bani Israel dari musuh mereka”.  Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda“أظهر الله فيه موسى وبني إسرائيل على فرعون..” bermaksud, “Di hari tersebut (Asyura) Allah memenangkan Musa dan Bani Israel keatas Firaun”.يعني رمضان) وعن ابن عباس “ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرى صيام يوم فضله على غيره إلا هذا اليوم يوم عاشوراء، وهذا الشهر (البخاري Tidak aku melihat Nabi saw berusaha berpuasa melebihi hari-hari lain selain hari ini, iaitu hari Asyura dan di bulan ini iaitu bulan Ramadan”. Oleh itu hadis ini menunjukkan Hari Asyura merupakan hari yang paling afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan dan Hari Arafah.
Puasa di Hari Asyura menghapuskan dosa setahun. Ini adalah diantara anugerah Allah swt kepada manusia yang memang lumrah terdedah kepada kesilapan dan kelemahan. Allah swt menjadikan hari tersebut sebagai sebab untuk pengampunan dosa dan taubat.
Hari apakah kita disunatkan berpuasa Asyura ?
-Kebanyakan Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada Hari Kesepuluh bulan Muharram kerana Nabi saw berpuasa pada hari tersebut dan menyarankan kepada para Sahabatnya agar berpuasa sedemikian. Imam Al-Qurtuby berkata bahawa perkataan “Asyura” diambil dari perkataan Asyara bermakna “sepuluh” tapi dalam bentuk perkataan menunjukkan bersangatan (mubalaghah) dan mengagungkan (takzim). Ibnu Al-Munir mengatakan kebanyakan Ulamak mengatakan “Asyura” adalah Hari Kesepuluh. Rujuk juga kitab Fath Al-Bari. Malik, Ahmad, Ishaq dan lain-lainnya juga berpendapat demikian. Turut menyokong pandangan mereka adalah riwayat Ibnu Abbas ra ويؤيده ما رواه ابن عباس “أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم بصوم عاشوراء يوم العاشر” (الترمذي: 755 حسن صحيح)، yang bermaksud, “Rasulullah saw menyarankan puasa Asyura iaitu Hari Kesepuluh” (hadis hasan sahih riwayat At-Tarmizi).
-Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa sunat pada Hari Kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas فقد سُئل ابن عباس عن صيام يوم عاشوراء فقال: إذا رأيت هلال المحرم فاعدد، وأصبح يوم التاسع صائمًا، قلت: هكذا كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه؟ قال: نعم (رواه مسلم: 1133 وأبو داود: 2446 والترمذي: 754 وأحمد: 1/239: 2135 صحيح) apabila ditanya tentang puasa Hari Asyura, dia berkata  bermaksud, “Apabila kamu melihat anak bulan Muharram, kiralah hari-harinya dan jadilah seorang yang berpuasa pada Hari Kesembilan’. Aku bertanya, ‘Begitukah Rasulullah saw berpuasa?’. Dia menjawab, ‘Ya’’. (riwayat Muslim no 1133, Abu Daud no 2446, At-Tarmizi no 754, Ahmad no 239/1). Ibnu Al-Qayyim mengatakan yang disunatkan ialah Hari Kesembilan sahaja.
-Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh bulan Muharram berdasarkan hadis “حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا: يا رسول الله! إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم “فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع” قال: فلم يأت العام المقبل حتى تُوفي رسول الله صلى الله عليه وسلم (مسلم: 1134/133) bermaksud, “Pada hari Rasulullah saw berpuasa Hari Asyura (pada Hari Kesepuluh), para Sahabat ra berkata, ‘Ya Rasulullah, ia adalah hari yang disambut oleh orang-orang Yahudi dan Kristian, lalu Rasulullah saw bersabda, Tahun depan insyaAllah kita akan berpuasa pada Hari Kesembilan jika aku masih hidup’. Sebelum tiba tahun depan Rasulullah saw wafat”. Oleh itu Imam Asy-Syafie ra, Ahmad dan sebahagian Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh agar tidak menyamai Yahudi dalam meraikan hanya satu hari sahaja. Dikalangan mereka ada yang mengatakan puasa Hari Kesembilan sebagai laangkah hati-hati agar tidak terlepas kelebihan puasa Hari Asyura.
-Pendapat sebahagian Ulamak pula ialah sunat berpuasa Hari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas berdasarkan hadis riwayat Ahmad أي صيام: 9، 10، 11 للحديث: “صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود: صوموا قبله يومًا أو بعده يومًا” bermaksud, “Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya”.
Ringkasnya, yaang paling afdhal ialah berpuasa pada ketiga-tiga hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasa sunatlah pada hari ke 10 Muharram.Diriwayatkan bahawa generasi Islam terdahulu suka melatih kanak-kanak kecil berpuasa Hari Asyura dengan cara membawa mereka ke masjid dan membuatkan untuk mereka alat permainan di sana. Jika sesiapa dari mereka yang menangis kerana lapar, dia akan diberi alat mainan tersebut sehingga dia asyik bermain sehingga tiba waktu berbuka puasa (rujuk syarah hadis Muslim no 1136).
Kita berdoa kepada Allah swt agar diterima puasa dan amal ibadat kita di Hari-hari yang mulia ini, meningkatkan keperibadian Islam pada diri, keluarga dan masyarakat kita kea rah mendaulatkan kembali Islam di Negara, rantau dan dunia ini. Ameen.
#FREE GAZA
^___CUKUPALLAHDIHATIKU__^


Friday 16 November 2012

Ana & Syahid :)

3 Muharram !

Bismillahirrahmanirrahim.....,
Rasulullah saw. bersabda yg bermaksud : “Sesiapa yg menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yg mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga.. (Riwayat Anas ra.)


~*^_______^*~
.
.
.
.

Apa yang special sangat neh, wahai putera yang hensem ?^.^ *bajetkan 

3rd of Muharram adalah hari di mana Ana dilahirkan mengikut tarikh hijri... kalau ikut masihi 2th Jun. ^_* 2 Jun telah dikaji sama dengan tarikh lahir Intan Ladyana artis melayu *tak bangga manapun. yang penting 2 jun adalah tarikh sama bagi kelahiran Badhri Razi(piya) & Kun Aguero(player MC). depa dua orang nie sama2 main bola. kut2 nyalah kan thats why ana pun memang minat main bola.*bajet sama haha .

BTW, thats not my points... 3Muharram dan 2 Jun adalah sama tarikh pada tahun 1995. Ok, setelah ana masuk ke sekolah Maahad Tahfiz Pulai Chondong, seorang kawan ana nie sama tarikh lahir dgn ana. wats a wonderful kan,..

"Yum, tarikh lahir kau 2 Jun eh?" tanya Syahid. 
"Yup!" rinkgkas dan padat ana jawab. Hehe maaf kalau terover. 
"Laa, tarikh kita lahir sama... HAHA" Syahid menerangkan. 4 da first ana ingat apa tadi. kut2la kan ada petanda mendapat rezeki melimpah ruah ke apa ka.. 
."HAHA, ana baru tahu jer. sory yer Syahid lambat amik tau." dengan muka tak bersalah..... ana balas. "Patut muka kita macam sama kan?" ana mencover ketidak prihatin. tapi dalam hati, Ish2 dah kalau Allah nak jadikan sesuatu itu maka terjadilah.
 "wamakaru wamakarallah wallah hu hairul makirin"
 *dan kita merancang dan allah juga merancang
 tetapi perancangan allah adalah lebih baek daripada kita......*
Sungguh terkejut ana while rasa macam nak peluk jer Syahid. hehe. excited sngt. 
"Wow, bagusnya Qayyum kan." Tangan ke dada mata ke atas, Syahid m'balas. Kami tergelak. 
"Kau tahu," mestilah tak taukan dia tak cakap lagi "orang kat rumah aku sume panggil aku Qoyyum, dan facebook aku pon first aku letak nama Dihays Qoyyum." 
"Wah3." ana terloncat2 manakan tidak dah ada bnyak persamaan... 
.
.
.
Nie dia Abg Besaq kita. Kanan: Syahid

Walaupun Ketinggian kami tak sama, tapi yang lain dah banyak kami sama. hehe.. Mgkin Allah telah menentukan sesuatu pada kami agar percintaan kami dalam bersahabat takkan putus hingga akhir hayat.

Syahid, oh Syahid
kalau ana ada salah silap mintak maaf sangat2.. dan terima kasih kerana sentiasa ada ketika ana sedih, ketika ana suka. u're my bestie la kawan :). In Shaa Allah, jika ada jodoh kita, Syurga adalah taman terakhir untuk kita bersama... Ameen.. dah macam kembar sendiri dah nie ana anggap. HUHU
"Ingatlah wahai sahabatku, sahabat adalah pelakon dalam sebuah memori anda. tanpa dia.. tak sempurna kita"
 UkhwahFillah, In Shaa Allah......... Amin!~
#Maaf jika ada salah silap.

^__CukuplahAllahdiHatiku__^ 


.

Saturday 10 November 2012

Mood : Exam 8)

.......SPM......


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.......

Assalamualaikum,

hewhehew~ Kami dalam gambar kat atas tu.. bersama ana*tada dalam gambar baru je lepas habis study.. haih semuanya kepenatan. SPM sungguh sungguh membuat kami keletihan.. takpa2 bak kata pepatah "berakit2 ke hulu berenang2 ketepian, b'sakit2 dahulu b'senang2 kemudian" InsyaAllah hehe.. 

^_____________^

# Doakan Kejayaan Kami Tau...!

Lailaha IllaLLah